Gadis Ini Boleh Tidur Seminggu Tanpa Henti Disebabkan Kondisi Neurologikal

Share

Seseorang yang muda dan berusia di antara usia 17 hingga 25 tahun antara 7 hingga 9 jam sehari. Tapi berbeza buat seorang gadis yang juga seorang pelajar berusia 18 tahun dari Wales di mana dia mampu tidur selama seminggu tanpa bangun.

Ya tidur seminggu tanpa bangun walaupun untuk makan, minum dan ke bilik air!

Hermione Cox-Denning yang berasal dari Aberystwyth, Wales mula mendapati dirinya berdepan kondisi ini sejak tiga tahun lalu. Namun, dia telah didiagnos oleh doktor menghidapi sejenis kondisi kesihatan dikenali sebagai Kleine-Levin Syndrome.

Pada mulanya Hermione menyangka dia hanya deman selesema biasa dan menyebabkan dia berasa mengantuk dan tidur dalam jangka waktu yang lama. Tetapi sebenarnya dia mempunyai kondisi neorologikal yang jarnag berlaku yang menyebabkan dirinya mampu tidur selama berhari-hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Gamer Profesional Putus Cinta Dengan Weather Girl Cantik Kerana Ingin Main Video Game

Dia juga mula perasan jika pada malam sebelumnya dia mengambil minuman keras, ia boleh menjadi ‘trigger‘ kepada tidur yang sangat lama.

“Sebelum ini saya kurang pasti apakah yang menyebabkan saya boleh tidur dalam masa yang sangat lama. Tapi rupanya saya mempunyai kondisi neurologikal yang sangat jarang berlaku. Jika saya minum lebih daripada tiga atau empat minuman ia pasti menyebabkan kondisi ini menjadi lebih teruk,” jelasnya yang turut diberi gelaran Sleeping Beuaty oleh rakan-rakannya.

Ia bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan dan diketawakan kerana kondisi ini memberi impak yang sangat besar terhadap kehidupan harian Hermione.

Sekarang dia berdepan dengan situasi agak sukar untuk mencari kerja dan juga memohon menyambung pelajaran ke universiti atau kolej.

“Memori terhadap episod pertama kondisi ini agak kabur bagi saya. Apa yang saya ingat bila tersedar dan bangun selama beberapa minit pertama ialah berasa sangat keliru. Sepanjang tempoh tidur badan seolah-olah shut down dan tak mampu berbuat apa-apa”.

Hubungan Hermione dengan ahli keluarga dan rakan-rakannya turut terjejas. ‘Kehilangannya’ selamana berhari-hari membuatkan mereka berasa sangat risau akan keselamatannya. Walhal hakikatnya dia sedang tidur dengan cukup nyenyak.

Ketika peringkat awal ia berlaku, Hermione memberitahu dia ada berjumpa doktor. Dan pada mulanya doktor mengesyaki dia mempunyai masalah kemurungan dan ada isu masalah kesihatan mental.

Selepas beberapa tahun diagnos daripada doktor pakar dikeluarkan pada Mac 2018 dan mendapati ia adalah Kleine-Levin Syndrome.

Disebabkan simptom ini juga hasrat Hwermione untuk melakukan kerja amal di luar negara juga terpaksa dilupakan. Hermione yang bercita-cita menyambung pelajaran dalam jurusan perubatan veterinari berharap pada suatu hari nanti kondisinya dapat pulih dan dirawat sepenuhnya.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim