Semalam panas isu di media sosial berkaitan seorang gadis promoter yang sedang melakukan kerja promosi di bahagian Non Halal di Giant Ampang Point dimaki dan “dimalukan” oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Edi Rejang.
Ekoran tindakan luar biasa lelaki berkenaan yang memalukannya di media sosial termasuk disuruh berbahasa Melayu kerana berada di Bumi Melayu, kes buli di media sosial ini mendapat perhatian meluas dari rakyat Malaysia yang mempertikaikan tindakan lelaki berkenaan.
Teo Nie Ching menyeru netizen tamatkan kebencian dalam masyarakat dan jangan bawa ia ke sekolah.
Isu ini menjadi semakin panas apabila netizen “memulakan perang” dengan menyebarkan pula gambar anak kepada lelaki berkenaan sehingga kes ini mendapat perhatian dari Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching yang menyeru agar netizen berhenti berbuat demikian
“Jangan kongsi gambar mahupun butiran sekolah anak-anaknya belajar. Marilah tamatkan kebencian dalam masyarakat dan jangan bawa ia ke sekolah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Lim Lip Eng membuat satu laporan polis bagi memastikan polis mengambil tindakan bagi menangani ketegangan kaum yang semakin menjadi-jadi di negara ini. Foto Malaysia Kini.
Kes ini juga mendapat perhatian dari Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng yang telah membuat satu laporan polis bagi memastikan polis mengambil tindakan bagi menangani ketegangan kaum yang semakin menjadi-jadi di negara ini.
“Niat saya membuat laporan polis hari ini adalah bagi meminta pihak kerajaan, pihak berkuasa serta pelbagai agensi termasuk polis untuk tampil dengan satu penyelesaian yang dapat menangani ketegangan kaum di Malaysia,” katanya.
Ads
Gadis promoter ini mendapat 7 A dalam SPM dan kerja promoter itu hanya kerja sampingan untuk dia memperoleh wang saku
Dalam pada itu, apa yang menariknya, gadis promoter yang dimaki ini merupakan seorang pelajar cerdik apabila keputusan peperiksaan SPMnya didedahkan di mana dia mendapat 7 A seperti disiarkan oleh Malaysiantalk.com. CONGRAT!.
Kerja-kerja promoter dilakukannya itu hanyalah sekadar mengisi masa lapang di samping mencari duit lebih untuk pengajiannya.
Dalam pada itu, REMAJA difahamkan kes buli dan rasist ini memberikan satu pengajaran buat Edi Rejang apabila dia diberhentikan kerja 24 jam seperti diberitahu oleh jirannya. Malah dia mengakui tiada niat politik dalam isu ini. Ini dinyatakan dalam satu hantara fb atas nama Asrul Muzaffar Mohamed kira-kira jam 1 pagi semalam.
Edi Rejang sudah memohon maaf terbuka pada awek Carlsberg dan masyarakat Malaysia di atas keterlanjuran beliau memaki hamun promoter berkenaan di Giant Ampang Point.
Beliau amat kesal dengan insiden terbabit dan mendakwa ia tiada bermotifkan politik.
Seorang jiran kenalan memaklumkan Edi Rejang telah diberhentikan kerja serta merta oleh majikan tempat beliau berkhidmat selama 10 tahun. Isteri beliau tak bekerja dan ini bermakna keluarga mereka hilang sumber pendapatan.
Ada kemungkinan anak beliau yang kini bersekolah di SJK(C) didesak untuk berhenti dari meneruskan pembelajaran di situ. Mohon rakan seperti Marina Ibrahim, Yaakob Osmandan Adam Mukhriz Mohd Muhayeddinbantu untuk mengelak perkara ini dari terjadi.
Jangan dihukum isteri dan anak Edi Rejang (2018)
Ads
Klip video Edi Rejang meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia juga sudah tersiar.
Dalam kes di atas, sebenarnya rakyat Malaysia patut kembali kepada erti perpaduan di mana Malaysia dikenali di pentas antarabangsa kerana keunikan kaumnya, Melayu, Cina, India serta lain-lain.
Jangan rosakkannya kerana semangat Malaysia Baru di mana media sosial boleh menjadi medan fitnah utama dan menyemarakkan lagi isu perkauman yang sudah dipupuk sejak Merdeka lagi.
Ads
Semoga kita terus istiqomah dalam kehidupan. Berkawanlah, bergaullah biar kita berlainan bangsa. Pandang nenek dan datuk kita dahulu, bahagia duduk bersama bangsa lain di kampung. Tiada masalah apa pun.
Jangan jadikan media sosial “gendang” berlawan kerana perang paling utama ialah memerangi nafsu dalam diri. Hayati pengajaran dibawa Nabi Muhammad SAW sentiasa berbuat baik kepada orang lain tanpa mengira apa agamanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rasanya baru sahaja kedai serbaneka 24 jam 7-Eleven memperkenalkan aiskrim berperisa salted egg, kini mereka sekali lagi membuat percubaan dalam mempertaruhkan perisa terbaru, #roaringlimau iaitu kombinasi cili dan limau.
Macam mana agaknya rasa aiskrim gabungan pedas dan masam ini ya? Mesti korang tertanya-tanya kan?
Tak kurang juga netizen yang turut meninggalkan komen dan meninggalkan tanda tanya bagaimana agaknya rasa perisa aiskrim yang diperkenalkan oleh 7-Eleven kali ini.
Namun begitu, ada juga yang memberitahu bahawa rasanya boleh tahan, tidak seperti yang dikatakan netizen.
Nah, jangan gaduh-gaduh. Apa kata korang rasa sendiri Aiskleem Roaring Limau ini yang boleh didapati di cawangan terpilih 7-Eleven Malaysia dengan harga hanya RM2.50
Lain orang, lain citarasa. Kalau korang dah rasa, boleh share dengan kami bagaimana rasanya diruangan komen.
Mangsa Covid-19 telah meningkat dari semasa ke semasa dan telah mengorbankan banyak nyawa di serata dunia.
Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kesihatan dalam membendung virus ini, bukan sahaja pihak kesihatan di Malaysia, malah serata dunia sedang berusaha mencari vaksin untuk virus ini.
Namun, semalam dunia digemparkan dengan berita gembira apabila Presiden Rusia, Vladimir Putin mendakwa Rusia sudah pun berjaya menghasilkan vaksin pertama untuk merawat jangkitan COVID-19 selepas dua bulan mengujinya kepada manusia.
Putin turut memaklumkan anak perempuannya sendiri terlibat dalam eksperimen tersebu dan sudah pun menerima vaksin terbabit.
Diragui Saintis Dunia
Vaksin yang sudah didaftarkan di Rusia itu bagaimanapun mengundang keraguan dan kebimbangan dunia kerana tempoh kelulusannya yang singkat.
Pakar antarabangsa yang masih skeptikal mempertikaikan keputusan ujian klinikal tersebut yang terus di daftar selepas dua bulan ujian. Malah para saintis di seluruh dunia termasuklah daripada kelompok saintis di Rusia sendiri mempersoalkannya.
Mereka memberi amaran tindakan tergesa-gesa Rusia menawarkan vaksin sebelum ujian peringkat akhir belum selesai boleh menimbulkan risiko. Ujian peringkat akhir di fasa ketiga boleh memakan masa selama berbulan-bulan melibatkan puluhan ribu sukarelawan bagi membuktikan ianya benar-benar selamat dan berkesan.
Pakar di Pusat Keselamatan Kesihatan Johns Hopkins University, Amesh Adalja menjelaskan sekiranya vaksin Rusia ini didapati bermasalah ianya akan merosakkan kepercayaan orang ramai terhadap sebarang vaksin COVID-19 selepas ini.
Memberi respon kepada kenyataan Rusia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberitahu pihak mereka sedang berbincang dengan pihak berkuasa kesihatan Rusia mengenai pra-kualifikasi vaksin tersebut termasuk kajian dan penilaian ketat dari semua data keselamatan dan keberkesanan yang diperlukan.
Ish…benda-benda ni macam ini tak perlu kot nak propa kan, apa-apa pun korang teruskan jela norma hidup baru korang tu, stay safe guys.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seluruh dunia memperkatakan tentang kisah adik Rayan yang terperangkap pada kedalaman 32 meter di dalam sebuah perigi sejak Selasa lalu dan misi menyelamatkannya.
Semalam, semua menarik nafas lega apabila pasukan menyelamat dilaporkan telah berjaya mencapai adik Rayan dan dalam proses membawanya keluar.
Bagaimanapun, hayat adik Rayan nyata tidak panjang apabila kanak-kanak berusia lima tahun itu disahkan tidak bernyawa dan meninggal dunia.
BBC turut melaporkan kenyataan diraja semalam dengan mengumumkan pemergian Rayan sejurus selepas dia berjaya ditemukan dan dibawa keluar dari telaga tersebut.
Usaha menyelamatkan Rayan sebelum ini ‘menyentuh’ perasaan seluruh negara Maghribi apabila ratusan orang berkumpul di kawasan kejadian. Misi dan usaha menyelamat juga berdepan cabaran getir dengan kebimbangan berlakunya tanah runtuh.
Susulan kisah tragis yang mengorbankan nyawa kanak-kanak kecil, Ryan Oram ini, Raja Mohamed VI mengucap takziah kepada keluarga mangsa.
Tular di media sosial pada pagi Ahad terutamanya di laman Twitter dengan tanda pagar #SaveRayan dengan masyarakat dunia menyatakan kesedihan mereka. Walaupun tidak mengenali Rayan secara peribadi, satu dunia tetap bersoladariti mendoakannya.
Ternyata, keperitan yang terpaksa dihadapi oleh Rayan amat dirasai. Al-Fatihah, sesungguhnya syurga buatmu si anak kecil.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Misompuru yang membawa maksud keramaian menjadi judul yang dipilih bagi album terbaru juara Anugerah Juara Lagu ke-39, Marsha Milan!Marsha ketika ditemui REMAJA baru-baru ini...