Gadis Malaysia menonton video K-pop dan membuat reaksi video itu perkara yang biasa dan selalu kita tengok. Begitu juga dengan artis Hollywood seperti Justin Bieber dan seangkatan dengannya.
Tapi bagaimana pula dengan reaksi gadis Korea terhadap penyanyi kita? Pernah korang tengok?
Siapa sangka video nyanyian pemenang Vokal Terbaik AJL Ke-32 oleh Syamel dan Ernie Zakri dengan lagu ‘Aku Cinta’ turut mendapat perhatian daripada YouTubers daripada Korea Selatan!
Menerusi video ini mereka memberi reaksi kagum dengan pentas AJL. Mereka cukup ‘berdiri bulu roma’ mendengar kemantapan vokal Syamel dan Ernie. Hampir tak mampu berkata-kata!
Mereka yang dikenali dengan nama Blimey merupakan sekumpulan anak muda dari Korea yang menghasilkan pelbagai content video menarik. Malah sebenarnya mereka sudah menghimpunkan ramai follower dari negara kita. Dengan jumlah subsribers lebih 96 ribu, Blimey kini menjadi antara YouTubers Korea kegemaran netizen Malaysia.
Malah sebelum ini mereka telah hasilkan banyak video yang berkitan dengan negara kita. Dan menerusi laman YouTube mereka, kami dapati mereka juga pernah mengunjungi Kota Kinabalu.
Kamsahamnida Blimey for promoting Malaysia! Ikuti video-video menarik Blimey yang lain di sini.
Anyeonghaseyo, Blimey! 🙂
Dua Tahun Berlalu, Ini Kronologi Tentang Kes Jangkitan Pertama COVID-19 Di Dunia
Diam tak diam, sudah dua tahun negara kita berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang pastinya meninggalkan memori paling terkesan di memori seluruh masyarakat dunia. Masihkah korang ingat, bilakah kes pertama COVID-19 dikesan di Malaysia?
Sempena dua tahun berlalu, Astro Awani telah mengimbas kembali detik pertama kali negara mengesan kes COVID-19 di negara kita dan berikut merupakan kronologi permulaan berlakunya pandemik ini dan kes pertama yang dicatatkan di Malaysia.
1 Disember 2019: Seorang lelaki berusia 55 tahun dari daerah Hubei, Wuhan China dilaporkan telah hadir ke hospital dengan simptom seakan penyakit pneumonia tetapi tidak diketahui puncanya. Sejak itu, hospital menerima peningkatan kes sama setiap hari.
8 Disember 2019: 41 orang bergejala diuji dan disahkan dijangkiti oleh virus yang sama menyebabkan masalah pada sistem pernafasan.
16 Disember 2019: Pesakit pertama diwadkan untuk rawatan terhadap simptom pernafasan akut yang dialami.
31 Disember 2019: Apabila peningkatan kes semakin serius dengan dapatan kajian awal yang membimbangkan, Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan melaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
7 Januari 2020: Pihak berkuasa China mengesahkan letusan wabak itu disebabkan oleh virus korona jenis baharu yang awalnya diberi nama “2019-nCoV”
11 Februari 2020: Secara rasminya penyakit itu dipanggil COVID-19 bawaan virus SARS-CoV-2 oleh WHO.
Perebakan virus tidak dapat ditangani daripada merebak ke luar China menerusi pergerakan manusia.
25 Januari 2020: Kes pertama jangkitan di Malaysia disahkan, dibawa oleh penggembara dari China di Johor yang masuk melalui Singapura.
11 Mac 2020: Apabila kes global melebihi angka 118,000 dengan 4,291 kematian di 114 negara, WHO mengisytiharkan wabak COVID-19 satu pandemik. Vaksin mula dibangunkan, sementara itu usaha pencegahan dibuat dengan disiplin kawalan pergerakan yang disaran WHO.
31 Disember 2020: WHO mengeluarkan senarai vaksin Comirnaty COVID-19 mRNA untuk kegunaan kecemasan. A.S., U.K., China dan Rusia antara pengeluar utama vaksin dunia yang secara langsung sedikit demi sedikit meredakan pandemik ini.
Namun, virus COVID-19 terus bermutasi, menghasilkan varian-varian baharu dengan kebolehjangkitan yang semakin meningkat, bermula dengan Alpha, Beta, Gamma, Delta & yang terbaharu, Omicron serta Lambda.
Setakat Disember 2021, pandemik ini telah mencatatkan 81 juta kes jangkitan dengan 5.4 juta kematian, menjadikannya antara wabak paling dahsyat dalam sejarah. Negara kita pula mencatatkan 2,754,513 kes setakat ini dengan kematian seramai 31,462 orang.
Marilah kita terus berdoa agar pandemik ini segera berakhir dan tidak lagi memudaratkan masyarakat di seluruh dunia. Takziah kami ucapkan kepada individu yang telah kehilangan ahli keluarga atau pun kenalan akibat COVID-19 ini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
“Semua Persiapan Hari Jadi Dah Siap Tapi Allah Lebih Sayang”, Pelajar Politeknik Maut Kemalangan
Seorang ibu, Wan Hasmiza Wan Ismail merayu agar saksi kejadian yang melihat kemalangan maut melibatkan anak sulungnya Nor Hafiz Hafizan Raja Nor Azuan, 19 tahun di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran susur keluar ke Lebuhraya Persekutuan tampil dengan segera bagi meredakan pertanyaan yang membelenggu jiwa raganya.
Mengidap kanser limfoma tahap dua a (bahagian limpa), Wan Hasmiza yang perlu menjalani kemoterapi saban minggu berkata, sejak kejadian menimpa anak sulungnya itu, dia selalu menangis.
“Hati saya tertanya-tanya. Kalau ada saksi kejadian, tolonglah tampil ke balai polis berdekatan untuk menjawap semua pertanyaan di hati saya ini,” katanya yang menangis tatkala dihubungi REMAJA.
Menurut wanita berusia 40 tahun yang terpaksa berhenti kerja Februari lalu berikutan kesihatannya semakin melemah kerana kanser, dia begitu terkilan kerana tidak sempat untuk menyambut ulang tahun ke 19 anak sulungnya itu.
“Semuanya sudah saya sediakan termasuk membeli makanan, penyediaan permainan malah pemilihan tema baju yang bakal disambut Ahad ini. Saya ingatkan untuk maklumkan pada anak hari Jumaat itu tetapi Allah lebih sayangkan dirinya,” katanya mengesahkan anaknya ditemui maut di Lebuhraya LDP itu malah orang awam datang ke rumah mencarinya bagi memaklumkan kejadian tersebut Khamis lalu.
Kata Wan Hasmiza, sekitar jam 11 lebih, pihak polis memaklumkan kepadanya bahawa anaknya kemalangan di Jalan Klang Lama dan kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Saya sudah hampir masuk tidur ketika itu ditambah rasa tidak sihat akibat kanser. Bila ketukan di pintu, pihak polis memaklumkan kejadian ini. Awalnya saya menyangka bahawa anak kemalangan biasa sahaja.
“Tapi selepas pihak polis pulang, saya ternampak seorang lelaki seperti mencari-cari rumah seseorang. Saya tegur dia, katanya dia mencari rumah Nor Hafiz. Bila saya kata saya emak Along, dia maklumkan anak kemalangan di Lebuhraya LDP tu dan mayatnya ada di lokasi kejadian.
“Mulanya saya tak percaya kerana pihak polis baru maklumkan lain tapi dia cakap dia bawa bukti iaitu kad pengenalan anak, ketika itulah saya mula rebah sehingga perlu dipapah. Kami bergegas ke lokasi kejadian dan benar Along sudah terbujur kaku,’ katanya terus menangis.
Jelas Wan Hasmiza lagi, dari cakap penunggang motosikal, mereka mengakui sudah mengalihkan motosikal Along dari lorong tengah ke tepi sementara mayat anak masih berada di lorong laju.
“Kalau diikutkan dari keadaan motosikalnya, ada besar kemungkinan dilanggar dari belakang. Siapa saksinya tolonglah tampil kerana ia memberi besar ertinya kepada saya,’ katanya lagi.
Menjelaskan kematian anaknya akibat kecederaan dalaman akibat langgaran, Wan Hasmiza menjelaskan bahagian kepala anaknya cuma ada sedikit luka. Tak ada patah di bahagian tubuhnya.
“Saya tak tahu sama ada anak terbabas atau dilanggar dari arah belakang. Saya mahukan sebuah jawapan. Kalau betul arwah terbabas tolonglah datang ke balai polis ceritakan situasi itu. Sementara kalau arwah dilanggar lari juga, tolonglah tampil. Ada saksi-saksi yang membantu berkata, mereka cuma nampak arwah anak terbaring di lorong laju sahaja dan mereka cuma menolong mengalihkan motosikalnya. Itu saja maklumat saya dapat,” katanya.
ARTIKEL LAIN : 16 Tahun Tapi Belum Period, Pakar O & G Beritahu Risiko Bila Dewasa Nanti
Tambah ibu empat anak ini lagi, arwah anaknya kini berada di Semester 3, Diploma Kejuruteraan Mekanikal (bahagian pembungkusan) di Politeknik Shah Alam.
Dahulu arwah anaknya itu tinggal di asrama namun sejak dia perlu menjalani rawatan kemoterapi, Along meminta izin untuk duduk luar demi menjaga saya.
“Dialah yang masak di rumah bila saya tak sihat terutama lepas kemoterapi. Dialah sidaikan baju malah anak juga bekerja part time di Giant Kelana Jaya demi membantu kewangan keluarga kami kerana suami hanya bekerja kilang dengan pendapatan RM1500 sebulan.
“Kalau hari biasa Along kerja di Giant tapi hujung minggu arwah kerja tukang bancuh air di PKNS demi membantu saya,” katanya yang sehingga hari ini tidak mampu menjamah nasi kerana berasa kehilangan selain rasa terkilan.
“Hari kejadian, saya masakkan kari, lauk kesukaannya. Biasa lepas balik dari Politeknik, arwah akan makan nasi dahulu tapi pada hari itu, dia solat dulu. Makan pun tak sempat sebelum bergegas ke tempat kerja. Sebab itulah saya begitu terkilan kerana anak tak sempat jamah makanannya,” katanya memaklumkan, selepas kematian anaknya itu, barulah dia dapat tahu bahawa anaknya disayangi ramai termasuk bergiat aktif dalam kerja dakwah dan kebajikan islam malah menjadi naib presidennya.
“Arwah selalu buat kerja-kerja dakwah selain sampaikan bantuan. Saya ingat lagi dia minta adiknya belikan cakera kosong untuknya. Malah dia minta adiknya bawa turun laptop, cd dan chargernya untuk dia siapkan perbentangan projek itu.Bila dia meninggal, barulah kawan-kawannya bercerita. Allah, mulianya hatimu nak!
Jelas Wan Hasmiza lagi, anaknya itu selalu mengucapkan ingin mati syahid dalam mempertahankan keluarga ternyata menjadi kenyatan kerana anaknya itu pergi meninggalkan dirinya sekeluarga selepas selesai membuat kerja part time. Malah apa yang membuatkan hatinya bertambah sedih, anak yang rapat dengan arwah iaitu Syakirah selalu menyebut dan bertanya di mana abang kesayangannya itu.
Bagi anda yang ada melihat kejadian kemalangan pada 18 Oktober lalu di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berdekatan susur ke Lebuhraya Persekutuan, boleh hubungi Wan Hasmiza sendiri di talian 018-4675768. Bantulah ibu ini kerana dia mahukan sebuah kepastian.
Baca juga luahan hati Wan Hasmiza di fbnya:
Lelaki ‘Kantoi’ Curi Kasut Dan Selipar Jiran Untuk Puaskan Nafsu, Eh Peliknya!
Agak-agak apa kes dia curi kasut ini?
Manusia ini datang dalam bermacam-macam ragam. Disebabkan itu jugalah manusia mempunyai keinginan dan nafsu yang berbeza, baik daripada golongan lelaki mahupun wanita.
Seorang pemuda ‘kantoi’ apabila kegiatan jijiknya terdedah selepas beliau ditahan pihak polis hasil daripada pencarian jejak menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipasang di luar kediaman mangsa.
Theerapat Klaiya, 24 tahun yang berasal dari Nonthaburi, Thailand turut ditahan bersama 126 pasang selipar dan kasut yang dipercayai dicuri sejak lebih dua tahun lalu, Klaiya memberitahu beliau akan memakai kasut dan selipar tersebut di dalam rumah dalam keadaan ghairah sebelum memeluk, mencium dan melakukan hubungan intim dengannya. Seriuslah..!
.
Pernah ditahan pada tahun lalu atas kesalahan sama di daerah lain, kesemua koleksinya akan dijaga dengan rapi
Mengaku bersalah atas tuduhan mencuri pada waktu malam, memiliki alat pemancar digital (digital transceiver) tanpa izin dan melanggar perintah berkurung susulan penularan COVID-19, Klaiya seorang lelaki bernafsu pelik ini akan ditahan dii balai polis sehingga pihak pendakwaan memutskan proses hukuman selanjutnya.
Untuk info, kelakuan ini juga digelar sebagai shoe fetishism yang mana seseorang individu itu tertarik secara seksual terhadap kasut?
Merupakan satu gangguan seksual, individu yang memiliki keinginan seksual terhadap kasut biasanya akan berfantasi dan boleh merasa ghairah apabila melihat benda yang disukainya iaitu kasut atau sebagainya.
Sanggup eh dia cium kasut yang dah dipakai orang…..macam-macam la hal orang sekarang ni!
Sumber: Metro UK