Gagal Bayar Denda, Lelaki Hina Islam Dipenjara 6 Bulan

Share

Hari demi hari makin ramai individu yang berani untuk menghina agama, malah yang dihina itu adalah agama yang dianuti sendiri oleh mereka. Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang pasangan kekasih yang didakwa menghina Islam, dan kemudiannya seorang lelaki turut tampil berani mempersendakan Nabi Muhammad SAW.

BACA: Reman Pelawak Wanita Hina Islam Disambung, Faizal Azumu Minta Belia Guna Akal

Tindakan lelaki itu membawa padah apabila pihak polis berjaya menahan suspek berusia 35 tahun itu di Machang, Kelantan. Suspek yang merupakan seorang penghantar makanan didenda sebanyak RM50,000 namun terpaksa menjalani hukuman selepas gagal membayar denda itu.

Foto: MSN

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, Orang Kena Saman (OKS) Mohd Nor’Muzil Mohd Razalli, 39, akan menjalani hukuman penjara enam bulan bermula hari ini.

Sumber: YouTube
Sumber: YouTube

Sebelum ini Hakim telah menjatuhkan hukuman denda RM50,000 selepas OKS mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik video menghina agama Islam di laman YouTube minggu lalu. Mahkamah turut memerintahkan OKS dikenakan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Akhirnya, lelaki itu dipenjara kerana tidak mampu untuk melunaskan jumlah denda yang dikenakan.

BACA: Warganet Tidak Percaya Wujud Insan Sanggup Kutip Dana Ikat Jamin Pelawak Tular

Ha, itulah padahnya jika tidak berfikir terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan. Jangan pernah menganggap perkara ini remeh dan kononnya ‘suka-suka’ untuk menjadi viral. Akhirnya diri sendiri menerima padah dan tak pasal-pasal pula dikenakan hukuman penjara.

Ingat, fikir dahulu sebelum memuat naik apa sahaja di media sosial.

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Noor Ain Norman