Seekor gajah yang digambarkan sebagai “gajah paling sunyi di dunia” telah mendarat di Kemboja setelah mengharungi penerbangan selama tujuh jam dari Pakistan.
Apa yang menarik gajah yang bernama Kaavan itu menerima menerima sambutan dari selebriti popular Hollywood, Cher. Pelakon, penyanyi dan pengacara berusia 74 tahun itu akan menemani Kaavan ke tempat perlindungan yang mana ia akan dipertemukan dengan kawanan gajah yang lain.
Cher bersama barisan sukarelawan yang membantu proses pemindahan gajah terbabit. Sumber gambar: Twitter Four Paws
Kaavan merupakan seekor gajah asia yang berusia 36 tahun yang kesnya menimbulkan kemarahan global dari kumpulan hak haiwan, yang meminta dia dipindahkan dari Zoo Islamabad yang didapati tidak menjaga gajah tersebut dengan baik.
Selepas kematian pasangan pada tahun 2012, Kaavan hidup sendirian di dalam kurungannya. Melihat keadaan itu, Cher yang juga merupakan aktivis memulakan kempen untuk menyelamatkan gajah tersebut dari terus terseksa.
Kaavan akan dibawa dari Siem Reap ke daerah Oddar Meanchey, di mana terletaknya tempat pusat perlindungan hidupan liar dengan lebih 600 ekor gajah lain yang akan menjadi habitat terbaru gajah itu.
Ads
Sentuhan pertama setelah sekian lama. Sumber gambar: Twitter Four Paws
Usaha ini telah dijayakan oleh FourPaws yang merupakan organisasi kesejahteraan haiwan global. Sepanjang perjalanan dari Pakistan ke Kemboja, Kaavan ditemani oleh sukarelawan, Dr Frank Goeritz dan Dr Amir Khalil.
Hujan lebat berterusan yang melanda Lembah Klang sejak semalam telah mengakibatkan beberapa kawasan landai dikejutkan dengan paras air yang mencecah ketinggian satu meter di sesetengah kawasan.
Ini termasuklah di daerah Klang, Kuala Langat dan Sepang yang terjejas. Di Klang sahaja, 20 buah pusat pemindahan sementara telah dibuka (buat masa ini) dengan seramai 2,604 mangsa ditempatkan di sana. Sementara itu, 10 lagi lokasi telah dibuka di daerah Sepang dan Kuala Langat.
Jabatan Meteorologi Malaysia telah memberi amaran kepada penduduk di Selangor mengenai hujan lebat yang dijangka bakal berterusan untuk satu tempoh yang tidak dimaklumkan.
Senario ini bukan saja melanda Lembah Klang. Sumber terdekat melaporkan kepada REMAJA mengenai keadaan angin kencang dan hujan tanpa henti di beberapa negeri lain seperti di Pantai Timur, Kedah dan Pulau Pinang.
Biarpun ini bukanlah senario baharu kerana kita sudah terbiasa dengan keadaan musim tengkujuh pada setiap akhir tahun.
Namun, jarang sekali ia melanda negeri-negeri selain Pantai Timur pada skala ini. Di platform media sosial, rakyat mengeluh apabila harta benda di kediaman dan kenderaan mereka ada yang terjejas. Sudah tentu, REMAJA juga berharap agar cuaca akan pulih dengan segera.
*
REMAJA dalam pada itu juga tertarik dengan hantaran warganet di media sosial yang memperkatakan mengenai betapa bertuahnya bumi Malaysia ini.
Walaupun banjir kilat direkodkan kerana cuaca tidak menentu pada minggu ini, Malaysia masih dianggap bernasib baik kerana mempunyai kelebihan geografi yang terletak di luar Lingkaran Api Pasifik dan laluan angin taufan.
Di saat Filipina sekarang sedang dilanda Taufan Rai, Malaysia terutamanya negeri Sabah masih terselamat daripada perlu berdepan bencana tersebut walaupun terletak bersebelahan.
Dengan angin kencang mencecah kelajuan 150 hingga 195 kilometer/sejam, ini merupakan taufan terkuat yang pernah melanda Filipina pada tahun 2021 sehinggakan lebih 300,000 orang penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka terutamanya yang menetap di kawasan pantai.
Taufan Rai dijangka akan melintasi Laut China Selatan esok dan seterusnya menuju ke arah Vietnam pula.
Jika korang masih ingat pada April lalu, negara seberang; Indonesia juga pernah dilanda siklon tropika Seroja yang mengakibatkan banjir lumpur, tanah runtuh, angin kencang dan paling mendukacitakan, angka korban melebihi 100 mangsa.
Oleh itu, biarpun kita mengeluh mengenai kerosakan harta benda akibat banjir kilat pada kali ini; hakikatnya rakyat Malaysia boleh dianggap bertuah kerana keadaan hujan lebat dan angin kencang tidak membawa bencana yang lebih teruk dan tidak disangka-sangka.
Bak kata Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) iaitu Datuk Seri Nazir Razak sendiri yang memuat naik foto data kejadian bencana gempa bumi dan taufan di rantau Asia Tenggara selama 25 tahun yang lepas, Malaysia dilihat jelas tidak dibadai seteruk negara jiran disebabkan keadaan muka bumi negara kita yang strategik dan dilindungi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada kala kita memandang jenama sebelum membeli suatu barangan. Ramai melihat lebih gah jenama ia lebih berkualiti. Tapi pandangan itu mungkin meleset kerana seorang vlogger muda dari Russia berasa “tertipu” selepas membeli kereta berjenama Mercedes bernilai RM696,000 dengan beranggapan ia berkualiti sebaliknya kereta barunya itu kerap keluar masuk bengkel tidak sampai setahun dipakainya.
Marah dengan jenama terkenal yang dibelinya sering rosak menyebabkan vlogger Rusia ini sengaja membakar kereta itu hingga rentung.
Tindakan nekad Mikhail Litvin itu membakar kereta Mercedes-AMG G63 yang dibelinya Disember tahun lalu kini ditonton 11 juta pelayar menerusi saluran YouTube rasminya. Media Rusia melaporkan, vlogger muda itu membeli kereta mewah itu dengan harga 13 juta rubel (kira-kira RM696,000).
Untuk wang sebanyak itu, dia mengharapkan prestasi dan ketahanan kereta mewah itu seperti apa yang diidamkan namun Litvin mendakwa sangkaannya meleset sama sekali. Katanya, kereta itu hanya digunakan dengan jarak perbatuan 15,000 kilometer tetapi dia mendakwa kenderaan itu sering 'keluar masuk' bengkel sejak 10 bulan lalu.
Kesal dengan masalah yang tidak selesai itu termasuk mendakwa pengeluar kereta itu enggan bertanggungjawab, Litzin memutuskan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah itu adalah membakarnya sehingga rentung.
Menurut laporan media tempatan, kereta Litvin dihantar di pusat servis Mercedes sebanyak empat kali, sejak dia membelinya dan pengedar jenama mewah itu enggan menanggung kos membaikinya.
Vlogger itu mendakwa, pengedar menolak untuk membaiki keretanya menyebabkan dia menghantar ke bengkel rakan.
Bosan terpaksa mengeluarkan wang untuk membaiki dengan kos mahal bagi sebuah kereta mewah baharu, Litvin memutuskan untuk memusnahkan Mercedes-AMG G63 itu dengan harapan akan menarik perhatian ramai.
Awal bulan ini, vlogger muda itu memandu kereta itu ke tengah ladang, menyimbah bahagian luar dan dalam kereta itu dengan petrol sebelum menyalakan api. Dia kemudian pulang ke rumah dengan memandu sebuah kereta lama. Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam situasi yang melanda dunia sekarang, negara kita tidak terkecuali daripada turut merasai ‘kesengsaraan’ akibat wabak COVID-19. Disebabkan penularan yang semakin meningkat, maka Perdana Menteri Malaysia sudah pun mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ramai yang gusar kerana ada individu yang terpaksa berhenti kerja dan dipotong gaji akibat situasi ini. Walau bagaimanapun, kerajaan telah pun mewujudkan beberapa inisiatif yang dilihat boleh membantu rakyat Malaysia.
1. Diskaun bil elektrik 6 bulan bermula 1 April
Kerajaan akan menanggung kos pemberian diskaun bil elektrik berjumlah RM662 juta.
2. Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama 3 bulan
Penangguhan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam membabitkan jumlah kutipan RM375 juta.
3. Penangguhan bayaran pinjaman MARA
MARA tangguh bayaran balik pinjaman pelajaran dan perniagaan selama 3 bulan
Diskaun khas sewaan premis perniagaan MARA sebanyak 30% diberikan kepada usahawan di semua premis MARA
4. Bayaran bantuan JKM kepada 500,000 penerima bermula Rabu ini
Bantuan dengan kos RM150 juta itu sepatutnya diberikan April ini, namun dipercepatkan 15 hari lebih awal.
5. Bantuan RM600 cuma untuk pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji
Pekerja berpendapatan RM4,000 atau kurang sebulan, yang mengambil cuti tanpa gaji layak mendapat bantuan kewangan RM600 setiap bulan untuk maksimum selama 6 bulan.
6. Pengecualian yuran Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan dari Mac hingga Jun
Kemudahan membabitkan 37,855 murid dan 972 kanak-kanak.
7. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Percuma sebulan sewa premis perniagaan DBKL
Bayaran penuh kepada 500 pekerja harian DBKL
8. Elaun khas kepada petugas perubatan
RM400 sebulan diberikan kepada doktor dan petugas perubatan
9. LHDN benarkan tangguh bayaran cukai
Penanggujan bagi membayar cukai di bawah sektor pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan.
10. Penangguhan pembayaran pinjaman
CIMB, Affin Bank, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Muamalat, BSN, Agrobank beri penangguhan pembayaran pinjaman dengan moratorium sehingga 6 bulan.
11. Kemudahan pengeluaran I-Lestari Pencarum KWSP
Semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam akaun 2 sebanyak RM500 sebulan bermula 1 April nanti untuk tempoh 12 bulan.
Tambahan lagi, Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif akan diumumkan pada 30 Mac 2020 untuk jangka masa sederhana. Diharap inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat.
Gunakan setiap imbuhan yang diberi dengan cermat dan elakkan berlakunya pembaziran. Sama-samalah kita berdoa agar situasi di Malaysia kembali pulih seperti dahulu.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Meski kini menghampiri usia 50 tahun, pelakon Marissa Yasmin tetap tampil awet muda dan sering menerima pujian ramai. Namun bagi pelakon berusia 48 tahun...