Kekurangan bukan satu alasan, tapi merupakan pemangkin untuk kita terus berjaya.
Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan. Buktinya ramai je orang-orang yang terkenal dan berjaya juga mempunyai disleksia. Antaranya Albert Einstein, Tom Cruise dan Steve Jobs.
Setiap mereka yang menghidap disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan penghidap yang lain.
Disleksia merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Selalunya masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, serta mengira.
Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Memandangkan bulan oktober merupakan bulan kesedaran Disleksia, seorang jurutera dan juga hidap disleksia terpanggil untuk berkongsi kisah yang dilaluinya sehingga berjaya. Kisah inspirasi yang sangat menarik oleh Dr Syahid Fawzal atau lebih mesra dikenali sebagai Dr Aid Fawzal sebagai seorang dyslexia.
Walaupun mengalami kesukaran pembelajaran dan pernah gagal berkali-kali, beliau memiliki keazaman yang tinggi dan berjaya menamatkan PhD sehingga bergelar jurutera!
Jom baca kisah beliau selanjutnya.
Ads
Sempat berkongsi cara atasi kelemahan dan menguruskan Dileksia
Saya sendiri mempunyai masalah membaca, menulis & mengira.
1) Bila membaca: Sampai hari ini, saya sukar untuk membaca teks dengan lantang (out loud) dan jika baca, saya akan terlompat² baris dan tertinggal perkataan serta terkedek².
2) Bila menulis: Tulisan saya caca-merba, senget benget, salah ejaan, terlupa ejaan, typo dll.
3) Mengira pula: Tak mampu congak dan terlalu lambat utk menjawab sifir.
Saya sedari kelemahan saya. Maka saya memaksa diri untuk perbaiki diri dan telah cuba melawan dengan kelebihan yang saya ada.
Apa Yang Patut Dilakukan?
1) Membaca
Ads
• Disebabkan saya lemah membaca secara normal, saya mencipta teknik bacaan sendiri. Dengan ini, saya dapat membaca sama seperti orang lain. (Saya kongsikan cara saya membaca literatur – buku, thesis, report, conference & journal publication melalui video di bawah)
• Kemahiran/skill membaca saya telah saya buktikan dengan berjaya melangkah kedepan sampai mempunyai, PhD Alhamdulillah.
2) Menulis
• Yang ini memang tak ada ubat melainkan berlatih, berlatih & berlatih.
• Hari ini, saya mampu menulis secara bersahaja.
3) Mengira
• Dengan kelemahan yang ada, saya pilih untuk membuat calculator sendiri menggunakan MS Excel dalam apa jua kiraan saya. Ini bagi mengelakkan saya membuat kesilapan.
• Dan sekarang, makanan harian saya datang daripada kiraan (simulasi) pergerakan gas, cecair & pepejal sebagai jurutera.
Ads
KEGAGALAN BUKANLAH SESUATU YANG SIA-SIA
Apa yang Allah berikan pada saya; kegagalan itu & ini adalah tidak sia-sia.
Ini membawa kepada sambungan ayat Al E Imran (pada bahagian ke 2 yg lalu) iaitu:
ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.” – Al E Imran[3]:191
Jika anda gagal hari ini, bersangka baiklah dengan Allah. Kegagalan ni mcm persediaan utk kita ke depan dengan lebih baik.
Dengan siri kegagalan sebelum inilah saya dapat:
PhD yang ditaja sepenuhnya oleh syarikat UK,
Submit PhD dlm masa 3 tahun,
Cipta sistem penyejukan baharu (novel cooling system: rotor cooling technique),
Temui nombor tidak berdimensi baharu (new dimensionless number), dan
Dapat tawaran kerja industri sana-sini serata dunia.
TERUSLAH MELANGKAH, JANGAN PUTUS HARAPAN
Apa yang ingin sampaikan adalah:
Jika anda atau anak anda disahkan sebagai seorang dyslexia, jangan sedih2. Redho dan terus melangkah. Saya harap apa yang saya lalui ini dapat beri inspirasi buat anda.
Saya gagal (dismissed) diploma pertama, ulang lagi. Saya gagal (fallback) degree pula, buat lagi. Belajar, kerja & bermain sampai buat master & PhD (sebab janji pada Umi). Kalau saya boleh, kenapa tidak anda?
Pendidikan kita mengukur kebolehan membaca, menulis & mengira dan ketiga² ini adalah kelemahan utama seorang dyslexic. Jika anda atau anak anda dyslexia, cari minat & kebolehannya. Gunakan minat untuk melawan kekurangan.
Saya lemah membaca, tapi saya minat kereta/motor. Jadi bahan bacaan saya menjurus kearah minat saya.
Untuk ibu bapa yang mempunyai anak dyslexia, jangan putus harapan (hope) terhadap anak² anda. Insyaallah mereka akan berjaya nanti.
Selamat mengenali Dyslexia,
Dr Aid Fawzal
Middlesbrough UK
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua!
Jika dahulu topik makanan sihat dipandang serong dek kerana kurangnya pendedahan dan seleksi menu yang mampu memancing perhatian. Kini, generasi remaja semakin giat mengatakan ya kepada gaya hidup berkhasiat malahan bisa membuatkan ramai terliur. REMAJA bersama zomato.com himpunkan lima kafe sihat yang wajib kamu cuba bulan ini.
1. Raisin’ The Roof Bukit Damasara
Menyediakan hidangan berasaskan sayuran dengan cara masakan Barat membuatkan sesiapa sahaja sanggup bertukar arah menjadi vegetarian! Antara menu wajib cuba adalah psitachio falafel wrap yang menggabungkan sayuran bersama mint yogurt di dalam roti tortilla. Jangan lupakan juga kek gluten-free chocolate lava yang merupakan antara best seller.
2. The Raw Power House Desa Sri Hartamas
Latar belakang pemilik yang mempunyai darah Jepun dan menetap di San Francisco memungkinkan percampuran cita rasa menu yang cukup unik di sini. Mulakan eksplorasi rasa dengan menu roti yang lengkap dengan topping pelbagai seperti salmon salai. Jangan lupa juga menu salad istimewa berkonsepkan mix and match! (seperti di dalam foto).
3. HALE Menara Hap Seng Kuala Lumpur
Tidak dapat melepaskan gian terhadap fast food? Perbaiki kandungan menu anda di HALE yang menawarkan seleksi makanan ringan dengan kualiti yang jauh lebih sihat. Paling mencuri tumpuan adalah mixed red rice with green curry chicken & pineapple salsa. Terliur bukan hanya pada nama saja? Paling penting, harganya makanan di sini cukup berpatutan.
4. Chai Bar Oasis Ara Damansara
Jika ramai yang mengatakan tidak kepada menu salad buat pengalas perut, pasti kamu tidak boleh katakan tidak kepada seleksi salad segar di Chai Bar. Dengan jumlah 75 jenis bahan dan 15 jenis sos dressing sudah memadai untuk menaikkan selera. Kamu wajib untuk mencuba menu fusion seperti salad ‘California Girls’ ala Jepun dan versi ‘Bibimbap’ mereka.
5. Epic Fit Meals Co Damansara Perdana
Khas buat yang tidak berkesempatan untuk keluar, Epic Fit Meals ada menawarkan khidmat delivery sepantas 30 hingga 45 minit. Makanan sihat tidak pernah terasa semudah ini. Terdapat beberapa pilihan menu yang diilhamkan dari lokasi antarabangsa seperti Hercules (Greece), Tex Mex (Mexico, duh) dan banyak lagi. Sos yang dicipta seperti barbeku, apple salsa dan tzatziki juga cukup unik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, tinggal lebih kurang dua bulan sahaja lagi kita bakal meninggalkan tahun 2020 dan menyambut tahun baru. Walaupun tahun ini agak ‘suram’ bagi rata-rata masyarakat dunia, tetapi kita tetap harus meneruskan kehidupan seperti biasa.
Begitu cepat rasanya masa berlalu, pejam celik pejam celik kita dah nak masuk ke tahun 2021. Biasanya, bila tiba tahun baru memang ramailah yang berazam nak kurus kan? Betul tak?
Ada macam-macam jenis diet yang diperkenalkan, diet keto, atkins, Intermittent Fasting(IF) dan banyak lagi. Ada juga yang mengamalkan diet dengan hanya memakan buah-buahan sepanjang hari.
Namun begitu, adakah diet ini selamat dilakukan?
Jom kita dapatkan ulasan daripada dietitian yang dikenali sebagai Sarah Shah ini.
“Orang kata makan buah nib oleh kurus sebab rendah kalori. Vitamin dan mineral pun banyak. Jadi, baguslah untuk kesihatan kan?”
Tapi sebelum itu, mari kita lihat tentang fakta buah yang perlu korang tahu.
• Mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti vitamin C, vitamin A, vitamin E, kalsium, potassium dan macam-macam lagi. Kesemua vitamin dan mineral ini penting untuk setiap proses dalam badan kita.
• Mengandungi serat, bagus untuk melancarkan sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit.
• Mengandungi fitokimia yang bertindak sebagai antioxidant, anti-inflammation dan anti-kanser
• Rendah kalori, sesuai kalau makan waktu snacking
• Tinggi kandungan air untuk stay hydarated
Namun begitu, korang tetap kena berhati-hati kerana jika terlebih makan buah tidak elok juga disebabkan oleh:
• Mengandungi gula. Buah tergolong dalam kumpulan karbohidrat, di mana ia mengandungi gula. Kalau makan banyak buah ia akan menambahkan gula dalam diet kita. Bagi pesakit kencing manis, kena hati-hati
• Boleh naikkan berat badan kalau makan buah berlebihan. Jangan ingat makan nasi banyak saja naik berat badan, apa-apa jenis makanan pun kalau makan berlebihan boleh naik berat
• Kekurangan nutrisi. Walaupun buah mengandungi banyak nutrien, tapi ia tidak lengkap untuk diet yang seimbang. Badan kita masih perlukan protein dan lemak. Kedua-dua mikronutrien utama ini tidak cukup dalam buah
• Kerosakan gigi. Buah-buahan ini ada gula, jadi bila banyak sangat ia akan menghakis lapisan enamel gigi dan menyebabkan kerosakan gigi.
Ia tidak bermakna selepas ini korang dah tak boleh nak makan buah-buahan langsung, cuma perlu dalam kuantiti yang sederhana. Saranan pengambilan buah-buajan serta sayuran adalah 4 hingga 5 sajian sehari dan bagi pesakit kencing manis, dalam 2 sajian buah sehari.
Secara kesimpulannya, apa pun yang kita makan, hendaklah diambil dalam kuantiti yang sederhana. Jangan disebabkan buah itu bagus, korang asyik nak makan buah je dan tolak makanan lain.
Kontroversi panas sekali lagi menghantui hidup pelakon Hollywood, Ezra Miller yang popular menerusi francais filem, Fantastic Beasts dan Flash setelah dia terlibat dengan kesalahan tingkah laku.
Menurut laporan Entertainment Tonight pada tarikh 19 April (waktu tempatan), aktor itu dikatakan tersinggung setelah dia diminta beredar daripada sebuah kediaman peribadi di Pahoa, Hawaii.
Ezra kemudian terus ‘naik darah’ dan didakwa melemparkan sebuah kerusi hingga ia terkena dahi seorang wanita berusia 26 tahun dan mengakibatkan luka sepanjang 1.2 sentimeter. Mangsa bagaimanapun menolak sebarang pertolongan perubatan.
Ezra Miller memegang watak Flash dalam filem adiwira terbitan Warner Bros.
Keterangan rasmi yang diperolehi daripada bahagian patrol Puna di Jabatan Polis Hawaii menyatakan pihaknya menerima laporan daripada seorang pengunjung di lokasi kejadian pada jam 1.10 pagi.
Setelah siasatan dilakukan, polis telahpun menahan seorang lelaki yang dikenal pasti sebagai Ezra Miller pada jam 1.30 pagi semasa aktor itu berhenti di lampu trafik Kukula Street, Kea’au untuk mendapat keterangan lanjut.
Begitupun pada jam 4.05 pagi, Ezra dibebaskan setelah diikat jamin. Ezra masih digelar sebagai suspek utama dan terus berada dalam siasatan kes terbabit.
Ezra Miller juga popular menerusi watak Credence dalam francais filem Fantastic Beasts.
Untuk pengetahuan korang, ini bukanlah kali pertama Ezra Miller ditahan oleh pihak polis. Akhir Mac lalu, Ezra ditahan untuk kes seakan sama di sebuah bar karaoke dekat Hilo, Hawaii.
Majalah People berkata, dua penduduk lokal di sana mengesahkan Ezra bertindak agresif ke arah satu pasangan yang sedang mendendangkan lagu Shallow nyanyian asal Lady Gaga dan Bradley Cooper. Ezra dikatakan merampas mikrofon dan merusuh ke arah seorang lagi lelaki.
Menurut Rolling Stone pula, nama Ezra telah dikaitkan dengan sekurang-kurangnya 10 panggilan orang awam kepada pihak polis yang ingin membuat laporan mengenainya.
Akibat masalah tingkah laku ini juga, eksekutif di Warner Bros. disebut-sebut sedang mempertimbangkan sama ada untuk meneruskan pengambilan Ezra Miller dalam filem-filem DC Extended Universe menerusi watak Flash pada masa akan datang ataupun tidak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usia nyata bukan faktor penentu kepada keinginan seseorang untuk mempunyai minda inovatif.Ia terbukti setelah empat murid daripada Sekolah Kebangsaan Shah Alam (SK Shah Alam)...