Gadis Ini Kongsi Cara Nak Cerahkan Ketiak Yang Gelap & Hitam Guna Produk Drugstore

Share

Perkongsian yang mendapat lebih daripada 1000 ribu share di page IIUM Confessions mengenai cara nak cerahkan ketiak yang gelap dan hitam menarik minat kami untuk berkongsi kepada korang semua.

Seorang wanita yang menggelarkan dirinya dengan nama samaran ‘Si Cantik Hitam Manis’ mengakui bahawa dirinya sejak zaman sekolah sampai dah bekerja, dia tidak pernah ambil kisah tentang masalah bawah lengan atau lebih mudah disebut sebagai ketiak.


Gambar hiasan

.

Namun begitu, sejak dua bulan lepas barulah dia perasan warna ketiaknya agak gelap, ditambah pula bila ada rakan-rakan lelaki bertanyakan kepadanya bagaimana cara dia menjaga bahagian bawah lengan supaya tidak hitam.

Jadi, gadis ini berbesar hati ingin berkongsi antara tip yang dilakukan untuk mencerahkan kawasan ketiak yang gelap dan hitam.

1. Setiap hari, dua hari sekali iaitu pagi dan malam, korang boleh try skrub ketiak dengan menggunakan scrub muka St. Ives Apricot. Caranya tak perlu basahkan dengan air. Terus picit skrub tersebut dan sapu pada ketiak.


.

Gosok sampai puas hati tapi jangan kasar sangat sebab kulit bawah lengan ni lembut. Nanti jadi luka dan pedih. Kalau nak puas hati lagi, boleh skrub lagi dengan Bathing Controller

yang korang boleh beli di Miniso atau Yubiso.


.

2. Lepas skrub, jangan lupa sapu pelembap yang ada kandungan vitamin E. Boleh juga sapu aloe vera gel untuk membantu proses pencerahan.

3. Setiap hari, korang juga boleh sapu ketiak dengan apple cider yang dah dicampur dengan air bagi membantu proses pencerahan.

4. Cabut bulu ketiak dengan cara waxing. Jangan cukur sebab bercukur boleh menjadikan ketiak korang hitam.

5. Bagi individu yang membuat perkongsian ini, dia mula berhenti memakai deodoran selepas ianya menyebabkan ketiaknya menjadi hitam. Namun, nasib baik badannya jenis tak berbau sangat. Sebagai ganti, dia akan menyapu aloe vera gel dan apple cider

.

Bagi kami, ini bergantung kepada keadaan kulit korang. Kalau dah memang jenis badan berbau, habislah jika tak pakai deodoran kan. Hiks! Jadi, pilihan deodoran yang tepat juga memainkan faktor penting bagi menyesuaikan dengan jenis kulit korang.

Selamat mencuba!

Published by
Noor Ain Norman