Ramai mengeluh susah nak buat simpanan disebabkan oleh keadaan ekonomi dunia yang masih belum stabil. Tapi korang tahu tak kalau kena caranya, gaji bersih RM2000 pun boleh simpan RM400 sebulan.
Nak tahu macam mana? Jom kita ikut formula 50:30:20 yang telah dikongsi oleh Nur Aliah Mohd Nor ini.
Kerja biasa: Gaji – bayar cukai – bayar EPF = Pendapatan bersih
Kerja sendiri: Pendapatan kasar – belanja bisnes (pengangkutan, minyak, tol) – cukai pendapatan = Pendapatan bersih
Maksimum 50 peratus kepada keperluan. Korang kena fahamkan perbezaan antara keperluan dan kemahuan.
50 peratus keperluan bermaksud kos tetap iaitu komitmen setiap bulan yang perlu dibayar. Contohnya, pinjaman pembiayaan rumah, kereta, sewaan, bayar takaful dan bil-bil utiliti.
Ini juga termasuk perbelanjaan asas korang seperti makan minum, barang dapur, minyak kenderaan dan tol. Termasuk juga duit bulanan untuk mak ayah.
Ini pula untuk perbelanjaan tidak tetap atau yang berubah-ubah dan kurang penting. Senang cerita 30 peratus ni ialah untuk bajet kemahuan. Contohnya, melancong, shopping
atau tengok wayang.Paling penting, tarik je 20 peratus untuk simpan dana kecemasan, simpanan persaraan, pelaburan dan perlindungan insurans takaful.
Wang kecemasan ni sekurang-kurangnya kena ada tiga ke enam kali gaji yang korang dapat sekarang. Contohnya gaji RM2000, wang kecemasan perlu ada at least RM6000.
Kalau mampu simpan lebih, cuba paksa diri untuk simpan lebih. Kalau tak dapat, ikut je formula 50:30:20 ni. Formula ni sangat penting untuk korang tahu bezakan antara keperluan dan kemahuan.
Sebagai contoh, yang bergaji RM2000, pecahkan mengikut formula ini:
Keperluan 50%: RM1000
Kemahuan 30%: RM600
Simpanan 20%: RM400
Kalau ada formula macam ni korang boleh nampak dengan jelas kan? Tetapkan perbelanjaan korang mengikut formula yang diberikan untuk lebih mudah uruskan kewangan bersistematik.
Paling utama, lakukan secara istiqamah dan berdisiplin. Jangan pula korang selalu skip sebab macam mana nak ada simpanan tetap kalau tak buat betul-betul kan?
Tak perlu nak tunggu gaji RM5000 baru nak menyimpan gaiss. Guna saja formula ini, insyaAllah setiap bulan korang boleh buat simpanan tetap.
Good luck!