Gadis Keturunan Korea Dinobat Sebagai Miss America 2022

Share

Pertandingan Miss America merupakan antara pertandingan ratu cantik tertua di dunia. Mula diadakan pada 1921, tahun ini merupakan tahun ke-100 pertandingan tersebut. Walaupun begitu pertandingan ini baru memiliki 94 pemenang kerana beberapa kali pertandingan tersebut ditunda akibat masalah ekonomi sewaktu ‘great depression’ dan juga penularan virus Covid-19 tahun lalu.

Terbaharu, wakil Alaska, Emma Broyles telah berjaya dinobat sebagai Miss America 2022. Gadis berusia 20 tahun ini berketurunan Korea di sebelah ibunya dan Amerika Syarikat di sebelah ayahnya. Datuk dan nenek Emma berhijrah ke Anchorage, Alaska lima puluh tahun lalu dan ibunya dilahirkan di sana.

Kemenangannya ini menjadikannya bukan sahaja gadis keturunan Korea pertama yang memenangi pertandingan itu bahkan wakil Alaska pertama yang memegang gelaran Miss America dalam sejarah 100 tahun pertandingan tersebut.

“Saya mempunyai ADHD dan saya turut aya menghidapi dermatillomania, iaitu sejenis OCD. Saya telah bergelut dengan semua perkara ini dan pengelaman tersebut menjadikan saya seorang yang lebih baik,” ujar wanita cantik ini.

Memandang positif pandemik Covid-19 sebagai satu hikmah, dia menyatakan yang tempoh tersebut banyak mengajar dirinya. “Semasa Covid, ia adalah waktu yang sangat sukar bagi saya, terpencil di asrama kolej untuk sekian lama. Pada ketika itulah saya mencapai titik terendah dan saya menyedari bahawa saya boleh menjadi lebih daripada itu.”

Seiring dengan kemenangan ini Emma menerima biasiswa bernilai US$100 ribu dan gaji yang dianggarkan mencapai enam angka sebagai pekerja kontrak sepenuh masa bagi  organisai Miss America sepanjang bergelar Miss America 2022.

BACA JUGA: Boleh! Wakil Pertama Bahrain Ke Miss Universe Minta Untuk Tidak Pakai Bikini

Ketika memenangi gelaran Miss Alaska.

Sebagai sebahagian daripada peranannya, dia akan mempromosikan matlamat dan objektif organisasi itu, serta  akan meneruskan inisiatif impak sosialnya yang memperjuangkan Sukan Olimpik Khas. Ketika ini, Emma merupakan seorang pelajar junior di Arizona State University dalam jurusan sains biomedical dan persembahan vokal.

Pertandingan Miss America 2022 telah diadakan di Mohegan Sun, Connecticut. Lauren Bradford dari Alabama menduduki tempat kedua dan Elizabeth Pierre dari Massachusetts berada di kedudukan ketiga, manakala peserta dari Maine, Mariah Larocque diumumkan sebagai Miss Congeniality.

Pertandingan ini mengubah persepsi negatif terhadap dunia ratu cantik apabila organisasi tersebut menggugurkan sesi pakaian mandi bermula tahun 2018 dengan menyatakan ia tidak lagi relevan untuk menilai wanita berdasarkan bentuk tubuh mereka.

Sumber: scmp.com, vox.com

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Fiezreen