Menurut Sya Kirin Asari, 29, seorang bapa dari Ulu Tiram, dia memperoleh gaji RM6,000 hingga RM7,000 (SGD1,800 hingga SGD2,000) sebulan sejak dua tahun lalu.
Kerjaya Tukang Sapu Sampah Di Singapura Lumayan, Cecah RM7,000 Sebulan
Namun katanya, jadual waktu kerja di negara berkenaan agak padat iaitu selama 12 jam sehari bagi tempoh enam hari bekerja.
“Budaya kerja di Singapura terlalu berbeza, paling ketara soal komunikasi. Malah ada syarikat yang mengambil kesempatan terhadap pekerja asing dengan membayar gaji tidak ikut kadar ditetapkan kerajaan dan ada yang tidak membayar kerja lebih masa.
“Saya bekerja dengan pelbagai bangsa setiap hari dan ada kalanya berlaku salah faham dan kebanyakannya sentiasa mementingkan diri sendiri,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Akhbar ini pada 20 Mei lalu melaporkan pendedahan Persatuan Pengurusan Pembersihan Malaysia (MACM) mengenai situasi sektor pekerja pembersihan di negara ini yang tidak berjaya menarik minat golongan muda atas beberapa faktor terutama gaji rendah.
Dianggarkan penglibatan golongan tersebut yang berusia 40 tahun ke bawah tidak sampai satu peratus manakala yang berusia antara 41 hingga 49 tahun sekitar sembilan peratus.
Kerjaya Tukang Sapu Sampah Di Singapura Lumayan, Cecah RM7,000 Sebulan
Sementara itu, seorang lagi rakyat Malaysia yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di Singapura, Khairul Hafizi, 39, berkata, dia menerima RM6,000 (SGD1,800) sebulan untuk kerja tidak sampai lapan jam sehari.
Bapa kepada seorang anak itu berkata, kerja sebagai pekerja pembersihan di negara berkenaan memerlukan komitmen tinggi.
“Dah 13 tahun saya bekerja di Singapura dan selama itu jugalah saya berulang-alik dengan menaiki motosikal. Saya bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa, Changi.
“Berdasarkan pengalaman, masa kerja saya singkat tetapi menerima imbuhan gaji yang lumayan,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.