Zaman serba moden sekarang dah senang untuk korang dapatkan panduan atau tip dalam apa saja perkara kerana ramai yang sudi berkongsi pengalaman mereka di media sosial.
Tak terkecuali untuk korang yang tertanya-tanya macam mana agaknya nak menghadiri sesi temu duga untuk menjadi seorang guru, Nadia Asyiqin turut berkongsi pengalaman dan tip yang boleh korang rujuk.
Satu bilik akan ada enam orang calon (calon telah ditetapkan masa dari awal). Dalam satu bilik tu, akan ada dalam dua atau tiga orang panel. Mengikut pengalaman gadis ini dulu, dia dapat seorang panel dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan seorang lagi Guru Cemerlang (GC).
Kos yang sama akan gunakan satu bilik saja dan soalan bertukar sebab GC bertukar setiap hari. Soalan panel SPP mengenai teori dan isu semasa.
Rancangan Pengajaran Harian (rph) pastikan lengkap sebab perkara pertama GC akan buat adalah semak rph korang satu per satu. Dari segi pakaian pula, pakai blazer. Tak perlu pertikai tak sesuai baju kurung pakai sekali dengan blazer, ikut saja style yang SPP mahukan.
Selain itu, pakai nametag yang berukuran mengikut pekeliling. Kasut perempuan pastikan ada tumit dan bertutup. Baju kurung pula tak perlulah meriah sangat, bukan nak pergi dinner final year pun. Hiks!
Akhir sekali, pakai jam, eyeliner dan bedak. Ini adalah seperti mana tip yang diberi oleh perunding imej UPM.
Ini muka depan fail. Pastikan fail berwarna hitam atau biru gelap. Letak muka korang supaya senang panel tu nak tahu fail siapa yang tengah dibelek masa tu
Muka pertama bila buka fail
Partition ni dibuat sebenarnya nak mudahkan urusan panel nak membelek
Senarai semak temuduga. Pastikan semua ada
Kad pengenalan ni dalam bahagian B. Sebelum masuk bilik interview, lekatkan belakang IC original dengan selotep dan lekatkan dibahagian bawah perkataan kad pengenalan tu. Jangan lekat siap-siap di rumah sebab nanti IC diperlukan bila nak masuk tempat interview
.Bahagian A. Resume tak diminta. Tapi sebab dah ada resume, jadi letak je la. Resume satu muka surat tu senaraikan details seperti belajar di mana, result SPM, matriks, degree. Guru praktikal di mana dan guru ganti di mana
Ini isi kandungan. Letak 3 – 5 sijil tertinggi sahaja. Pilih la mana yang elok. Dan sijil PMR tak perlu letak ya, tak valid. Sijil form 4 dan ke atas sahaja
Siapa yang belajar kat UPM mesti tahu rph kita kan buku tebal tu. Dan wajib ada DSKP dan sukatan pelajaran harian semua tu. Saya memang sejak praktikal tak letak dalam buku tu sebab nanti tebal semacam. Jadi saya masukkan dalam fail macam ni. Dan sila bawak masa iv tu
Nametag Nadia tu ikut saiz pekeliling khas untuk interview. Nadia Asyiqin pula ikut saiz biasa yang selalu orang guna selalu buat
Ini antara kandungan dalam senarai semak
Detailing bahagian tepi fail. Optional nak buat ke tak. Banyak rasanya orang share cara nak susun fail, so korang boleh refer.
Another tips; once panel atau GC bagi soalan, semua calon akan jawab soalan tu. Habis semua jawab baru akan proceed pada soalan next. Kalau tak dapat jawab, mereka akan bantu kita jawab
Tip lain adalah GC ni bagi dalam satu pernyataan soalan tu, ada juga diselitkan lebih dari satu soalan. Maksudnya dua soalan ditanyakan terus. Dan lebih separuh calon menjawan satu soalan sahaja. Sila hati- hati!
So, untuk korang yang bercita-cita nak jadi guru atau mungkin yang akan menghadapi sesi temu duga SPP nanti, kami ucapkan selamat maju jaya!