Bayar Zakat Fitrah Secara Online Guna Aplikasi Boost, Sesuai Sangat Musim PKP Ni!
Jumaat ini seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan walaupun negara kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun kemeriahan menyambut bulan mulia tetap terasa.
Namun yang menjadi tanda tanya masyarakat ialah bagaimana cara atau keadah untuk membayar Zakat Fitrah ekoran PKP. Adakah ianya masih menjadi kewajipan kita?
Jawapannya YA, zakat fitrah tetap menjadi kewajipan yang perlu ditunaikan oleh umat Islam jika mempunyai kemampuan walau dalam musim PKP.
Di zaman teknologi moden dan serba maju ini korang boleh je membayar zakat fitrah ini secara online melalui beberapa aplikasi salah satunya ialah aplikasi Boost.
Boost hari ini ada mengumumkan kerjasama dengan pihak Lembaga Zakat Selangor, sekaligus memudahkan pengguna untuk membuat pembayaran zakat fitrah terus melalui aplikasi dompet digital berkenaan.
Dengan Perintah Kawalan Pergerakan, kaedah pembayaran secara nirtunai ini merupakan salah satu kaedah yang lebih baik, termasuk mengekalkan penjarakkan sosial seperti digalakkan oleh pihak berkuasa.
Ciri pembayaran zakat harta telah pun boleh diakses oleh penduduk di Selangor, dimana anda hanya perlu memilih menu “Zakat” dan membuat pembayaran melaluinya dengan mudah.
Ciri Zakat Fitrah akan ditambah pada Boost bermula 24 April ini. Pengguna boleh membuat pembayaran dengan hanya menambah nama, nombor kad pengenalan dan juga nombor telefon bimbit.
Boost turut mengatakan yang mana selain Lembaga Zakat Selangor, mereka turut akan menyediakan pilihan pembayaran zakat untuk Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Wow, menarik ni…tak perlu risau kena akad dan bersalam untuk bayar zakat fitrah. Teknologi dihujung jari kan.
Putri Ariani Cemerlang Di America’s Got Talent, Dapat Golden Buzzer Daripada Simon Cowell
Suaranya gadis berhijab ini menggegar bumi Amerika Syarikat…
Ariani Nisma Putri atau lebih dikenali dengan nama Putri Ariani mungkin asing bagi peminat dunia muzik Malaysia, namun begitu kelibat gadis berusia 17 tahun ini antara yang dikenali di Indonesia.
Masakan tidak, dia pernah bergelar juara Indonesia Got Talent ketika berusia 9 tahun! Kini namanya kembali menjadi sorotan bukan sahaja di Indonesia bahkan seluruh dunia dek kebijaksanaannya dalam mencipta lagu dan kelunakan suara yang dimiliki.
Dia yang menyertai pertandingan America’s Got Talent 2023 telah berjaya menawan hati juri yang terdiri daripada Simon Cowell, Heidi Klum, Sofia Vergara dan Howie Mendell.
Tampil manis dalam balutan hijab berona putih, Putri pada mulanya menyanyi satu lagu ciptaannya sendiri dan menerima tepukan gemuruh daripada para juri dan seluruh penonton yang berada di studio.
Namun begitu, Simon Cowell tiba-tiba bangun dan naik ke pentas menghampiri Putri untuk meminta dia menyanyikan sebuah lagi lagu.
Sofia Vergara yang kelihatan bingung dengan situasi tersebut bertanya, “Apa yang kamu mahu? Kenapa suruh dia menyanyi sebuah lagu lagi, kamu tidak sukakan lagu tadi?” Jawab Simon, “Saya sangat sukakan suaranya, saya mahu dia menyanyi lagu kedua.”
Menerima cabaran tersebut, Putri memilih unttuk menyanyikan lagu Sorry Seems To Be The Hardest Words yang dipopularkan oleh Sir Elton John dengan rendisinya sendiri. Dia ternyata memukau seluruh dewan lantas menerima Golden Buzzer daripada Simon Cowell.
Untuk pengetahuan pembaca, Golden Buzzer hanya diberikan kepada lima peserta sahaja dan ini bermakna Putri Ariani akan terus mara ke peringkat suku akhir tanpa perlu melalui pertandingan untuk bersaing dengan peserta lain.
Sedikit latar mengenai Putri Ariani, dia dilahirkan dengan kekurangan upaya untuk melihat namun dia mampu bermain piano dengan baik. Salah satu impian terbesarnya adalah untuk menjadi salah seorang pelajar di sekolah muzik berprestij, The Juilliard School yang terletak di New York, Amerika Syarikat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Main Kutu Satu Kesalahan Jenayah, Denda RM500,000 & Penjara 10 Tahun Untuk Ibu Kutu
Ramai mungkin tidak sedar ia satu kesalahan jenayah. Di sebalik ramai main kutu sesama kawan, konon untuk membayar road tax, pergi travel, membeli barang peribadi seperti emas, barangan dapur dan sebagainya tanpa sedar ia adalah salah di sisi undang-undang yang mana pelakunya boleh dikenakan denda RM500,000 dan penjara 10 tahun lamanya jika ada laporan dibuat terhadap mereka.
Memetik laporan Berita Harian, main kutu adalah satu kesalahan dan pesalah boleh didenda tidak lebih daripada RM500,000 atau dipenjara tidak lebih sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), melalui laman Facebook (Fb) Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police, memaklumkan terdapat beberapa kes apabila penganjur atau ‘ibu kutu’ yang menghilangkan diri bersama wang yang dibayar pelabur atau peserta.
“Di bawah Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971, salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu.
“Mana-mana orang untuk menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu dan mana-mana orang yang menjalankan perniagaan itu melakukan suatu kesalahan.
“Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya,” menurut makluman itu.
Pihak polis turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati jika menyertai mana-mana kutu kerana selain melanggar undang-undang, ia juga berisiko untuk ditipu.
“Tetapi, jika ibu kutu lari (menghilangkan diri), anda tetap boleh membuat laporan polis di balai berhampiran dan kebiasaannya kes ini akan dipindahkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk disiasat,” katanya.
Akhbar NSTP sebelum ini juga pernah melaporkan beberapa kejadian mangsa ditipu ibu kutu terutama membabitkan pakej umrah yang ditawarkan syarikat tertentu dengan tawaran menarik.
Dalam sat ukes pernah terjadim sembilan wanita di Segamat, Johor, dilaporkan kerugian ribuan ringgit selepas diperdaya ibu kutu berusia 30-an yang melarikan wang pelaburan mereka.
Mangsa yang sebahagian besar adalah suri rumah, mendakwa melabur RM200 hingga RM4,500 bagi mendapatkan pulangan berkali ganda seperti dijanjikan ibu kutu yang juga seorang wanita. Sumber : BERITA HARIAN ONLINE