Sebelum ini, gadis Malaysia bernama Cheryl Koh pernah menempah nama apabila lagu cover nyanyiannya berjudul Money (Tha’s What I Want) telah diselitkan dalam filem blockbuster 2018, Crazy Rich Asians dalam babak pembukaan dan semasa kredit filem.
Kini bertapak di Los Angeles, Cheryl koh telah menyibukkan dirinya dengan projek nyanyian terbaru sepanjang tempoh 2 tahun lepas.
Minggu ini, sekali lagi nama Cheryl kembali diperkatakan setelah dia membuat keputusan untuk mencuba pusingan uji bakat bagi program realiti American Idol.
Cheryl memilih untuk menyanyikan lagu asal nyanyian juri American Idol sendiri, Lionel Richie berjudul ‘Endless Love’ pada episod yang ditayangkan 7 Mac lalu and guess what, Lionel bersetuju untuk berduet dengannya pada permulaan lagu tersebut!
Sambil mengendong anjing peliharaannya di sebelah kiri, Cheryl menyerlahkan kehebatan vokalnya. Seperti dijangka, persembahan tersebut telah meraih pujian daripada pane juri termasuk Katy Perry dan Luke Bryan di atas semangat yang dibawakan oleh Cheryl.
Malah, pandangann mata Lionel sendiri dilihat berair apabila mendengar percubaan Cheryl itu dan telah membawakan memori indah untuk kembali menyinggah padanya.
Bagaimanapun, ketiag-tiga juri tersebut terpaksa mengatakan tidak kepada Cheryl.
What?! But why..
“Kamu perlu bertanding dengan vokal lain yang sangat bagus dan jujurnya, saya tidak rasakan kamu bersedia untuk bertanding dengan mereka,” komen Lionel.
Cheryl tidak langsung menunjukkan tanda-tanda menyesal mencuba untuk American Idol biarpun tidak melepasi uji bakat.
Smbil tersenyum berkata, “Saya berbangga dengan diri seaya kerana berani untuk mencuba. Saya bersyukur dapat bergandingan dengan Lionel Richie.”
Nampaknya, Lionel benar-benar menggemari kehadiran Cheryl apabila dia menghantar ciapan di Twitter bersama klip uji bakat Cheryl tersebut.
Cumanya, ramai warganet yang seakan tidak memahami mengapa Cheryl tidak layak untuk melepasi peringkat uji bakat ini biarpun telah melakukan sebaik mungkin.
Korang rasa Cheryl seharusnya diberikan peluang tak?