Sebelum mendirikan rumah tangga, banyak persiapan yang perlu dibuat oleh kedua-dua bakal pengantin. Bukan hanya daripada segi persiapan majlis kahwin sahaja, malah ilmu agama juga seharusnya sudah penuh di dada.
Buat mereka yang ingin menghantar borang nikah, persiapkan diri dengan beberapa perkara yang mungkin akan ditanya nanti. Seperti yang dikongsikan oleh Si Gadis Manis di laman twitternya, Alhamdulillah dia lepas juga untuk menjawab semua soalan yang ditanya.
Tipnya mudah sahaja, korang kena hadam buku yang diberikan waktu kursus kahwin dulu dan kaitkan dengan ibadah yang korang selalu buat. InsyaAllah senang untuk ingat.
Gadis ini turut memberikan 'soalan bocor' yang bakal ditanya sewaktu sesi interview semasa menghantar borang nikah.
1. Ucap dua kalimah syahadah beserta maknanya sekali
2. Baca surah Al-Fatihah
3. Baca doa qunut
4. Apa yang anda tahu tentang munakahat? Sebutkan rukun nikah?
5. Apa itu Taharah? Hadas ada berapa jenis? Najis ada berapa jenis? Bila kena mandi wajib?
6. Tanggungjawab suami/isteri
Soalan penting sebagai seorang umat Islam yang korang wajib tahu adalah soalan 1 dan 2 kerana bacaan ini terkandung dalam amalan solat. Termasuklah nombor 3 walaupun ia sunat yang dituntut.
Nah, jangan risau kalau korang tak berapa nak yakin dengan jawapan bagi soalan-soalan berikut. Gadis ini turut berkongsi jawapan untuk membantu korang dalam memudahkan urusan nanti.
Apa maksud Taharah?
Bersihkan diri, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain daripada kotoran atau najis. Hadas ada dua, iaitu hadas besar dan hadas kecil.
Sebelum melakukan ibadah wajib:
Hadas besar kena mandi wajib dan hadas kecil kena wudhuk.
Bahagian-bahagian najis:
Sebab kena mandi wajib
Tanggungjawab suami
*Munakahat – ilmu tentang perkahwinan
Rukun nikah
Paling wajib, korang kena tahu kalimah syahadah, surah Al-Fatihah dan doa qunut.
Rasanya kalau dah tahu serba sedikit soalan yang ditanya, korang dah bolehlah buat persiapan awal kan?
Khabarnya, ada daerah yang tidak mempunyai sesi interview seperti ini, tapi tak salah kalau korang siap sedia kan? Sebab setahu kami memang ada beberapa buah negeri yang sangat strict
semasa urusan penyerahan borang nikah ini.So kepada semua bakal pengantin, all the best to you guys!