Ads
Home Berita Gadis Sabah ‘Angkat’ Etnik Murut Nabai, Berbusana Tradisional Terima Ijazah Sarjana Di...

Gadis Sabah ‘Angkat’ Etnik Murut Nabai, Berbusana Tradisional Terima Ijazah Sarjana Di UK

Ads

Musim konvokesyen kini bukan hanya dilangsungkan di Malaysia tetapi juga di universiti seluruh dunia. Pelbagai kisah unik mengenai para graduan tempatan pernah REMAJA laporkan dan kisah terbaru ini tidak kurang menariknya.

Seorang pelajar yang berasal dari Sabah telah menggayakan busana tradisional etnik Murut Nabai sewaktu majlis konvokesyennya.

ARTIKEL BERKAITAN : Tamat Pengajian Di Universiti Stanford, Maudy Ayunda Cantik Berkebaya Merah Ketika Majlis Konvokesyen

Gadis yang dikenali sebagai Nur Liyana Razali ini telahpun menerima Ijazah Sarjana Kejuruteraan dari University of Manchester di United Kingdom. Menariknya,gadis berketurunan Brunei-Murut ini menjadi tular setelah fotonya berpakaian tradisional yang bercorak ‘linangkit’ pada hari majlis tersebut telah mencuri perhatian warganet terutamanya dari Sabah.

Gadis Sabah ‘Angkat’ Etnik Murut Nabai, Berbusana Tradisional Terima Ijazah Sarjana Di UK

Ads

Kongsi Nur Liyana, sebab utama dia mengenakan pakaian tradisi wanita dari suku kaum Murut itu adalah untuk mempamerkan tradisi dan kebudayaan masyarakat Sabah di negara asing.

“Sudah tentu saya gembira dapat menerima segulung Ijazah Sarjana. Namun kenangan itu lebih manis apabila saya dapat mempamerkan kebudayaan Sabah di Borneo suku Murut daripada keturunan sebelah ibu saya,” jelas anak sulung daripada tiga adik-beradik ini. Sambil itu, Liyana turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai terutama masyarakat di Sabah yang memberikan galakan kepadanya setelah dia tular.

Ads

Nur Liyana sepatutnya menerima ijazah pada 2020 tetapi ia terpaksa ditangguhkan disebabkan pandemik Covid-19. Nur Liyana kini dilaporkan bertugas sebagai seorang pelatih pengurusan di syarikat Nestle Malaysia, Kuala Lumpur.

Gadis Sabah ‘Angkat’ Etnik Murut Nabai, Berbusana Tradisional Terima Ijazah Sarjana Di UK
Foto Via Utusan Borneo

Untuk pengetahuan, terdapat lebih kurang 33 etnik di Sabah yang telah dikenalpasti. Selain itu, penduduk di negeri ini juga berkomunikasi dalam 50 bahasa dan 80 dialek yang berbeza. Walaupun mempunyai entik dan bahasa yang pelbagai, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan masih ditutur secara meluas di sana.

Ads

BACA LAGI : Unik Berkebaya, Busana Miss World Malaysia 2021 Raih Pujian

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : Harian Metro/ Utusan Borneo

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI