Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita apabila ingin mengirimkan barang atau parcel, mereka akan menggunakan perkhidmatan kurier. Namun begitu, jika korang ingin menghantar barangan dengan lebih cepat dan berbaloi, ia juga boleh dilakukan menerusi pos penerbangan kapal terbang.
Seperti yang dilakukan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Hazalina Hamzah,
dia mengepos barangan dari Kelantan kepada adiknya yang tinggal di Kuala Lumpur. Penghantaran ini dibuat sewaktu hari raya Aidilfitri lalu.Dengan menggunakan khidmat Firefly, ia sangat mudah dan menjimatkan. Bagaimanakah caranya? Jom kita semak langkah-langkah berikut:
1. Call Firefly Centre untuk bertanyakan tentang penghantaran ini dan pihak mereka mengesahkan boleh pos barang (korang boleh call sendiri untuk dapatkan kepastian)
2. Semak di laman web Firefly untuk dapatkan jadual penerbangan dari destinasi korang ke tempat tujuan
3. Sediakan barang-barang untuk dihantar
4. Kemudian, terus ke kaunter Firefly dan isi form untuk pengeposan
5. Timbang, bayar dan check-in barang. Ada nombor tracking flight yang ditampal pada kotak
6. 1 jam saja barang sampai
7. Pengirim dan penerima akan menerima mesej dari Firefly apabila barang selamat berlepas dan tiba ke destinasi
8. Tunggu di lapangan terbang untuk ambil barang
Mudah sahaja kan? Hanya RM21.20 untuk 5.2 kilogram, sangat berbaloi!
Sesuai bagi mereka yang mempunyai keluarga yang tinggal berjauhan dan boleh dipos melalui penerbangan, cara ini amat mudah untuk keluarga korang mendapatkan barangan dengan segera, lebih-lebih lagi di musim perayaan.
Betul tak?
Sumber: Hazalina Hamzah