Gal Gadot mencipta sejarah apabila menjadi pelakon kelahiran Israel pertama yang diberikan penghormatan bintang ‘Hollywood Walk Of Fame’ pada Selasa.
Dalam ucapan yang diberikan oleh Gadot pada majlis berkenaan, beliau beberapa kali merujuk kepada asal-usulnya sebagai seorang warganegara Israel malah sempat menyelitkan beberapa ayat dalam bahasa Ibrani atau Hebrew.
“Saya hanyalah seorang gadis dari sebuah bandar di Israel,” katanya dan menerima sorakan yang kuat daripada penyokong khalayak di sana.
Sambungnya, “Kepada semua orang muda terutamanya gadis-gadis di luar sana; sekiranya seorang gadis dari Rosh Ha’ayin (merujuk kepada dirinya) boleh menerima bintang di Hollywood Boulevard, tiada apa yang mustahil.”
Hari istimewa pelakon Wonder Woman ini juga turut disaksikan oleh suaminya, Jaron Varsano serta empat orang anak perempuan mereka iaitu Alma, 13; Maya, 8; Daniella, 3 dan Ori, 13 bulan.
Ads
Bagaimanapun, acara Hollywood Walk of Fame itu dicemari dengan cemuhan penunjuk perasaan pro-Palestin yang sedikit sebanyak menangguhkan acara selama 15 minit sebelum ia bermula.
Antara papan tanda yang dipegang oleh penunjuk perasaan itu termasuklah slogan seperti, ‘Disney menyokong pembunuhan beramai-ramai’ dan ‘Hollywood, soal kemanusiaan adalah untuk semua insan’.
Protes berkenaan bertambah semarak susulan serangan tentera Israel secara besar-besaran di Gaza pada Selasa sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 59 orang terbunuh dalam serangan itu menurut media tempatan di sana.
Ads
Sebagai info, serangan terhadap Hamas di Gaza ini berlaku atas arahan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz atas alasan keengganan Hamas membebaskan tawanan warganegara Israel.
Berbalik kepada acara penganugerahan kepada Gadot tadi, bintang filem Disney Snow White itu juga secara lantang menyokong Israel seperti mana yang dilakukan Gadot sejak serangan pengganas 7 Oktober 2023 dan pencerobohan ke atas Gaza di media sosial dan secara terbuka di acara-acara yang dihadirinya.
Ads
Sentimen itu sekali lagi diucapkan Gadot sebelum acara semalam apabila beliau ditemubual oleh Variety.
“Saya tidak pernah membayangkan di jalan raya sekitar Amerika Syarikat dan di bandaraya seluruh dunia; kita akan melihat orang ramai tidak mengutuk kelompok Hamas tetapi meraikan serta bersorak pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi,” katanya.
Tular di media sosial baru-baru ini, apabila tersebar beberapa keping foto yang menunjukkan penyanyi popular antarabangsa, Lana Del Rey sedang bekerja di sebuah restoran makanan ringan, wafel.
Dalam foto tersebut, kelihatan pelantun lagu popular Radio itu mengenakan sepasang seragam berwarna biru dan tertera tanda nama ‘Lana’ pada uniformnya.
Difahamkan, restoran tempat penyanyi berusia 38 tahun itu bekerja terletak di Florence, Alabama, Amerika Syarikat.
Beberapa pengunjung yang pernah ke restoran tersebut turut mengakui bahawa pelayan yang bekerja di situ adalah sememangnya penyanyi lagu West Coast berkenaan, walaupun bentuk tubuhnya kelihatan lebih berisi berbanding sebelum ini.
Bagaimanapun, sejak foto tersebut tersebar pada 20 Julai lalu, Lana Del Rey tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan dan dilihat masih bekerja di restoran sama.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktres yang dikenali menerusi filem Tentang Bulan, Fatin Afeefa atau nama penuhnya Nur Afifah Shamsudin, mengumumkan berundur daripada dunia lakonan dan nyanyian bagi menumpukan perhatian kepada keluarga.
Keputusan tersebut dibuat atas permintaan suami iaitu usahawan, Aliff Awang atau mesra dengan sapaan Opai. Walau bagaimanapun aktres itu berkata, dia masih aktif beberapa kempen.
Umum Undur Diri Dari Industri, Hormat Permintaan Suami
Disoal mengenai perminataan suami, pelakon filem Tentang Bulan itu berkata dia ingin perbaiki diri menjadi versi manusia yang lebih baik selain mahu menjaga batas pergaulan sebagai seorang muslim.
Dia kata sebab semua itu (berlakon dan menyanyi) adalah aurat. Tetapi saya mencuba untuk perbaiki diri dan menjadi seorang muslim yang lebih baik. Suami kata suara itu aurat, dan saya cuba belajar untuk kurangkan semua itu.
Fatin Afeefa dan suami
Macam berlakon, semua sedia maklum kebanyakkan akan secara bebas. Apabila saya fikir semula betul juga. Dulu masa saya berlakon pun bergaul campur dan bebas, ada laki orang, bini orang. Saya tidak mahu lagi berada di situasi itu lagi. Fokus sekarang keluarga sahaja.
Tawaran masih ada. Kali terakhir saya terima pada bulan Januari lalu untuk drama 29 episod. Kalau cakap fasal kawan-kawan industri, mereka pun faham sahaja keputusan yang saya ambil ini.
Ingin better muslim
Berkongsi lanjut, Fatin memberitahu dia dan suami juga ingin menjadi contoh ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Fatin Afeefa
Mahu menjadi to be a better muslim. Saya dan suami juga sudah buang posting-posting yang haram di media sosial, yang tidak elok. Untuk mendidik anak, ibu bapa perlu tunjuk contoh yang baik untuk diikuti, role model. Saya pun masih belajar untuk semua itu. Termasuk memakai tudung dulu pun agak kekok pada mulanya tidak tahu. Insya-Allah, doakan yang baik-baik untuk saya sekeluarga.
FAKTA MENARIK FATIN AFEEFA
Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai Fatin Afeefa yang mungkin ramai tidak tahu:
Permulaan Karier: Fatin Afeefa memulakan kariernya dalam industri hiburan pada usia yang sangat muda. Beliau pertama kali muncul di kaca televisyen dalam iklan dan seterusnya dikenali melalui drama kanak-kanak.
Populariti Melalui “Nana Tanjung”: Nama Fatin Afeefa mula meletup apabila beliau membintangi filem “Nana Tanjung” yang diterbitkan pada tahun 2006. Dalam filem ini, Fatin memegang watak sebagai anak kepada Saiful Apek, yang mana lakonannya berjaya mencuri perhatian ramai.
Kehidupan Peribadi: Fatin Afeefa pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Adam Shahz pada tahun 2013 dan dikurniakan dua orang anak. Kemudian, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Aliff Awang atau Opai pada Disember 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.
Pencapaian dalam Industri Muzik: Selain berlakon, Fatin Afeefa juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Beliau telah melancarkan beberapa single yang mendapat sambutan baik daripada peminat.
Aktif di Media Sosial: Fatin Afeefa adalah antara selebriti yang aktif di media sosial. Beliau sering berkongsi perkembangan terkini, pandangan, dan kehidupan seharian dengan peminat melalui platform seperti Instagram dan TikTok.
Kemahiran Lain: Selain berlakon dan menyanyi, Fatin juga berbakat dalam bidang perniagaan. Beliau telah menceburi beberapa perniagaan seperti produk kecantikan dan fesyen, yang semuanya mendapat sambutan yang menggalakkan.
Moga yang terbaik untuk Fatin Afeefa di masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 baru sahaja melabuhkan tirainya pada Ahad lalu di Eastin Hotel Petaling Jaya setelah hampir sebulan mengadakan uji bakat pencarian di beberapa negeri berbeza seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah.
Antara juri yang hadir memeriahkan dan membantu dalam pencarian peserta Hero Dewi Remaja 2023 hujung minggu lepas adalah Diana Danielle, pelakon wanita Malaysia kelahiran Amerika Syarikat.
Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson turut memberi pendapatnya mengenai kualiti bakat anak muda yang menghadiri uji bakat tersebut.
“Saya nampak ramai yang berpotensi tapi bagi saya potensi sahaja tidak cukup sebab mereka harus tampil dengan traits dan skills yang saya harap diorang tidak malu untuk tonjolkan hari ini,” komennya.
Pelakon filem Imaginur ini juga mengekspresikan keinginan beliau untuk melihat industri seni dimeriahkan lapisan bakat baru yang mempunyai ciri-ciri tertentu.
“Sebagai pelakon yang sudah lama berada di dalam industri, saya dapat merasakan ciri-ciri yang kita perlukan buat masa sekarang adalah seseorang yang bekerja keras, tidak segan silu untuk maju ke hadapan dan tidak gentar menyatakan pendapatnya.
“Namun harus kita ingat bahawa semua ciri-ciri tersebut bertujuan bukan untuk mencari publisiti semata-mata tapi demi menjamin masa depan seseorang anak seni itu,” jelasnya.
Mula berlakon dari usia 9 tahun, pelakon jelita ini turut berhasrat agar anak muda kini tidak terlalu mengejar sisi glamor dunia hiburan dan lebih fokus untuk memperbaiki kualiti bakat yang disampaikan.
“Kalau kita sedar zaman sekarang ini ramai anak muda yang terlalu caught up untuk mengikut trend dan bahkan ada yang terlalu obses dengan penampilan diri sendiri,
“Sejujurnya bagi saya, apa yang membuatkan seseorang bintang itu untuk lebih bersinar adalah apabila dia memiliki kebolehan yang pelbagai. Bukan hanya bergantung kepada satu kemahiran sahaja tapi sekiranya kamu boleh menyanyi, berlakon dan hos pada masa yang sama, maka ianya akan menjadi sebuah bonus,
“Tidak perlu menjadi pakar namun cukup untuk menyerlahkan potensi bakat yang ada di dalam diri. Selain itu, usahlah risau dengan penampilan diri kerana cara kamu persembahkan diri dan cara kamu berkomunikasi dengan orang lain lebih mencerminkan diri sendiri,” jelasnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!