Mesti kita semua ada momen indah yang kita abadikan sebagai kenangan dengan mengambil gambar di majlis konvokesyen, perkahwinan dan sebagainya.
Namun, Islam melarang umatnya untuk menggantung gambar makhluk hidup pada dinding rumah. Jadi bolehkah gambar-gambar berkenaan digantungkan jika hanya sekadar hiasan atau untuk dibuat kenangan?
Berikutan persoalan sedemikian, pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada menjelaskan mengenai hukumnya. Menurut ringkasan jawapan yang diterangkan, hukum bagi perbuatan tersebut bergantung kepada niat ketika perkara tersebut dilakukan.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang disiarkan pada 24 Oktober 2021 seperti di bawah:
SOALAN
Assalamualaikum mufti. Saya nak buat pertanyaan. Apakah hukum mengambil gambar fotografi manusia dan menggantungnya dengan tujuan perhiasan atau kenang-kenangan? Harap dibalas pertanyaan kerana saya tak jumpa jawapan di website mufti wp.
RINGKASAN JAWAPAN
Menangkap gambar fotografi dengan menggunakan alat seperti kamera ini bukan seperti perbuatan melukis dan perbuatan ini dianggap sebagai menangkap bayang maka perbuatan ini diharuskan. Hukum ini berkekalan selama mana gambar yang diambil adalah bertujuan sebagai perhiasan di rumah untuk kenang-kenangan. Sementara itu, sekiranya menggantung gambar tersebut bertujuan untuk penyembahan dan mengagungkan maka perbuatan tersebut diharamkan. Justeru itu, perbuatan menggantung gambar fotografi di dinding rumah atau disusun sebagai perhiasan di rumah mahupun pejabat adalah suatu perbuatan yang dibenarkan dalam agama.
HURAIAN JAWAPAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.
Hukum menggantungkan gambar fotografi ini berkait rapat dengan hukum melakar atau melukis makhluk hidup. Para ulama berbeza pandangan antara mengharamkan atau mengharuskannya.
Terdapat sebahagian ulama yang mengharamkannya. Hal ini berdasarkan kepada gambar yang terdapat pada zaman Nabi SAW yang dilarang mempunyai tiga ciri iaitu gambar sesuatu yang mempunyai roh seperti manusia dan haiwan, berniat untuk mengagungkannya dan menyerupai atau meniru perbuatan mencipta (sesuatu) oleh Allah SWT.
(Rujuk: Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 4/670)
KESIMPULAN
Menangkap gambar fotografi dengan menggunakan alat seperti kamera ini bukan seperti perbuatan melukis, dan perbuatan ini dianggapkan sebagai menangkap bayang maka perbuatan ini diharuskan. Hukum ini berkekalan selama mana gambar yang diambil adalah tujuan perhiasan dirumah sebagai tanda kenang-kenangan. Sekiranya menggantung gambar tersebut bertujuan untuk penyembahan dan mengagungkan makhluk maka perbuatan tersebut diharamkan. Justeru itu, perbuatan menggantung gambar fotografi di dinding rumah atau di susun sebagai perhiasan di rumah mahupun pejabat adalah suatu perbuatan yang dibenarkan di dalam agama.
Jadi, semuanya berbalik kepada niat.
Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI