Semalam, kesemua 13 resolusi yang dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) FGV Holdings Berhad (FGV) telah diluluskan oleh majoriti pemegang sahamnya.
Menurut Astro Awani, antara resolusi tersebut termasuk menaikkan elaun Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah. Difahamkan, elaun Pengerusi Bukan Eksekutif FGV dinaikkan daripada RM300,000 kepada RM480,000 sekali gus menjadikan elaun bulanan RM40,000 sebulan berbanding RM25,000 sebelum ini.
Tidak hanya itu, elaun Pengarah Bukan Eksekutif FGV bagi tempoh sama juga naik daripada RM120,000 kepada RM150,000 atau daripada RM10,000 sebulan kepada RM12,500.
BACA: “Daripada Menghina Lebih Baik Bantu Dapatkan Laptop”, Syed Saddiq Respon Isu Pensyarah Hina Pelajar
BACA: “Bagi Tablet Macam Bagi Juadah Buka Puasa”, Syed Saddiq Curi Perhatian Warganet
Hal ini telah mendapat perhatian ramai, terutamanya beberapa pemimpin politik yang khuatir tentang agenda AGM FGV yang kini sedang tular. Antara yang menyuarakan pendapat adalah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq telah memuat naik ciapan di twitter dengan mempersoalkan ‘Gaji dah tinggi, dia naikkan lagi. Peneroka FELDA tak dapat apa-apa. Orang atasanndapat semuanya’.
GAJI DAH TINGGI, DIA NAIKKAN LAGI.
Peneroka FELDA tak dapat apa-apa. Orang atasan dapat semuanya.
Elaun Pengerusi FELDA naik dari RM300,000 ke RM480,000 setahun.
Saya betul-betul risau. FELDA ini adalah syarikat milik kerajaan.
Duit FELDA duit peneroka FELDA, duit rakyat. pic.twitter.com/SLhbA8bZRV
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) June 23, 2022
Tambah Syed Saddiq lagi, beliau betul-betul risau kerana FELDA adalah syarikat milik kerajaan, jadi duit FELDA duit peneroka FELDA, iaitu duit rakyat. Elaun Pengerusi FELDA naik dari RM300,000 ke RM480,000 setahun.
Menerusi ciapan Twitter yang dikenali Fakta Bukan Auta juga, ramai warganet yang kesal dengan kenaikan elaun pengerusi ini tatkala rakyat menderita gara-gara subsidi minyak tidak lagi diberikan.
Hm, diharap pihak FGV membuat pemakluman lanjut berkaitan dengan hal ini untuk tidak lagi mengeruhkan keadaan.
BACA: Syed Saddiq Muat Naik ‘House Tour’ Untuk Jawab Dakwaan Miliki Banglo Jutaan Ringgit
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=t8CUdP77dPE