Masalah jerawat bukan hanya tumbuh di bahagian wajah, malah terdapat banyak lagi tempat lain yang boleh dipenuhi jerawat asalkan mempunyai folikel rambut seperti di dada, leher, bahu, lengan, pinggul dan belakang badan.
Kali ini, kami ingin mengulas tentang jerawat badan yang lazimnya ‘menyerang’ gadis usia belasan tahun dan awal 20-an. Ada banyak faktor yang menyebabkan masalah ini antaranya faktor hormon, ubat-ubatan, genetik, diet dan banyak lagi.
Ada juga beberapa petua yang korang boleh lakukan mengikut pakar dermatologi.
• Mandi dua kali sehari, atau selepas berpeluh
• Gunakan pakaian yang sesuai. Pakaian yang longgar dan mempunyai peredaran angin yang baik ketika bersenam atau keluar rumah
• Gunakan produk yang lembut pada kulit. Elakkan daripada menggunakan produk yang merengsakan kulit, termasuklah astringen, toner dan bahan pengelupasan kulit
• Biarkan kulit sembuh secara semula jadi. Sekiranya korang ingin memicit jerawat badan, ingatlah bahawa kulit korang akan mengambil masa lebih lama untuk sembuh dan ini akan meningkatkan risiko untuk mendapat parut
Jika korang mencari produk penjagaan kulit yang boleh merawat jerawat badan, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Farah Farzana
telah pun berkongsi beberapa produk yang boleh korang beli secara online.Antaranya adalah seperti berikut:
Berfungsi membersihkan kulit daripada minyak berlebihan dengan menggunakan salicylic acid. Korang juga boleh semak dahulu kelebihan salicylic acid (BHA). Harga produk ni agak kayangan sikit, RM124 untuk 250ml. Tapi kalau berkesan apa salahnya kan.
Harga murah tapi berkesan, produk ini tidak akan mengeringkan kulit korang. Ada AHA dan BHA untuk mengelupas sel kulit mati. Harganya hanya RM39.90
Paling best, ada BHA untuk exfoliate kulit serta melembutkan. Produk ini frangrance-free ya. Harga paling murah boleh dapat dalam RM103 untuk 237ml
Sekiranya keadaan jerawat badan korang masih teruk dan tidak sembuh, sebaiknya terus berjumpa dengan pakar dermatologi untuk mendapatkan rawatan seterusnya.
Selamat mencuba!