Gadis Tumbuh Janggut? Pakar Estetik Kongsi Cara Hilangkannya

Share

Bulu roma yang tumbuh lebat adalah hal biasa bagi lelaki. Ini kerana hormon testosterone yang dimiliki akan mempengaruhi pembesaran seksual, otot dan tenaganya.

Bagaimana kalau ada gadis remaja miliki bulu roma lebat hingga boleh nampak seakan misai, lengan dan betisnya? Adakah mereka miliki hormon testosteron seakan-akan lelaki?

Baru-baru ini dunia disajikan dengan berita wanita tumbuh janggut. Wanita ini, Harnaam Kaur dikatakan menderita Polysyctuc Ovary yang mana bulu roma tumbuh dengan lebatnya di sekitar dagu.

Gangguan sindrom ovarium polikistik (polycystic ovary syndrome/PCOS) akan menyebabkan berbagai gejala. Ini termasuklah  haid yang tidak teratur, pertumbuhan rambut berlebihan sehingga tumbuh kumis, bahkan janggut selain jerawat berlebihan di wajah.

Ketahui punca penyebab bulu roma tumbuh lebat di kalangan remaja wanita? Baca perkongsian dari Pakar Estetik, Dr Rushimi Maris Ismail dari Marissa Aesthetic & Welness yang beroperasi di Semenyih, Selangor mengenai masalah ini.

Teknik laser adalah rawatan terbaik – Dr Rushmini

Kata Dr Rushmini, bulu roma yang sering dicukur boleh mengakibatkan kulit betis menjadi kasar dan menggerutu.  Liang-liang roma pada betis akan kelihatan besar.

Kulit betis juga turut dipenuhi kesan ruam akibat penumbuhan bulu bulu yang terlekat di dalam kulit (in grown hair).  Kesan rambut seperti ini menyebabkan betis sering gatal-gatal. Selain itu ia boleh menyebabkan kulit luka dan berparut.

Sepanjang mengendalikan kes-kes gadis remaja yang memiliki bulu roma tebal, katanya ada pengakuan  yang mereka pernah mencabutnya tetapi  kesakitan itu luar biasa rasanya.

Ada yang memilih teknik waxing tetapi kesannya hanya sementara sahaja. Ada juga yang ke salon tetapi kulit kelihatan seakan terbakar dan melecur sehingga menimbulkan masalah pada kulit.

Jelasnya lagi, bulu roma lebat adalah masalah ramai wanita tidak mengira bangsa dan keturunan.

Keinginan membuang bulu di badan bermula sejak seseorang itu di peringkat remaja dan berterusan sehingga usia tua.

Baik lelaki atau perempuan yang bermasalah sudah tentu berasa rimas dengan kehadiran rambut atau bulu yang terlalu lebat dan ingin membuangnya. Sama ada rambut di ketiak, muka, kaki, tangan, bikini line atau mana-mana tempat di badan , kebanyakan wanita dan lelaki hanya mahu bulu kelihatan di atas kulit kepala sahaja.

Bulu kaki lebat adalah hal yang jarang berlaku pada gadis – Gambar sumber internet

Apa teknik yang terbaik?

Di antara rawatan membuang bulu, rawatan laser adalah yang terbaik dan paling berkesan.

Jenis jenis laser yang digunakan untuk membuang bulu adalah Ruby, Alexandrite, Diode dan Long Pulse Nd:YAG.

“Konsep membuang bulu menggunakan laser adalah mudah. Secara saintifiknya ia berkonsepkan selektif photo termolysis. Menerusi proses tersebut akar rambut dimusnahkan secara selektif oleh haba.

 

“Sebenarnya laser akan diserap oleh pigmen pada akar bulu tersebut. Laser yang diserap akan bertukar menjadi haba dan terus membunuh akar rambut tersebut. Ini akan menyebabkan bulu kekal mati.

 

Bagi kulit orang Asia, laser yang sesuai adalah jenis Diode dan Long Pulse Nd:Yag. Oleh kerana laser diserap oleh pigmen yang berada pada akar bulu, ia memusnahkan bulu secara total.

 

Rawatan ini sangat berkesan pada bulu yang mengalami fasa Anagen atau fasa pertumbuhan aktif. Pada fasa ini , bulu roma tebal maka penyerapan laser adalah paling tinggi dan bertindak paling berkesan untuk mematikan akar bulu roma.

“Bulu yang di fasa Telogen atau Catagen tidak menyerap laser dengan baik kerana kandungan melaninnya rendah maka ia tidak mati. Saya menasihatkan mereka yang ingin menjalani rawatan laser membuang bulu roma secara kekal agar mencukur dahulu sehari sebelum ke klinik.

“Ini bagi memastikan bulu tersebut berada pada fasa yang aktif (Anagen).

Laser perlu dibuat beberapa sesi selang antara 6 dan 12 minggu. Ini adalah untuk membolehkan bulu roma di fasa Telogen dan Catagen menjadi fasa Anagen.

Jelasnya lagi, perlu diingati, kadar pertumbuhan setiap sel bulu adalah berbeza. Tidak mungkin semua bulu berada di dalam fasa yang aktif pada waktu yang sama. Maka rawatan berulang kali akan memastikan kejayaan yang sangat baik.

“Diode laser sangat berkesan untuk orang yang berkulit cerah manakala orang yang berkulit gelap rawatan terbaik adalah dengan menggunakan laser Long Pulse Nd:Yag.

 

“Di klinik Marissa Esthetic saya menggunakan sistem soprano iaitu diod laser keluaran AlMA LASER yang merupakan satu syarikat pengeluar laser terunggul dalam dunia perubatan. Ia begitu hebat dan sesuai bagi kulit orang asia dan mampu menghapuskan bulu roma dengan berkesan sekali.

 

“ Soprano laser bukan sahaja menghilangkan bulu roma malahan turut memutihkan kulit, menutup liang roma yang besar akibat sering bercukur dan menegangkan kulit. Kulit jelas kelihatan lebih cantik selepas laser.

 

“Ciri-ciri seperti ini sangat penting apabila kita mahu menghilangkan bulu pada muka terutamanya. Saya pasti mereka yang pernah mencuba sistem ini pasti akan menyukainya. Dengan tindakan cold laser(tidak panas) kulit tidak terbakar. Ini membuatkan kita berasa selesa,” katanya memberi nasihat.

Teknologi dunia perubatan semakin maju. Kalau ada masalah, jangan malu-malu kerana tiada masalah tidak dapat diselesaikan kecuali satu perkara iaitu MATI!

Published by
Almaswa Haji Che Ros