Kalau korang pernah apply kerja di JobStreet, mesti dah tahu macam mana persaingan yang bakal dihadapi kerana mungkin ada beribu calon lagi turut memohon jawatan yang sama.

Sebenarnya, korang boleh subcribe priority application (PA) di JobStreet untuk memastikan resume korang dihighlightkan daripada resume-resume yang lain. Tapi, ia bukan percuma ya, harga ditawarkan berbeza mengikut job grade. Makin tinggi makin mahal.

Namun begitu, ia tak bermaksud korang confirm dapat jawatan tersebut tapi sekurang-kurangnya bakal majikan akan melihat resume korang terlebih dahulu. HR kalau dah lama-lama tengok banyak resume dalam satu masa, mereka pun bosan juga. Hiks!

Informasi ini dikongsi dalam thread twitter Farah Izzati Zul yang juga pernah belajar melalui orang-orang berpengalaman dan pihak HR.

Priority Application

Ads

Mohon kerja yang berkaitan

Nak minta kerja ni kena ada effort dan kesabaran yang tinggi. Sebelum submit application tu, tulis la kenapa bakal majikan patut ambil korang sebagai pekerja. Jangan malas sangat terus je submit resume macam tu je.

Paling penting, mohon kerja yang berkaitan dengan kerja korang sebelum ini atau yang bersesuaian dengan latar belakang pendidikan.

Ads

Gadis Ini Kongsi Tip Macam Mana Nak JobStreet Lihat Permohonan Kerja Korang

Apply job according to your level. Kalau exec, apply la untuk jawatan executive. Bila dah tiga atau empat tahun mungkin korang boleh apply untuk Senior Exec tapi terpulang kepada company tersebut. Tak semua sama kerana masing-masing based on KPI.

Lagi satu, tak payah la terpengaruh sangat dengan iklan-iklan buat resume ni. HR bukan nak hire graphic designer ya. We need candidates with great achievement. Bear in mind!

Ads

Tip untuk fresh grad

Gadis Ini Kongsi Tip Macam Mana Nak JobStreet Lihat Permohonan Kerja Korang Gadis Ini Kongsi Tip Macam Mana Nak JobStreet Lihat Permohonan Kerja Korang Gadis Ini Kongsi Tip Macam Mana Nak JobStreet Lihat Permohonan Kerja Korang Gadis Ini Kongsi Tip Macam Mana Nak JobStreet Lihat Permohonan Kerja Korang

Nak demand gaji? Boleh, tapi kalau entry level tolong jangan demand lebih melainkan korang ada extra skills dan yakin dapat memenuhi expectation mereka sebab makin tinggi gaji, makin meningkat tanggungjawab dan workload.

Akhir sekali, rajin-rajinlah search dekat semua website, cari top employers di Malaysia kalau korang nak kerja di company yang besar dan kuat. Jangan terlalu bergantung pada JobStreet semata-mata. Aktifkan akaun Linkedln juga, connect with Hr’s. Banyak perkara yang korang boleh belajar.

Good luck!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI