Gadis Ini Kongsi Cara Paling Mudah Nak Tembus Talian PTPTN Yang Selalu BZ Tak Diangkat

Share

Tawaran dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang meminta peminjam untuk membuat pengemaskinian maklumat pendapatan pinjaman bagi yang berhajat untuk menangguhkan bayaran pinjaman PTPTN kerana gaji belum mencecah RM4000, tentunya disambut baik oleh ratusan ribu peminjam. Ya lah, dalam keadaan sekarang, kita pun tak pasti sama ada peminjam itu mampu atau tak tapi yang pasti ianya tetap terhutangkan. Tangguh bukan bermakna hutang burn.

Memandangkan masa  agak suntuk kerana diberi sehingga 25 Julai ini saja, antara majklumat yang perlu ada ialah nombor pinjaman. Nak dapatkan nombor pinjaman tu, korang kenalah dail ke talian disediakan. Tapi tentu rasa tensionkan  apabila setiap kali bercakap, kita kena cakap dengan mesin. Tak dapat pun nak cakap dengan pegawai bertugas.

Nak salahkan pegawai yang bekerja di situ tak adillahkan kerana mereka mungkin perlu berurusan dan melayan karenah berpuluh-puluh ribu peminjam yang mungkin ada niat yang sama dengan korang iaitu hendak menangguhkan bayaran kerana gaji belum mencecah RM4000 dan masa yang sama masing-masing sibuk mengisi maklumat peribadi untuk pengemaskinian maklumat pendapatan peminjam.

Tapi perkongsian dari seorang gadis ini, atas nama fbnya, Khai Run Nisa telah mengajar kawan-kawan yang terlalu susah untuk tembus talian PTPTN ini dengan tekniknya. Caranya nampak mudah kerana dia sendiri telah mencuba dan berjaya lakukannya kurang dari beberapa minit sahaja. Siap dengan nombor telefon bimbit pegawai PTPTN lagi. Mudah sangat-sangatlah kerjakan.

Memandangkan tempoh diberi semakin suntuk, hari ini pun dah tinggal enam hari lagi, apa kata korang yang nak buat penangguhan tu, tiru cara gadis ini. Jom tengok macam mana Khai Run Nisa lakukan. Dia ajar step by step lagi. Mudah dan sangat simple.

Langkah 1

Pada yang try call careline banyak kali tapi takde yang jawab and malas nak ke pejabat ptptn yang berhampiran boleh try whatsapp pegawai pejabat ptptn yang berikut tu ya. Pastikan format whatsapp tu mengandungi :-
1. No. IC peminjam
2. Nama penuh peminjam
3. Nama ibu peminjam
4. Nama kursus pengajian peminjam

Kemudian tunggu respon dari pegawai tersebut tapi jangan terlampau memaksa kerana banyak lagi kerja pegawai tu dari nak melayan korang je

Langkah 2

Lepas dah whatsapp pegawai bertugas PTPTN tu sila tunggu sebab nanti diorang akan respon korang dengan no pinjaman ptptn korang . Lepas tu da boleh key in dalam sistem ptptn kemaskini maklumat pendapatan

Langkah 3

Lepas dapat no pinjaman ptptn korang tu boleh la search website ( http://www.ptptn.gov.my/akuanpendapatan/

)

Lepas da log masuk tu isi la segala details pasal diri korang tu dalam website tu

Langkah 4

Nie antara contoh soalan yang dia minta kita isi details dalam website tu , contoh dalam website tu tak sempat nak screenshot tadi

Lepas dah settle isi tu korang click ✅ dekat saya mengaku tu then click button hantar kemudian dia akan keluar macam nie then korang print out la untuk simpanan korang

 

Langkah 5

Sekian selesai la urusan korang untuk kemaskini maklumat pendapatan ptptn korang. Alhamdulillah selesai satu hal tunggu la arahan selanjutnya dari pihak ptptn ☺️

Published by
Almaswa Haji Che Ros