Switzerland merupakan antara negara yang menjadi pilihan pelancong seluruh dunia kerana lokasinya yang berbukit bukau kaya dengan keindahan semula jadi.
Mungkin ramai rakyat Malaysia yang ‘gerun’ untuk melancong ke sana kerana menganggap kos perbelanjaan yang tinggi diperlukan. Jadi, kali ini kami nak kongsikan itinerary ke Swiss dengan bajet yang digunakan sepanjang 10 hari.
Jadi, korang bolehlah buat kira-kira dan menabung sebelum ke sana. Hiks!
Perkongsian ini telah pun dibuat oleh seorang pengguna Facebook, Najihah Baharudin yang baharu sahaja ke sana pada awal November lalu bersama tiga lagi rakannya.
Trip mereka di sana menaiki kereta dan anggaran kos keseluruhan adalah sebanyak RM5700.
Jom kita lihat itinerary yang telah dikongsi oleh Najihah ini.
Sampai di airport Zurich terus ke tempat sewa kereta yang ditempah menggunakan debit card. Deposit dah bayar, bayaran dah ditolak tetapi bila sampai debit card Malaysia tak diterima sebab mereka nak ada nama. Mereka minta guna kad kredit tetapi Najihah dan rakannya tidak menggunakan kad kredit. Mujur terjumpa orang Malaysia disana yang tolong mereka.
Jadi, perancangan asal sampai dalam tengah hari terus gerak ke Bern tetapi disebabkan sangkut di aiport, malam baru gerak dan terus tidur.
Check in homestay di Bern. Bangun awal pagi untuk bersarapan dan enjoy the view. Ambil gambar dan video sepuasnya kerana pemandangan di sana sangat wow!
Dari Bern terus gerak je Lauterbrunnen. Disini hanya bayar parking dalam RM13. Pemandangan disini juga sangat mengagumkan, dapat lihat air terjun yang tinggi. Habiskan masa disini sampai ke petang.
Disebabkan waktu malam agak cepat, jadi mereka terus gerak balik ke homestay kedua di Interlaken
Disini mereka tidak ke mana-mana lokasi spesifik, hanya lalu di kawasan tasik Interlaken. Pemandangannya memang cantik dan boleh berhenti untuk merakamkan foto dan video.
Tempat ini popular juga kerana airnya yang jernih dan terdapat banyak ikan. Tiket masuk RM36 seorang, parking dalam RM13-15. Dah malam sikit terus gerak ke homestay ketiga.
Homestay ini terletak betul-betul di atas bukit dan jalan nak ke sana juga mencabar. Tapi bangun pagi-pagi pemandangannya memang cantik gila!
Masa banyak dihabiskan di kawasan homestay untuk bergambar sebab viewnya memang sangat indah.
Kemudian, perjalanan diteruskan ke Geneva. Berhenti di sebuah pusat membeli-belah untuk berbelanja tetapi tak ada apa sangat yang menarit. View di Geneva pun tak cantik sangat.
Mereka terus ke Perancis pula.
Nak masuk memang tak ada orang check pun di sempadan, jadi memang senang nak keluar masuk. Tiada apa sangat yang menarik di sana jadi mereka masuk balik ke Switzerland dan teruskan perjalanan.
Kalau nak ke Zermatt tak boleh pergi menaiki kereta, jadi parking di stesen kereta api dan naik tren. Parking lebih kurang RM100 lebih untuk dua malam. Tiket tren nak ke Zermatt dalam RM75.
Dari stesen kereta api nak ke homestay mereka ambil teksi yang jaraknya dalam 1 km sahaja tetapi bayaran dikenakan sebanyak RM92.
Tiket nak ke atas berharga RM415, mahal sikit kalau weekend. Lebih baik gerak pagi-pagi sebab disini tempatnya tutup pukul 3.30 petang.
Nak naik atas kena naik cable car dan ada 4 pit stop sebelum sampai ke atas. Terpulang pada korang nak turun ke tidak atau terus ke puncak.
Sebelum checkout di Zermatt, mereka ambil kesempatan untuk enjoy the view dan ambil gambar sebanyak mungkin. Disebabkan sampai agak lewat di kereta, jadi mereka teruskan perjalanan ke homestay seterusnya.
Check in homestay di Sedrun, bangun pagi view penuh dengan salji. View disini memang amazing dan banyak masa dihabiskan untuk ambil gambar serta video.
Terus gerak ke sini untuk ambil gambar dan menikmati air terjun yang sangat cantik. Kemudian, gerak ke Zurich.
Check in di Zurich. Disini tak ada apa yang menarik sangat cuma bangun pagi untuk buat PCR test. Harganya dalam RM679. Aktiviti yang dilakukan hanya jalan-jalan di bandar Zurich. Parking disini juga agak mahal.
Bangun pagi dan sarapan kali terakhir di Switzerland kemudian terus gerak airport dan balik Malaysia.
Berikut merupakan antara kos yang disenaraikan oleh Najihah:
Tiket penerbangan: RM2000 (return)
PCR Malaysia: RM180
Hotel9 malam: RM1200
Kereta: RM743
Minyak: RM161
Tol: RM69
Parking: RM92
Tren ke Zermatt: RM75
Teksi Zermatt: RM23
Tiket Blausse: RM36
Tiket Matterhorn:RM415
PCR Swis: RM679
Total: RM5,700 (+-)
Namun begitu, total perbelanjaan ini tidak termasuk makan dan shopping di sana ya. Kalau nak jimat korang boleh masak sendiri sahaja sebab harga makanan disana memang sangat mahal.
Menurut Najihah lagi, ini pun trip last minit. Kalau korang boleh plan dari awal mungkin banyak lagi tempat menarik yang boleh dilawati.
Selamat bercuti!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)