Masalah wajah breakout dan berjerawat bukan asing lagi terutamanya bagi golongan remaja. Keadaan ini boleh menyebabkan rasa kurang keyakinan diri dan ia juga mendorang seseorang individu itu menjadi stress dan tidak bahagia menjalani kehidupan harian mereka.
Ya, memang benar sampai begitu kesannya terhadap mereka yang mengalami masalah wajah breakout teruk ini.
Namun begitu, jika korang mengalami masalah ini janganlah terlalu sedih kerana ia masih boleh dirawat. Seorang gadis di akaun TikTok @znrh__, dikenali sebagai Juju berkongsi berdasarkan pengalamannya mendapatkan rawatan di klinik kerajaan untuk masalah jerawat.
Menariknya, kos mendapatkan rawatan kulit breakout dan jerawat ini sangat murah hanya berharga RM1. Jimat banyak ni…
@znrh__if your friends send this video to you, trust me they really cares about you. dont give up ❤♬ original sound – Juju 💋Tan skin makeup 🌻
Menurut gadis ini menerusi video tersebut, bagi yang nak dapatkan nasihat dari klinik kerajaan berkenaan kulit, korang hanya perlu maklumkan kepada front desk yang korang ada masalah kulit. Kemudian ambik je nombor dan jumpa doktor macam biasa.
Menurut Juju, dia turut diberikan antibiotik, ubat sapu dan ubat cuci dari klinik kerajaan selepas sesi konsultasi. Doktor di klinik tersebut turut setkan temujanji seterusnya untuk rawatan susulan.
Pesannya lagi, untuk dapatkan rujukan dermatologi, menurut doktor yang merawat Juju, surat akan diberikan kalau jerawat masih tak beransur pulih enam bulan lepas ambil antibiotik.
“Doktor tak judge pun, baik je”
Di ruangan komen, rata-rata warganet berterima kasih dengan tip yang diberikan oleh Juju. Malah, tak kurang juga yang turut berkongsi pengalaman mereka mendapatkan rawatan kulit di klinik kerajaan.
Apa-apa pun, jika muka korang memang breakout teruk, teruslah berjumpa dengan pakar kulit sebelum menggunakan apa-apa produk. Takut pula kulit korang makin teruk pula nanti.
Sumber: TikTok @znrh__