Fasal nuget pun nak bergaduh. Biasalah bila masing-masing nak tunjuk kuat dan hebat.
Satu kekecohan telah terjadi di restoran makanan segera Mc Donald dan tular di media sosial apabila seorang pekerja di bahagian kaunter telah menanduk muka seorang pelanggan.
Kejadian dikatakan berlaku apabila pelanggan memasuki Mc Donald jam 4.50 pagi dan telah membuat pesanan. Malangnya, menu biasa sudah ditukar kepada sarapan hidangan pagi di restoran makanan segera terbabit.
Disebabkan tidak berpuas hati hidangan menu dengan tiada nuget disertakan, pelanggan telah meminta tukar kepada daging bakon, malangnya apa yang dipesannya juga tiada,” kata sumber dalam video tersebut.
Mungkin berang kerana hajatnya tidak dipenuhi, pelanggan terbabit mungkin sudah mengeluarkan kata-kata pedas. Sebelum video pergaduhan berdurasi 26 saat itu tular, kelihatan pekerja Mc Donald di Liverpool, Merseyside itu masih mundar-mandir sebelum bersemuka semula dengan pelanggan terlibat.
Apa lagi, mungkin sebab panas hati, mengantuk dan tak tahan, terjadi pergaduhan antara mereka berdua sehingga berdarah-darah tanpa adanya pengawal keselamatan mengawal di lokasi terlibat. Pekerja Mc Donald itu mendakwa, dia hanya mempertahankan diri sahaja kerana pelanggan terlebih dahulu cuba menumbuknya.
Selepas video ini tersebar luas, pihak Mc Donald mengesahkan telah mengantung tugas pekerja terbabit dan akan melakukan satu siasatan rapi mengenainya. Sumber metro.co.uk