Gadis Masa Kini Makin Materialistik? Kajian Bukti Lelaki Kaya Confirm Dapat Tarik Perhatian

Share

Jika sebelum ini, kalau nak pikat gadis, kaum lelaki kena pandai tackle hati terlebih dahulu. Asalkan mereka selesa dengan lelaki tersebut, mungkin ada chance la mamat tu nak masuk line. Jadi paling penting, buat mereka rasa selesa dulu dengan korang.

Eh betul tak sis?

ARTIKEL BERKAITAN : Tak Hensem Tak Apa, Janji Kaya! Lelaki Terjelik Uganda Nikah Isteri Ketiga

Foto Via Pexels

Yeke tak perlu duit berkepuk pun? Hiks!

Zaman dah berubah, cara tackle

hati wanita pun berubah. Baru-baru ini satu kajian mendapati bahawa wanita akan lebih suka dan tertarik kepada lelaki yang kaya, lapor Herald Sun.

Menurut laporan, lelaki yang kaya seperti pemilik Tesla, Elon Musk mendapat maklum balas 3.5 kali lebih banyak dalam platform temu janji dalam talian. Penyelidik mengimbas 1.8 juta profil aplikasi temu janji dari 24 negara dan mendapati bahawa ia sememangnya berlaku di seluruh dunia.

Foto Via Pexels

“Ramai orang percaya bahawa ini hanyalah stereotaip tetapi kami mendapati bahawa ia merentasi semua budaya dalam kajian sejak 1980-an.

Kajian tersebut menilai lelaki berdasarkan pendapatan, pendidikan dan pekerjaan yang disiarkan dengan balasan dari hati yang sunyi. Walaupun wanita juga mendapat lebih perhatian jika mereka kelihatan kaya dan berpendidikan tetapi kesannya lebih kecil.

ARTIKEL BERKAITAN : 9 Perkara Mengejutkan Yang Lelaki Tertarik Pada Wanita

Berkenaan pendidikan dan wang tunai, maklum balas yang diperoleh lelaki sebanyak 255 peratus berbanding yang terendah. Bagi wanita, ia adalah 103 peratus.

“Ia adalah nyata,” kata pakar dalam psikologi evolusi, pensyarah Universiti Swansea, Andrew George Thomas.

Dr Thomas juga berkata internet mendorong kedua-dua jantina ke tahap yang melampau untuk kelihatan kaya bagi menarik perhatian kekasih.

“Manusia nampaknya mempunyai keutamaan terhadap wang dan kekayaan pada pasangan.

“Hal ini kerana ia bertindak sebagai petunjuk moden yang bersifat lebih umum serta keupayaan untuk mendapatkan sumber seperti makanan, tempat tinggal, peralatan dan perlindungan,” katanya.

Jadi bro, kalau korang dah betul-betul nak ambik hati wanita idaman korang, pastikan ada harta okay! Tapi ini hanyalah kajian, penulis percaya masih ada gadis-gadis yang pentingkan hati daripada harta kekayaan. Betul tak?

BACA Lagi : 6 Jenis Wanita Tak Boleh Dikahwini Menurut Imam Ghazali

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Herald Sun

Published by
Nana