Masyarakat Malaysia sememangnya gemar menikmati makanan Jepun, terutamanya sushi. Namun begitu, bagi umat Islam tentunya kita wajib untuk memastikan bahawa makanan yang dimakan adalah halal.
Isu halal restoran makanan Jepun ini sebenarnya sudah lama dibahaskan. Ada yang kita semua sudah maklum bahawa terdapat restoran-restoran seumpama ini sudah mempunyai status Halal.
Namun begitu, menurut perkongsian yang telah dibuat oleh Nurul Munirah Safian, rakannya telah berkongsi respon yang diberikan oleh Susi Mentai berkenaan dengan status halal. Dia juga turut bertindak untuk mencari jawapan bagi restoran-restoran sushi lain yang popular di Malaysia.
Dan ini adalah jawapan yang diterima..
Berikut adalah hasil daripada pencariannya:
1. Sakae Sushi: Boleh dimakan
2. Sushi King: Boleh dimakan
3. Sushi Mentai: Tidak kerana mempunyai kandunan mirin dalam menu
4. Sushi Zanmai: Tidak kerana mempunyai kandungan mirin dalam menu
Mirin adalah sejenis bahan perasa penting didalam makanan Jepun yang mempunyai lebih kurang 40 hingga 50 peratus gula. Ia adalah sejenis rice wine yang hampir menyamai sake (sejenis arak beras Jepun), tetapi mempunyai kandungan alkohol yang kurang sedikit iaitu 14 peratus.
Walau bagaimanapun, Nippon Sushi dan Empire Sushi juga dilaporkan halal.
Ha, bagi peminat sushi sila ambil perhatian. Sebelum korang rasa nak makan tu, cuba check dahulu sama ada restoran tersebut mempunyai status halal atau tidak okay?
Sumber: Nurul Munirah Safian
Pelik! Remaja Ini Tak Pernah Makan Nasi Sejak Lahir, Akan Muntah Setiap Kali Dipaksa
Pelik tapi benar. Mungkin satu dalam sejuta. Seorang remaja berusia 17 tahun, Muhammad Daniel Mohd Idham langsung tidak pernah makan nasi sejak lahir. Bukan saja nasi tetapi makanan lain seperti aiskrim dia juga tidak menyukainya.
Cubalah, letak makanan enak-enak. Ayam, udang atau sotong dengan pelbagai gaya masakan, remaja ini langsung tidak terliur untuk menjamahnya. Malah kalau dipaksa makan, reaksi mukanya seperti orang mahu termuntah.
Untuk keperluan tenaga, dia hanya minum 15 cawan air susu coklat atau lebih untuk memberinya tenaga tambahan. Disebabkan langsung tidak makan, berat Daniel hanya 45 kg.
Keganjilan dialami remaja yang kini bersekolah di SMK Ampang Pecah, Kuala Kubu Bahru (pendidikan khas) menjadikan dirinya popular di sekolah kerana kelainan dialaminya. Hasil pemeriksaan rapi doktor sejak kecil, keganjilan ini disebut sebagai “Eating Disorder” iaitu kegagalan menerima makanan.
Menurut ibunya, Suhaila Saidon, 43 tahun, dia mula menyedari kelainan anaknya dari lahir bila disuapkan bubur. “Memek mukanya seperti tidak dapat menerima makanan. Menangis bila dipaksa makan. Hari demi hari, bulan demi bulan, dari pelbagai pemeriksaan rapi di pelbagai pakar perubatan, akhirnya kami sekeluarga menerima hakikat yang Daniel langsung tidak berminat dengan makanan,” katanya yang berniaga gerai makanan di Kuala Kubu Bharu.
“Puas kami sekeluarga bawa ke pelbagai hospital. Buat macam-macam gimik untuknya supaya dia makan tapi Daniel langsung tak tertarik. Malah pada usianya 8 tahun, pernah pengacara nombor satu Malaysia, Datuk Aznil Nawawi menjemput Daniel ke Radio Era dan Pak Nil cuba suapkan dia airkrim. Memang dia tak boleh makan langsung.
“Malah dari kecil sehinggalah sekarang pada usianya 17 tahun, baru tahun ini dia cuba-cuba makan bubur cair. Itupun sekadar lalu ditekak sahaja kerana sebaik dia menyuap sesudu bubur, dia akan mengambil air lalu diminum bersama.
“Dalam erti kata lain, Daniel tak makan pun sebenarnya,” katanya yang telah mengisar kurma, badam dan kismis sehalus-halusnya untuk memberikan tenaga tambahan buat anaknya,” katanya memaklumkan makanan itu pun dimakan sesudu sejak setahun lalu. Dipaksa dan bukan dengan rela hati Daniel, jelas Sue.
Dalam pada itu jelas Suhaila, sebelum ke sekolah, anaknya akan minum lebih kurang tiga cawan susu coklat berjenama ReeVo yang dibekalkan oleh syarikat Ryveera Chocolate (satu kempen dana telah ditububkan bagi membantu Daniel) yang bersimpati dengan nasib remaja ini. Malah dalam tempoh empat hari, anaknya itu memerlukan sekurang-kurangnya 2 kg ReeVo untuk keperluan pemakanannya.
“Saya sekeluarga sangat bersyukur kepada Executive Directornya, Tuan Haji Sharil yang memberikan bantuan susu coklat ReeVo ini. Sejak meminumnya tubuh Daniel nampak lebih sihat dan jarang sakit. Ia membantu perkembangan fizikalnya malah kelihatan cergas, sama seperti remaja seusianya.
“Dulu saya akui penat dan puas menangis. Kerana bila tahu Daniel tidak boleh makan tanpa sebab yang kukuh. Puas berubat ke sana ke mari termasuk berjumpa pengamal perubatan. Tapi tetap Daniel tak mahu makan. Malah pemeriksaan doktor turut mengesahkan bahawa Daniel mengidap mild disleksia, mild ADHD dan mild autism.
“Alhamdulillah, bila berubah remaja, penyakit ADHDnya sudah berkurangan. Masalah disleksinya juga semakin tiada kecuali autism. Namun Daniel mampu menguruskan dirinya sendiri,” katanya yang mempunyai seorang anak lagi iaitu Muhammad Irfan Sharifuffin, 12 tahun dengan berat 63 kg.
Tambah Sue lagi, disebabkan keunikan ini, anaknya kerap menerima jemputan untuk berkongsi kisah kehidupannya. Jika semasa kecil Daniel agak ragu-ragu dan menyorok tetapi perkenalan dengan Bob AF banyak mengubah pendirian remaja ini untuk tampil berani.
“Baru-baru ini kami ke UIA. Pakar yang pernah merawatnya kagum dengan keberanian Daniel bercerita di hadapan khalayak ramai. Sebagai ibu, saya begitu gembira dengan perubahan ditunjukkannya. Mungkin kata orang, inilah doa-doa yang sering ditadahkan kepada Allah. Pantang orang ke Makkah, pasti saya kirimkan doa buat Daniel untuk dia merasai nikmat makan ini,” katanya menceritakan anaknya itu pernah kritikal akibat gastrik keterlaluan hingga perlu ditahan wad semasa kecil.
49 Bas Mulai Hantar Pelajar IPT Pulang Malam Ini, Sabah Sarawak Bila?
Boleh nak balik, tapi ada syarat..
Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kemudiannya disahkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada minggu lalu, pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) akan dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing walaupun musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih belum berakhir.
In fact, perjalanan pertama pulang akan bermula pada malam ini!
Penghantaran pulang oleh pihak kerajaan ini akan melibatkan 53,000 orang pelajar ataupun kira-kira 85 peratus daripada jumlah keseluruhan. Selebihnya, 15 peratus pelajar IPT memilih untuk menetap di kampus sehingga tempoh PKP ditamatkan.
Hal ini mungkin disebabkan musim peperiksaan yang semakin hampir, kampung halaman yang tidak mempunyai jaringan internet ataupun kampung halaman mereka tidak terletak dalam zon hijau seperti yang disyaratkan oleh Kementerian.
*
Untuk pengetahuan, dalam tempoh 24 jam bermula malam ini, seramai 1,128 orang pelajar IPT akan dihantar pulang dengan menaiki 49 buah bas, dari 9 universiti dan menuju ke 17 destinasi berbeza.
Menurut Datuk Seri Ismail Sabri, seramai 863 orang akan dihantar dari zon tengah ke zon utara pada malam ini. Manakala 265 orang lagi akan dihantar dari zon utara ke zon tengah pada malam esok.
“Setiap bas akan disanitasi 3 jam sebelum bertolak. Bagasi pelajar juga akan disanitasi.
“Setibanya pelajar di poin drop-off sekitar 9 pagi esok, hanya SEORANG saja ahli keluarga yang mempunyai kenderaan sendiri dibenarkan mengambil pelajar tersebut.
“Bagi keluarga yang tiada kenderaan, wakil frontliners akan menghantar pelajar tersebut terus pulang ke rumah mereka,” kata beliau.
Mengenai peluang pelaja Sabah & Sarawak yang ingin pulang dari Semenanjung Malaysia, selain pelajar yang menuntut di Sabah dan Sarawak yang ingin pulang ke Semenanjung Malaysia, penerbangan pulang mereka akan bermula pada 1 Mei ini. Jadi tiada siapa yang terlepas peluang okay.
Be safe guys!
Sumber: BERNAMA
#GirlPower: “Hip Hoppers Wanita Mampu Berdiri Sebaris Lelaki” – Altimet
Masih dengan kisah Anugerah Juara Lagu 35.
Biarpun tahun ini sedikit suram apabila acara gemilang ini terpaksa diadakan dalam skala yang lebih kecil serta tanpa kehadiran penonton disebabkan situasi semasa pandemik di negara kita, namun impaknya masih dirasai sehari setelah ia melabuhkan tirai.
Buktinya, pengkarya dan penghibur Hip Hop tempatan, Altimet tampil memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada dua orang penyanyi Hip Hop wanita yang menyerlah di pentas AJL.
Menerusi ciapan di akaun Twitter belia, Altimet menyifatkan Zizi Kirana dan Loca B sebagai wander women yang telah membawa standard muzik Hip Hop tempatan ke aras seterusnya.
Mereka berdua juga telah membuatkan industri ini lebih inklusif dan terbuka untuk menerima pembaharuan.
“Dua ke tiga tahu lepas, (saya) sudah nampak dalam scene hip hop antarabangsa, emcee wanita bangkit mendominasi.
“Aku tahu trend ini akan sampai di Malaysia. Sebab itu, DeFam ganti aku persembahkan Bunga di AJL (33). Malam semalam bukti hip hoppers perempuan mampu berdiri sebaris dengan (hip hoppers) lelaki,” catatnya.
Wonder Women. 2-3 tahun lepas dah nampak dlm scene hiphop antarabangsa, Emcee2 wanita Bangkit mendominasi. Aku tau trend ni akan sampai kat Malaysia sbb tu DeFam ganti Aku perform Bunga kat AJL. Malam semalam bukti, hiphoppers perempuan mampu berdiri sebaris dgn lelaki. pic.twitter.com/ctn020tOMr
— Altimet (@altimet) March 15, 2021
Pada hemat penulis, kehadiran Zizi, Loca B malah DeFam telah memberi peluang kepada remaja perempuan berbakat dalam seni hip hop untuk terus mengejar cita-cita mereka itu.
Malah, usaha Zizi dan Loca B semalam untuk menerapkan unsur baharu seperti elemen irama tradisional dan string music dalam persembahan masing-masing juga wajar dipuji.
Kemenangan mereka berdua sebagai Juara (Loca B bersama Kaka Azraff & Noki untuk Gila) dan pemenang kategori Persembahan Terbaik (Zizi Kirana untuk Eh) pula adalah penyudah yang manis.
Tambah Altimet lagi, “Sebagai peminat emcee wanita seperti Rozanne Shante, Queen Latifah, Lauryn Hill, Rah Digga, Eve, Rapsody hinggalah ke Mizz Nina dan Mawar Berduri, aku ucapkan terima kasih. Tahniah kepada Zizi dan Loca B, you got the mic now (anda telah memperolehi perhatian mereka sekarang) Queens.”
Untuk pengetahuan, sebelum ini lagu nyanyian Altimet pernah ke pentas AJL seperti lagu Kalau Aku Kaya (AJL28), Amboi (AJL32) dan Bunga (AJL33).
ARTIKEL BERKAITAN : FIERCE Betul Solekan 7 Penyanyi Di AJL35, Berani Tak Nak Tiru? – REMAJA