
Dunia hiburan Korea Selatan masih lagi hangat bercakap mengenai hubungan antara pelakon sensasi, Kim Soo Hyun dan mendiang Kim Sae Ron. Apa yang lebih menarik, isu ini kembali menjadi perbualan orang ramai apabila muncul bukti baru yang menguatkan spekulasi mengenai hubungan mereka pada masa lalu.
Menerusi saluran Youtube, Garo Sero Institute baru-baru ini memuat naik sebuah gambar ‘panas’ Soo Hyun yang didakwa di ambil di kediaman milik Sae Ron.
Lebih mengejutkan lagi, gambar yang tular itu menunjukkan pelakon lelaki berkenaan tampil tanpa memakai seluar sambil mencuci pinggan di kawasan dapur sehingga mengundang persoalan dalam kalangan peminat.
Dalam pada itu, warga internet yang mempunyai ‘mata helang’ segera membandingkan latar belakang dalam gambar itu dengan dapur Kim Sae Ron yang pernah muncul dalam rancangan realiti tvN On & Off pada tahun 2020 dan hasilnya membuatkan orang ramai terkedu kerana terlalu banyak persamaan yang sukar dinafikan.

Antara bukti kuat yang ditemui adalah seperti warna meja dapur dalam foto tersebut sama seperti yang terdapat di kediaman Sae Ron, kedudukan papan pemotong dan mesin pencuci pinggan berada di tempat yang sama seperti dalam rakaman rancangan TV tersebut.
Melalui bukti-bukti ini juga ramai pihak yang percaya bahawa gambar tersebut memang diambil di kediaman Kim Sae Ron, sekaligus menguatkan spekulasi mengenai hubungan mereka.
Mendiang Sae Ron sebelum ini dilaporkan berkongsi gambar kediamannya buat pertama kali pada September 2020, sehingga kini masih belum dapat dipastikan sejak bila beliau mula tinggal di situ.

Walau bagaimanapun, agensi Soo Hyun, Gold Medalist mendakwa bahawa gambar itu diambil pada Disember 2019 iaitu ketika pelakon wanita itu masih berusia 19 tahun.
Kontroversi ini semakin memanaskan keadaan dan mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan warga internet khususnya peminat industri hiburan Korea. Buat masa ini, kedua-dua pihak masih belum memberikan kenyataan rasmi yang lebih terperinci.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.