Dalam perkembangan terbaru selepas seminggu New Zealand berkabung untuk menghormati mangsa insiden tembakan rambang di Christchurch, sebuah portal di negara itu melaporkan satu ugutan bunuh telah diterima oleh Perdana Menterinya di media sosial.
Portal bernama NEWSHUB New Zealand itu berkata, ugutan terhadap Perdana Menteri, Jacinda Ardern itu disampaikan melalu sebuah akaun Twitter. Ia berbunyi, “You are next” (seterusnya, kamu) bersama gambar senjata dan imej Jacinda.
Satu lagi tweet pula menggabungkan imej Jacinda dengan polis. Kedua-dua tweet tersebut telah terpadam selepas Twitter menggantung akaun pemiliknya semalam.
Ugutan itu hadir selepas Jacinda bersikap tegas di dalam kesemua ucapan dan kenyataan media beliau. “Dia (pengganas) inginkan perhatian melalui perbuatannya, dia ingin profilnya dan motifnya dikenali dunia. Sebab itulah kamu tidak akan mendengar saya menyebut namanya,” kata beliau di parlimen New Zealand.
Ads
***
Dalam pada itu, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memberikan sokongan dan menzahirkan simpati kepada Jacinda atas kebijaksanaan dan usaha yang telah dilakukan beliau selepas 50 mangsa beragama Islam maut dan puluhan yang lain cedera.
Ads
Semalam juga, bangunan pencakar langit, Burj Khalifah dipancarkan dengan gambar Jacinda Ardern sebagai tanda sokongan terhadap usaha keamanan beliau. Ia juga mempunyai ucapan ‘salam’ di dalam tulisan Jawi dan perkataan ‘peace’ (keamanan) – sama seperti yang tertera di muka hadapan akhbar The Press New Zealand semalam.
Ads
Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum juga telah memuat naik tweet bangunan tersebut di akaun milik beliau.
“Terima kasih PM @jacindaardern dan New Zealand untuk sokongan ikhlas yang menyentuh hati 1.5 juta umat Islam selepas serangan pengganas yang mengejutkan komuniti Islam di seluruh dunia.”
Malang tidak berbau, siapa sangka cendawan liar yang dikutip di kebun belakang rumah punca satu keluarga nyaris maut dan terpaksa masuk hospital.
Spesies cendawan yang dipercayai beracun yang sering tumbuh di kawasan kebun rumah mangsa.- Foto ihsan keluarga mangsa
Menurut laporan Sinar Harian, suri rumah itu hanya mampu melihat tujuh anaknya rebah seorang demi seorang dalam keadaan mulut berbuih dan berdarah kurang sejam selepas menikmati sayur cendawan goreng yang dipercayai beracun dalam kejadian pada Isnin minggu lalu di kediamannya mereka di Kampung Nyiur di sini.
“Tidak sampai sejam, saya rasa seperti ada yang tidak kena. Terasa seolah-olah hendak terbakar di dalam perut. Rasa panas semacam dan pada masa sama saya muntah berdarah termasuklah suami, Muhammad Nurhadi, 36.
“Dalam keadaan tidak bermaya, kami hanya mampu melihat seorang demi seorang anak tergolek. Ada yang mulut berbuih dan keluar darah. Allah saja yang tahu perasaan saya pada masa itu,” katanya.
Difahamkan, lauk cendawan beracun itu dijamah oleh mereka sekeluarga kecuali anak bongsu berusia setahun sebulan.
Hmm..bahayanya cendawan liar ni kerana fizikal tumbuhan ini kelihatan sama. Jadi, ini REMAJA kongsikan 5 jenis cendawan yang tidak boleh dimakan dan beracun.
Cendawan Amanita Bisporigera
Foto Via naturenet.net
Amanita bisporigera adalah spesies cendawan beracun yang berbahaya dalam keluarga Amanitaceae. Ia biasanya dikenali sebagai cendawan ‘Eastern North American Destroying Angel’ atau cendawan malaikat pemusnah.
Cendawan ini mempunyai payung putih halus yang dapat mencapai hingga 10 centimeter dan panjangnya sehingga 14 sentimeter. Jenis cendawan ini mempunyai dua spora dalam satu induk.
Pholiotina rugosa adalah cendawan rumput biasa yang tumbuh secara meluas dan sangat biasa dijumpai di kawasan Barat Laut Pasifik. Jenis cendawan ini juga telah dijumpai di Eropah, Asia dan Amerika Utara.
Ia mengandungi mikotoksin yang boleh membawa kepada kematian. Awas, jenis cendawan ini tidak boleh dimakan.
Cendawan Sulfur Tuft
Foto Via educalingo.com
Cendawan sulfur tuft atau clustered woodlover adalah jenis cendawan hutan yang biasa dan sering kali dijumpai ketika hampir tidak ada cendawan lain. Cendawan ini tumbuh secara besar-besaran dalam gumpalan besar pada tunggul, akar mati atau batang pokok yang lebar.
Cendawan Sulfur tuft amat pahit dan merupakan cendawan yang beracun. Jika memakannya, ianya boleh menyebabkan muntah, cirit-birit dan sawan.
Toksin utama di dalam jenis cendawan ini adalah steroid yang dikenali sebagai steroid fasciculol E. Jangan sesekali makan cendawan jenis ini.
Cendawan Galerina Sulciceps
Foto Via alchetron.com
Spesies cendawan yang sangat berbahaya dan tidak boleh dimakan juga adalah Galerina sulciceps. Ia hidup di wilayah tropika Indonesia dan India, namun kadang-kadang dilaporkan membiak di Eropah.
Jenis cendawan ini mengandungi lebih banyak toksik daripada deathcap (Amanita phalloides). Cendawan ini terbukti mengandungi toksin alpha- (α-), beta- (β-) dan gamma- (γ-) amanitin. Satu kes pernah dilaporkan di Indonesia pada tahun 1930-an yang mengakibatkan 14 kematian akibat pengambilan jenis cendawan ini.
Cendawan Galerina Marginata
Foto Via zoology.ubc.ca
Galerina marginata adalah jenis cendawan yang beracun dalam keluarga Hymenogastraceae dari Agaricales. Sudah tentu tidak boleh dimakan. Cendawan ini mempunyai payung coklat hingga kuning coklat yang pudar ketika musim kering.
Insang cendawan ini berwarna kecoklatan dan memberikan cetakan spora yang berkarat. Cincin membran yang jelas kelihatan pada batang spesimen muda jenis cendawan ini akan hilang seiring bertambahnya usianya.
Moga perkongsian ini bermanfaat kepada semua, pengajarannya kenalpasti cendawan liar sebelum memetik dan dimakan. Dan get well soon buat ahli keluarga ini!
Kuasa media sosial sememangnya boleh mengubah kehidupan mana-mana insan dalam sekelip mata.
Hasil sokongan pengikut di dunia digital, Akka Nasi Lemak kini boleh berbangga apabila namanya semakin dikenali dan perniagaan nasi lemak yang diusahakannya juga kian berkembang.
Bukan hanya kesedapan nasi lemak yang dijualnya di sekitar kawasan Seri Kembangan ini menjadi bualan mulut orang ramai. Malah, kuantiti banyak yang diberikan dalam setiap sajian nasi lemak itu juga amat dihargai oleh pelanggan setia Akka.
Bagaimanapun, tidak semua orang sedar akan kesedihan yang melandan Akka Nasi Lemak biarpun populariti menghimpitnya dari pelbagai sudut.
Menerusi temubual yang dilakukan Akka atau nama sebenarnya, Sangeeta bersama Astro Ulagam baru-baru ini, beliau mendedahkan ada pihak yang tidak akan berpuas hati dengan kejayaan dan populariti yang dimilikinya kini.
Beliau sedar persaingan wujud dalam mana-mana bentuk perniagaan. Namun beliau tidak menyangka ada yang bersifat sekejam ini dalam dunia media sosial sehinggakan dirinya tidak mampu lari daripada menjadi mangsa cercaan warganet.
“Saya tidak melayari kehidupan mewah seperti yang anda sangkakan,” katanya. Beliau juga mengakui masih tinggal di sebuah rumah sewa yang kecil bersama empat orang anaknya tanpa perabot yang banyak dan masih bergelut mencari rezeki seperti individu lain.
Selama 13 tahun Sangeeta meniaga nasi lemak, beliau tidak pernah merasakan sumber pendapatannya itu sesuatu yang memberikan tekanan. Namun kini apabila ada pihak yang tidak senang duduk melihat perniagaannya maju, ia sedikit sebanyak menganggu ketenangan mentalnya sehingga menggugat kesihatan.
Impaknya, fizikal badan Sangeeta dilihat telah menyusut berbanding sebelum namanya tular dahulu.
Terdahulu, seorang lagi pempengaruh berketurunan India bernama Pavithra juga pernah bergelut dengan tempias populariti segera apabila video-video masakannya menerusi akaun YouTube Sugu Pavithra menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat majmuk Malaysia.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alvin Wee meraih kejayaan setelah memenangi trofi Pencapaian Cemerlang Adunan Bunyi menerusi siri animasi Disney, Encanto di Anugerah Cinema Audio Society (CAS) 2022 di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Melalui temuramah bersama Berita Harian, Alvin dia menyifatkan kemenangan itu adalah hasil kerjasama pasukan Encanto yang cukup terbaik.
“Di mana saya pergi, Malaysia tetap mekar di hati. Ini fakta yang tidak boleh diubah. Kejayaan ini dianggap kemenangan peribadi dan hasil kerja berpasukan.
“Saya dedikasikan trofi ini untuk Malaysia tercinta. Ini adalah momen paling berharga. Saya harap ia mampu menjadi motivasi dan suntikan semangat kepada bakat kreatif tempatan mencipta kejayaan di pentas antarabangsa,” katanya.
Foto Via Awarddaily.com
Tambahan Alvin, tidak rugi untuk sesiapa sahaja menyimpan angan-angan.
“Jika ada ruang dan peluang sama seperti perjalanan yang saya lalui, teruskan melangkah biarpun berdepan keterbatasan,” katanya.
Mengimbau minat awalnya dalam dunia muzik, Alvin berkata, kecintaan terhadap bidang itu bermula sejak bangku sekolah.
“Saya aktif bermain muzik dengan band sekolah. Sejak itu, saya sedar keinginan berkongsi kerja kreatif dan produksi mula membuak-buak.
“Sedikit demi sedikit, saya sedar bakat komposisi lagu dan kerja produksi bercambah. Rakan baik pula menggalakkan saya meneruskan pengajian di Berklee College of Music.
“Ketika di kolej, saya tertarik mengikuti kursus produksi muzik dan kejuruteraan,” katanya.
Malah, anugerah CAS mengiktiraf runut bunyi terbaik yang dihasilkan dalam filem dan televisyen.
Alvin mempunyai latar belakang dalam pengadunan latar muzik selepas menamatkan pengajian dalam jurusan program muzik di sebuah universiti di Boston, Amerika Syarikat (AS).
Foto Via I Love Borneo
Peluang dalam kejayaannya menjadi pembantu penerbit dan bekerjasama dengan beberapa penyanyi antarabangsa seperti Bruno Mars, Katy Perry, Rihanna dan Beyonce.
Hasil sentuhannya termasuk filem seperti Kingsman 2: The Golden Circle, Kung Fu Panda 3, The Zookeeper’s Wife, 13 Hours: The Soldiers of Benghazi dan Eddie the Eagle.
Congrats kami ucapkan, moga terus terbang tinggi dan terus mengharumkan nama Malaysia, Alvin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Harian Metro, Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Meski kini menghampiri usia 50 tahun, pelakon Marissa Yasmin tetap tampil awet muda dan sering menerima pujian ramai. Namun bagi pelakon berusia 48 tahun...