
Isi Kandungan
ToggleSering kali kita melihat individu yang mengamalkan makan overnight oats untuk menjaga diet pemakanan mereka. Namun, ia bukan hanya untuk dimakan pada waktu malam, malah oats ini sesuai juga diambil pada waktu pagi.
Selain daripada rasanya yang sedap, ia juga membantu untuk membuatkan perut korang sentiasa kenyang. Penyediaannya juga mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk disediakan.
Seorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai Ummi Nadia pernah berkongsi resipi rendah kalori yang diamalkanya sehingga berjaya menurunkan berat badan.
Jom kita try!
Bahan-bahan:
– Rolled oats
– Natural yogurt
– Susu segar
– Kekacang
– Madu asli
– Buah-buahan
– Bekas berpenutup (korang boleh beli di kedai RM2)
Cara menyediakan:
1. Letakkan 2 hingga 3 sudu besar rolled oats
2. Kemudian, letakkan campuran kekacang dan kismis
3. Tambahkan 1 hingga 2 sudu besar natural yogurt
4. Letakkan sedikit madu asli
5. Seterusnya, campurkan dengan buah-buahan pilihan
6. Tuangkan susu segar sehingga buah tenggelam
7. Siap!
Selamat mencuba!
Sumber: Ummi Nadia
Tradisi Diangkat Tinggi, Permaisuri Johor Anggun Berbaju Kurung ‘Istimewa’ Ketika Lawatan Ke Singapura

Baju kurung sudah menjadi warisan turun temurun negara. Tidak kira warna kulit, bangsa dan agama, segenap lapisan masyarakat telah diperkenalkan dengan baju kurung sebagai baju kebangsaan bagi kaum hawa. Rekaannya yang dibuat penuh makna memberi keselesaan kepada yang memakai sekaligus melambangkan jati diri sebagai rakyat Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: Juara Kejohanan Badminton Dutch International 2022, Myisha Khairul Terima RM10 Ribu Daripada Kerajaan Negeri Johor
Baru-baru ini, Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah tampil anggun dengan mengenakan pakaian tradisional Baju Kurung Johor ketika mengiringi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena lawatan rasmi ke Singapura.
Menariknya Baju Kurung Johor yang digayakan oleh Baginda memiliki maksud istimewa dan penuh makna tersirat. Pada hari pertama lawatan, Baginda berkenan untuk memakai Baju Kurung Johor berwarna merah putih yang menjadi tema warna bendera Singapura. Fabrik busana tersebut telah ditenun kainnya oleh Yayasan Warisan Johor.
Melengkapkan lagi penampilan, Tuanku Raja Zarith Sofiah turut mengenakan loket khas berbentuk bunga orkid Vanda Miss Joaquim yang merupakan bunga kebangsaan Singapura bersama dengan kerongsang yang dihadiahkan kepada Baginda oleh DYMM Sultan Johor.
Kerongsang tersebut berupa sebuah rekaan berasaskan Diadem DiRaja, bulan sabit, dan tujuh bintang sebagai lambang kepercayaan Islam serta kedudukan baginda selaku Permaisuri.
Bagi sesi lawatan kedua pula, Baginda berkenan mengenakan baju kurung batik rona bendera Johor. Corak baju kurung tersebut menampilkan motif rekaan bunga gambir dan lada hitam Johor bersama bunga orkid Vanda Miss Joaquim Singapura, sebagai lambang hubungan rapat antara Johor dan Singapura.
Penampilan Tuanku Zarith Sofiah yang anggun patut dicontohi kaum hawa di Malaysia dalam mengangkat tinggi busana tradisi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber & Kredit Foto: Facebook The Royal Johor
Kulit Tak Bermaya Semasa Kuarantin Adalah Normal, Atasinya Julai Ini Sebelum Terlambat

Isi Kandungan
Toggle
Kuarantin sudah menjadi kemestian kepada penduduk dunia, at one point in their lives.
Sekiranya masyarakat Eropah terpaksa menghabiskan tahun 2020 dalam keadaan kuarantin dan kini barulah lebih bebas untuk keluar dari rumah, di Malaysia pula, kita masih disyaratkan duduk di rumah sehingga Abang Jamil m****s keadaan kembali stabil dan jumlah kes berjaya dilandaikan.
Rutin kuarantin sedikit sebanyak telah mengubah gaya hidup kita dari aspek penjagaan wajah.
Jika korang selalu memandang ke cermin kebelakangan ini dan terfikir, kulit saya kelihatan lebih kusam dan bintik-bintik hitam mula kelihatan, jangan risau. Bukan korang je yang merasakannya.
Menurut pakar, kuarantin adalah punca kulit kita menjadi lebih kering. Ia disebabkan keadaan di dalam ruang rumah korang sendiri yang tidak mempunyai aliran udara selancar jika berada di luar. Biarpun tidak dapat dilihat dengan mata kasar, udara dalam rumah mengandungi habuk dan pollutant lain yang mendatangkan kesan negatif kepada kulit wajah.
Kongsi pakar kulit, Audrey Kunin dalam satu temuramah bersama Allure baru-baru ini, udara kering di dalam rumah menyebabkan terhakisnya lapisan perlindungan kulit acid mantle. Ini secara tidak langsung memudahkan keradangan eczema atau rosacea; sekaligus menjadi punca kulit kelihatan kemerahan dan mengelupas.
Tapi, korang tidak bolehlah tunding jari kepada keadaan udara kering di dalam rumah sebagai punca keadaan kulit kusam dan dinaiki jerawat. Lihat kepada diri sendiri dahulu. Adakah korang sekarang lebih kerap mandi selepas waktu tengah hari? Adakah korang tidak lagi kisah dengan rutin kecantikan sebelum tidur pada setiap malam dan terus terlelap?
Semua orang berada dalam tekanan sekarang disebabkan kuarantin. Namun itu tidak harus dijadikan alasan untuk tidak menjaga kulit.
Masih belum terlambat untuk korang menukar keadaan kulit yang semakin merosot sekarang menjadi lebih bermaya, bersinar dan overall, sihat.
Jom lihat tiga produk pilihan REMAJA pada bulan Julai ini.
01
innisfree
Jenama Korea Selatan ini mengerti keperluan kita semua sepanjang musim kuarantin sekarang apabila mereka mengesyorkan rangkaian produk penjagaan liang pori Volcanic Pore mereka.
innisfree telah memperkenalkan item seperti pupur muka (mask), pelembap dan minyak pencuci muka. Kesemuanya mengandungi Volcanic Sphere Plus yang mempunyai ‘kuasa’ 7 kali penyerapan sebum berbanding kandungan Volcanic Clusters sebelum ini.
Volcanic Calming Pore Clay Mask mampu membersihkan sel kulit mati serta blackhead. Krim Volcanic Pore Mattifying Cream-nya pula merupakan pelembap yang menyelesaikan masalah kulit wajah berminyak dan membuatkan kulit terasa licin serta segar.
Sementara itu, penulis juga tertarik dengan Super Volcanic Pore Cleansing Oil dalam rangkaian ini. Ia mengandungi minyak Jojoba yang diketahui ramai boleh mengawal sebum tanpa menyebabkan liang pori tersumbat. Ini adalah pencuci muka yang amat sesuai untuk korang yang mempunyai isu kulit sensitif dan cepat meradang.
Menariknya, innisfree turut memperkenalkan set edisi terhad Volcanic Calming Pore Clay Mask pada bulan Julai ini dan ia mengandungi tiga jenis produk iaitu Super Volcanic Pore Micellar Cleansing Foam 2X (30g), Volcanic Calming Pore Clay Mask (100ml) dan Jeju Volcanic Pore Toner 2X (30ml).
DAPATKAN DI SINI
Harga:
Volcanic Calming Pore Clay Mask (100ml) RM75
Volcanic Mattifying Cream (50ml) RM85
Super Volcanic Pore Cleansing Oil (150ml) RM80
Set edisi terhad Volcanic Calming Pore Clay Mask. RM75 – selagi stok masih ada.
.
.
02
Kiehl’s
Sekiranya korang mula sedar kulit wajah menampakkan garisan halus, mulai kelihatan kendur (disebabkan stres dan tidak cukup rehat), kusam dan warna kulit tidak sekata, produk ini adalah rahsia korang memperbaiki semula kulit tersebut.
Super Multi-Corrective Cream dari Kiehl’s ini dipercayai mampu memberikan 7 kesan positif pada kulit dengan penggunaan satu jenis corrector saja. Selepas penggunaan 12 minggu, korang akan mula mendapati kulit wajah bertambah lembut, contour di sekitar jawline dan tulang pipi juga kembali terasa segar. Secara keseluruhannya, kulit kembali tegang seperti biasa.
Ini semua mampu diperolehi dengan adanya kandungan seperti Phytomimetic Vitamin, cendawan jenis Chaga yang kaya dengan polyphenols untuk menambah seri kulit serta proxylance yang mengembalikan ketegangan kulit.
DAPATKAN DI SINI
Harga RM272 (50ml)
.
.
03
Sephora Collection
Well, well.. lets get natural! Nothing gets better than mix of fruits and plants.
Koleksi Colorful Skincare daripada Sephora Collection ini menggabungkan pelbagai kandungan menarik seperti vitamin, tumbuhan dan kebaikan buah-buahan untuk memastikan keperluan kulit wajah terjaga. Baunya jangan cakaplah, sedap! Nak je cuba jilat, but don’t.
Tiga produk dalam rangkaian ini yang REMAJA syorkan adalah Colorful Vitamin Face Mask, Vitamin Mask dan juga Vitamin Tonic Lotion.Colorful Vitamin Face Mask umpamanya menawarkan kebaikan vitamin C, E B3 dan B6 dalam masa lima minit je semasa ia diletakkan ke atas muka. Korang pilih saja ‘perisa’ seperti aloe vera, dragonfruit, mangga ataupun betik untuk mengembalikan kesegaran wajah dan membuatkannya glowing serta-merta.
Untuk penggunaan yang lebih berpanjangan, why not dapatkan Vitamin Mask dalam bentuk tub ini. Selain wajah, produk glow booster ini juga boleh dilumur ke atas badan untuk 10 minit sebelum kulit segera kelihatan berseri.
Akhir sekali (dan kegemaran kami) ialah Vitamin Tonic Lotion yang memberikan kelembpan hingga 6 jam! Sesuai sekali digunakan selepas waktu mandi harian korang di rumah, ia melembutkan serta melembapkan kulit dengan kandungan timun, passionfruit, dragonfruit dan juga boleh dijadikan primer sebelum mekap. Well you know, jika korang rindu hendak mengenakan solekan di rumah.
DAPATKAN DI SINI
Harga:
Colorful Vitamin Face Mask RM21
Vitamin Mask RM59
Vitamin Tonic Lotion RM48
*
So girls (and guys), kecantikan kulit wajah bukan sekadar untuk dijadikan tayangan kepada orang ramai semasa di luar rumah. Ingat, kulit wajah yang cantik semasa kuarantin di dalam rumah juga adalah punca utama kepada keyakinan diri korang.
Mitos Sapu Ubat Gigi, Kicap Kalau Melecur, Takut Nanti Luka Lagi Mudarat!

“Alamak, macam mana minyak panas ni boleh terpercik kat tangan pula ni. Habis melecur tangan. Apa rawatan melecur yang sepatutnya aku buat ni? Paniknya!”
Setiap kali terkena air atau minyak panas mula la korang akan teringat petua orang dulu-dulu kan? Jangan yakin sangat dengan petua korang tu boleh memulihkan kawasan yang melecur. Jadi berhati-hati lah sebelum ia menjadi lebih teruk!!
Ini penjelasan seorang pakar perubatan iaitu Dr Kamarul Ariffin mengenai rawatan yang betul apabila mengalami lecuran.
Tahap melecur boleh dibahagikan kepada 3 tahap iaitu tahap 1, tahap 2 dan tahap 3.
Petua menyapu dengan bahan-bahan seperti disebutkan di awal tadi sebenarnya lebih memudaratkan berbanding menyembuhkan. Malah ada pengguna petua ini telah menderita gelembung tangan yang sangat teruk gara-gara sudah terkena jangkitan kuman.

Oleh itu, sentiasa utamakan keselamatan dan ketahui ilmu asas pertolongan cemas bagi memastikan sebarang kemalangan dapat ditangani dengan sebetulnya. So lepas ni jangan ikut petua yang pelik-pelik ye!
Sumber : Fb Kamarul Ariffin Nor Sadan