Baru-baru ini tular seorang gadis yang ditangkap oleh peniaga pasar malam gara-gara menipu transaksi pembelian di Sungai Petani, Kedah.

Kejadian tersebut terjadi di Uptown Sg.Petani dan menurut peniaga tersebut, taktik penipuan itu disedarinya selepas dia membuat semakan semula jumlah wang kononnya telah dipindahkan oleh salah seorang dari pelaku yang bersama dengan rakannya.

Berdasarkan perkongsian di Tiktok @aryssaaddena pada Isnin, dia berkata pelanggan tersebut hanya membayar wang sebanyak satu sen bagi jam tangan yang sepatutnya berharga RM54 melalui transaksi online dan kemudian bertindak menyunting resit pembayaran barang berkenaan.

Gadis Tipu Peniaga Uptown, Bayar Guna QR Cuma 1 Sen Untuk Barang Berharga RM54
Kredit: Tiktok aryssaaddena

“Buat pembayaran 1 sen dan resit edit, letak harga barang. Semua peniaga hati-hati. Pastikan resit semak semula. Nasib baik saya tergerak hati nak semak semula”

“Nasib kantoi mereka tak sempat nak scam lagi dua kedai jam sebab saya nak pergi sergah. Kalau terlepas tadi, tidur tidak lena. Dah lah saya down teruk berniaga sekarang”.

Melalui video yang sama, beberapa peniaga lain juga dilihat turut menghampiri gadis yang memakai baju merah yang ditemani seorang lelaki. Mereka didakwa telah melakukan penipuan yang sama untuk membeli kasut berharga RM40 dan cuba melakukan taktik sama di dua buah kedai jam lain tetapi tidak berjaya.

Peniaga Uptown tersebut turut menjelaskan dia membuat rakaman untuk dijadikan bahan bukti bahawa gadis itu menipu ketika melakukan pembelian.

Ads

Gadis itu juga membuat pengakuan mengejutkan selepas gagal menunjukkan resit pembayaran sebagai bukti pembelian.

Gadis Tipu Peniaga Uptown, Bayar Guna QR Cuma 1 Sen Untuk Barang Berharga RM54
Kredit: Tiktok mielatsiong

Katanya, dia baru pertama kali mencuba melakukan taktik penipuan seperti itu selepas melihat kawannya beberapa kali berjaya menipu pembayaran dengan cara tersebut.

Ads

“Ada kawan buat jadi, jadi saya nak first time nak try”

Tidak lama kemudian, selepas tular video daripada peniaga tersebut. Gadis terbabit tampil memberi penjelasan melalui aplikasi Tiktok @mielatsiong.

Dia mengaku bersalah tetapi berasa kurang senang kerana tindakan peniaga jam yang tidak memuat naik video penuh kejadian serta tidak mengaburkan wajahnya. 

Ads

“Untuk makluman semua orang, memang ya saya mengaku dekat Uptown tu saya bersalah. Malam tu juga saya sudah maklumkan dekat pemilik video tu suruh padam video ni. Tahu-tahu dia post

“Saya dah mengaku dan sudah bayar… Saya sudah cakap yang saya bersalah kan. Lepas tu akak sudah malukan saya macam ni. Puas hati akak? Mesti la…

“… tapi kenapa tak blurkan dulu rakaman video ke apa kan. Siap cut yang katanya sudah bagi balik dan bayar semula tak nak bagitahu…”, jelasnya lagi.

Menjenguk di ruangan komen, ramai turut bersimpati dan ada beberapa peniaga berkongsi pengalaman sama ‘terkena’ dengan beberapa pelanggan yang suka menipu seperti kes gadis ini.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI