Peluang untuk muncul dalam program Darah Muda kelolaan Bernama pada malam ini meletakkan Dewi Remaja 2019, Shaza Bae diletakkan di ‘kerusi panas’ ketika membincangkan soal gender.
Dengan tajuk ‘Jual Rupa atau Bakat’, minoriti masyarakat masih memandang barisan juara Dewi Remaja sebelum ini sebagai golongan yang hanya mempunyai rupa paras tetapi tidak boleh menyumbang ke arah lain.
Hakikatnya, stigma itu semakin berubah apabila Dewi Remaja sudah memasuki musim ke-11 pada tahun lalu.
Masyarakat semakin bijak menilai dan membezakan personaliti yang hanya bergantung pada rupa dan personaliti yang mempunyai pakej lengkap untuk bertahan bagi tempoh lama.
Malah, wanita sekarang bukan lagi golongan yang sekadar ingin mencantikkan diri tetapi mereka adalah golongan yang mampu menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara.
*
Lalu, pengendali program iaitu Suhaimi Muhammad dan Irfan Faruqi bertanyakan soal diskriminasi terhadap wanita di Malaysia sekarang, terutamanya faktor gaji yang tak seimbang walaupun berkebolehan.
Kata Shaza, “Ya betul. Saya juga pernah terbaca mengenai isu gaji lelaki masih tinggi berbanding wanita di Malaysia. Diskriminasi dari segi itu, mungkin kita masih di takuk yang sama.
“Tetapi, saya merasakan Malaysia sedang bergerak maju ke arah yang lebih baik untuk tidak meletakkan wanita di tangga kedua hanya disebabkan jantinanya. Saya sendiri merasakan diri saya perlu bekerja lebih keras lagi selepas memenangi gelaran Dewi Remaja.
Ads
“Ini kerana saya memilih bukan saja bidang seni hiburan sebagai kerjaya tetapi juga bidang pendidikan sebagai seorang pensyarah separuh masa. Saya sedang belajar untuk selarikan kedua-dua bidang ini.”
*
Jika wanita sekarang semakin ke hadapan dari segi karier, bagaimana pula jika lelaki mengambil tanggungjawab sebagai seorang sura rumah (house husband)?
“Saya masih sedikit tradisional untuk hal ini. Bagi saya jika wanita giat bekerja, lelaki juga perlu giat bekerja.
Ads
“Sama ada gaji sama tinggi atau lelaki lebih rendah daripada perempuan, itu bukanlah persoalannya. Yang penting lelaki harus turut sama memberi (contribute) dalam rumah tangga. Malah, lelaki perlu memberi lebih lagi daripada perempuan,” kata Shaza.
Bagaimana pula persoalan remaja di Malaysia yang melihat duit itu penting sebelum mampu berkahwin. Jika si lelaki tidak mampu untuk memberi sepenuhnya kepada majlis perkahwinan seperti yang diidam-idamkan oleh wanita, adakah itu bermakna dia masih tak ditakdirkan untuk menamatkan zaman bujang?
“Realistiknya, wang itu memang perlu kalau nak berkahwin.
Ads
“Tapi jika ada komunikasi, persefahaman dan betul-betul mencintai, segalanya boleh dibawa berbincang. Jika kahwin sebabkan duit saja, lebih baik tak perlu (kahwin).”
*
Sejak awal kemunculan dalam pencarian Dewi Remaja 2019 lagi, Shaza begitu meminati personaliti wanita dari Makassar Indonesia iaitu Najwa Shihab. Najwa yang merupakan pembaca berita dilihat Shaza mempunyai persamaan dengan dirinya.
“Saya ini seorang yang suka bercerita dan Najwa juga begitu. Dia menyentuh semua isu; hiburan, sedikit hal politik dan ekonomik serta isu semasa juga.
“Dan saya juga ingin sekali juga untuk menjadi berjaya seperti beliau. Kalau Najwa boleh, perempuan lain semuda saya juga boleh.”
Korang boleh menonton temu ramah penuh Shaza Bae bersama program Darah Muda di bawah:
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahun 2019 terbukti menjadi tahun hebat untuk selebriti, Noor Neelofa dalam arena fesyen tanah air dan di peringkat antarabangsa.
Terbaru, Neelofa menerusi laman Instagram miliknya berkongsi berita gembira apabila dia dapat berkolaborasi dengan pereka kasut terkenal dari luar negara iaitu Giuseppe Zanotti.
Giuseppe Zanotti merupakan pereka kasut pilihan ramai selebriti kelas-A dari Hollywood. Antara nama terkenal yang pernah menggayakan koleksi beliau termasuklah Kim Kardashian, Heidi Klum, Bella Hadid, Anne Hathaway dan ramai lagi.
Kini, tiba giliran Neelofa pula untuk menyertai senarai tersebut dan beliau bukan saja dapat memakainya guys. Neelofa akan bekerjasama untuk menghasilkan koleksi kasut tumit tinggi bernama ‘Liza’ bersama Zanotti.
2 rekaan tersebut ialah Dazzling Liza for Neelofa yang mempunyai perincian fabik baldu biru cair bersama kristal. Manakala Mirror Liza for Neelofa pula menggunakan fabrik kulit metalik berwarna silver dan rose gold.
Menurut rakan media di L’Officiel yang menemuramah Zanotti, beliau menggambarkan Neelofa sebagai, “Seorang wanita moden, yakin, tidak gentar dengan stail peribadinya yang memberikan inspirasi.”
*
Bagi pihak Neelofa pula, dia menganggap kolaborasi ini sebagai impian setiap fesyenista perempuan di luar sana. “Pertama kali saya memiliki kasut Giuseppe Zanotti adalah kira-kira 10 tahun lalu. Saya berharap peminat saya akan menyukai koleksi ini dan memakainya dengan gembira.”
Koleksi ‘Liza’ ini akan dilancarkan di butik Giuseppe Zanotti Pavilion pada akhir bulan November.
*
WEB SERIES DEWI REMAJA 2019 : EPISOD 2
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau korang tak tahu, figura tinggi lampai, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta merupakan finalis Dewi Remaja 1994/1995.
Menjadi Juri jemputan untuk hari terakhir pencarian Dewi Remaja 2019, Che Ta sempat dedah punca dia tidak sempat ke final dewi remaja 26 tahun yang lalu.
‘Saya dah mengenali dewi remaja ni 26 tahun yang lepas. Saya bukan tarik diri tapi disqualify sebab masa tu saya berkahwin bulan lapan dan final dewi remaja bulan sembilan tahun tu. Jadi tak dapat la masuk ke final dewi remaja.
Tapi tak apa lah rezeki ada dimana-mana. Che Ta sempat memberitahu bahawa dewi remaja merupakan pertandingan terakhir yang beliau sertai.’
Nasihat Buat Peserta
Seorang dewi mesti lah konfiden, berketrampilan yang hebat, ada iq. Apapun pun cantik tu subjektif.Pada tahun 2013, Che Ta dijodohkan dengan suami yang 11 tahun lebih muda darinya,iaitu Zain Saidin, mereka dikurniakan nak perempuan, Aaisyah Dhia Rana.
Seringkali dalam mana-mana pertandingan ratu cantik di seluruh dunia, kecantikan luaran pasti menjadi salah satu faktor pemilihan para pesertanya. Jarang sungguh untuk kita melihat mana-mana organisasi ratu cantik yang berani menampilkan gadis yang menongkah arus dengan rupa paras di luar kotak atau kriteria seorang juara ratu cantik.
Begitupun, edisi demi edisi, pencarian Dewi Remaja cuba mengubah tanggapan tersebut dengan memilih seseorang peserta bukan hanya disebabkan aspek rupa paras semata tetapi juga kelayakan keseluruhan sebagai seorang ‘public figure’ yang mewakili golongan remaja di Malaysia.
Bercakap dengan Rozita Che Wan yang merupakan juri tetap Dewi Remaja 2022 baru-baru ini, Che Ta menetapkan kriteria tersendirinya dalam pemilihan yang dilakukan.
Bagi Che Ta, selain prestasi yang ditampilkan oleh barisan finalis pada setiap episod, kecantikan merupakan salah satu faktor yang tidak kurang pentingnya. Bukan faktor terpenting! Tetapi ia adalah salah satu faktor yang dinilai.
“Saya berbangga dengan legasi yang dipegang oleh Dewi Remaja. Keluaran Dewi Remaja ini memang hebat-hebat. Masing-masing mencipta nama selepas berakhir (pertandingan) dalam bidang perfileman dan peragaan.
“Kita nak cari antara dewi-dewi kali ini yang boleh membawa nama Dewi Remaja. Personalitinya haruslah menarik, ada aura. Bila you tengok dia, you akan wow-ed dan terpaku dengannya.
“Tidak semestinya dia cantik tetapi dia perlu ada charm dan pesona seorang bintang. Kita tak naklah bila pilih seseorang itu, dia tidak mewakili nama Dewi Remaja itu. Kita nak seseorang yang boleh teruskan legasi ini,” ujarnya.
Che Ta tidak menidakkan kecantikan sebagai salah satu faktor penilaian. Bukan untuk bersifat superficial atau memandang dari luaran sahaja, Che Ta ada penjelasannya sendiri mengapa kecantikan turut diperhati olehnya. Bukan wajah dan bentuk badan saja yang mewakili kecantikan tetapi juga cara penggayaan diri setiap kali melakukan kemunculan juga adalah sesuatu yang penting bila menyentuh ‘identiti’ jenama Dewi Remaja.
“Cantik itu adalah tarikan. You tengok seseorang itu cantik, you lebih hendak mengenali dia. Orangnya bagaimana, apa bakat yang dia ada. Saya tidak menidakkan aura dalaman itu perlu, tetapi untuk tarikan pertama adalah cantik. Dari mata, turun ke hati,” kata Che Ta.
Selama dua episod Dewi Remaja 2022 ditayangkan di kaca televisyen, Che Ta menyifatkan 16 orang finalis kali ini masih sedang tercari-cari aura dan identiti masing-masing.
“Jujurnya, mereka belum masuk aura dan persona sebagai seorang juara lagi. Kita lihatlah siapa yang akan terus menyerlah dari episod ke episod.
“Satu yang ingin saya pesan pada mereka, jangan rasakan diri sudah cukup bagus apabila you sudah tersenarai (16 yang terbaik). You kena work harder, kena tahu apa hala tuju you. You kena tahu apa you nak.. sampaikan you sanggup commit masa dan tenaga selama berbulan-bulan ini. Barulah, you boleh persembahkan diri secara lebih baik,” simpulnya.
Haa, korang setuju tak dengan Che Ta?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ratu cantik Malaysia, Rashmita Rasindran tampil membanggakan negara apabila dinobat sebagai juara pertandingan Miss Charm 2024 yang melabuhkan tirainya pada hujung minggu lalu.Bertempat di...