
Isi Kandungan
ToggleJika sebelum ini Remaja ada berkongsi gambar selebriti Korea pada awal kemunculan mereka sekitar era 2000-an, kini kami ingin berkongsi gambar-gambar selebriti perempuan Korea pula.
BACA: Gambar Pelakon Lelaki Korea Era 2000-an Dulu Vs Sekarang
Nampaknya, ramai juga diantara mereka yang masih aktif berlakon sehingga hari ini dan paling mencuri perhatian, penampilan mereka masih lagi cantik menawan seperti dahulu.
Nah, drama Korea apa yang pernah menjadi favorite korang satu masa dahulu? Adakah heroinnya masih mendapat tempat di hati penonton?
Jom kita lihat antara himpunan gambar selebriti wanita Korea yang terkenal era 2000-an dulu dan sekarang, seperti yang telah dikongsi oleh Kakimuvee.
1. Choi Ji Woo
2. Song Hye Kyo
3. Kim Tae Hee
4. Jang Nara
5. Song Ji Hyo
6. Yoon Eun Hye
7. Lee Da Hae
8. Son Ye Jin
9. Kim Hee Sun
10. Kim Soon Ah
11. Gong Hyo Jin
12. Ha Ji Won
13. Kim So Yeon
14. Chae Rim
15. Han Chae Young
16. Park Shin Hye
17. Moon Geun Young
Macam mana, ada yang berubah tak?
Sumber: Kakimuvee
“Macam Kakak & Adik! Harap Warisi Awet Muda Ibu..” Amy Mastura Sekeluarga Selesa ‘Sempoi’ Beraya

Jika dua perkataan dapat menggambarkan empunya pemilik nama Amy Mastura ini, pastinya perkataan tersebut adalah ‘awet muda’!
Sejak usia 20-an sehinggalah ke memasuki usia separuh abad kini, penyanyi Bintang Hati ini pasti akan menuai pujian daripada orang ramai mengenai betapa wajahnya tidak dimamah usia.

Peminat Amy sendiri kadangkala tidak sedar penyanyi kegemaran mereka ini sudahpun mempunyai dua orang anak dara yang sudah menginjak ke usia remaja.
Puteri sulungnya, Adriana baru meraikan hari kelahiran yang ke-22 pada 21 April 2023. Manakala anak keduanya, Adalia pula telah memasuki usia 18 tahun pada pertengahan April lalu.
Masing-masing diraikan dalam mood berhari raya. Namun apa yang menarik perhatian peminat Amy adalah bagaimana ringkas, ‘sempoi’ dan bersederhana cara keluarganya meraikan tarikh-tarikh sambutan istimewa ini.
Cukup sekadar menempah kek, bergambar di dapur kediaman secara lengkap bersama empat ahli keluarga. Malah, foto berbaju raya Amy sekeluarga juga sekadar diambil di ruang tamu; tidak seperti cara segelintir masyarakat kini yang sanggup melaburkan masa dan tenaga demi merakam foto kenangan.
Hakikatnya, cara ‘sempoi’ Amy Mastura dan keluarganya inilah yang mendekatkan dirinya kepada peminat yang mengekorinya di akaun Instagram.
Di ruangan komen, ramai juga warganet yang memuji kecantikan awet muda yang dimiliki Amy dan kata mereka, tidak mustahil ‘aset bernilai’ ini akan diwarisi oleh Adriana dan Adalia.
ARTIKEL BERKAITAN: Petua Kecantikan Guna Beras Macam Orang Dulu, Barulah Kulit Lawa Dan Naik Seri! – REMAJA
“Dalam Malaysia ni ada 2 je Wanita Vampire (tidak dimamah usia), kak Amy dan isteri abang Faizal Hussein. Depa ni memang awek muda natural, bukan pergi ‘cucuk-cucuk’.”
“Nape awet muda sangat ni.”
“Sempoi je Raya. Tengok pun sejuk dan selesa.”
“Macam kakak & adik! Harap warisi awet muda ibu.”
“Lawanya anak dara.”
“Muka sooo mak dia.”
“Betul-betul macam muka KekMi time jadi pramugari dulu.”
“Anak dah besar, Amy Mastura masih macam dulu-dulu juga. Awet muda.”
Tidak kurang juga ada yang memuji gaya tudung Amy yang kelihatan persis ahli kerabat diraja.
“Wow akak look Raja-Raja Brunei lah.”
“Kakak ala-ala royalty.”
BACA LAGI : Pelakon 90-an, Azah Aziz Throwback Zaman Finalis Dewi Remaja – REMAJA
Apapun, ramai yang mendoakan kesejahteraan, kebahagian dan kesihatan mereka sekeluarga. Bila orang baik-baik, doa yang dikirimkan pun sentiasa yang baik-baik, kan!
Kalau korang ingin mengetahui cara pelakon, Liyana Jasmay mengekalkan keremajaan wajahnya pula, klik video di bawah.
FOTO: Instagram @amymasturalerr
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Walaupun Duduk Rumah Tak Kena Matahari Semasa PKP, Muka Masih Terasa Kering? Cer Try 4 Cara Ni

Isi Kandungan
Toggle
Setelah hampir sebulan setengah kita mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan dan duduk di rumah, kamu mungkin baru perasan bahawa kulit muka kamu tidak glowing seperti biasa!
“What did I do wrong?” – persoalan yang akan secara automotik meletus dalam minda.
Kita tidak keluar dari rumah, mengelak daripada cahaya UV matahari dan tidak menggunakan mekap. Bukankah sepatutnya kulit bertambah seri? Mengapa ia bertukar kusam dan kering?
Mungkin kamu terlalu ‘relaks’ dan terlupa untuk melakukan 4 rutin penting ini:
01
Cara Mandian Shower
Walaupun kita memang menggemari pancuran mandi panas ataupun hot shower yang LAMA sewaktu duduk di rumah sekarang, ia sebenarnya boleh merosakkan lapisan nipis minyak pada permukaan kulit. Lalu, kulit kelihatan lebih kering dari kebiasaan.
Sebaiknya, kurangkan kekerapan mandi dengan air panas dan pilihlah gel mandian jenis losyen. Semasa memilih, cari gel mandian yang mempunyai kandungan shea butter, sunflower seed oil dan calendula.
02
Duduk Rumah Pun Stres!
Ya betul. Walaupun kita tidak perlu memandu, membayar tol dan parkir ataupun kita dikecualikan daripada pembayaran PTPTN buat masa ini, tempoh PKP ini hakikatnya membuatkan ramai di antara kita tertekan kerana terperap di rumah.
Penjagaan kulit muka kamu mungkin betul. Namun apabila kamu mulai rasa tertekan pada setiap hari, ia akan mendatangkan mudarat kepada kulit muka.
Oh no..
Sebenarnya, badan kita sedang menghantar ‘mesej’ yang kamu sedang tertekan apabila kulit terasa panas dan kering. It does not help when we are addicted to Dalgona Coffee as well. Ini kerana pengambil kopi berlebihan akan membuatkan kulit lebih tidak bermaya.
ARTIKEL BERKAITAN: Sukar Tidur Selepas ‘Pekena’ Dalgona Coffee?
03
Makan Nak Senang
Ramai di antara kita lebih ‘terbuka hati’ untuk masak di rumah semasa PKP. Namun, ramai yang malas untuk memasak hidangan yang complete!
Lalu, bagi yang sedikit malas seperti penulis (hehe), kita hanya menyediakan makanan mudah seperti protein dan karbohidrat sahaja untuk mengalas perut. Tiada sayur, tiada buah.
Rugilah kalau kamu hanya makan untuk mengalas perut je.
Sayur dan buah kesemuanya penting kerana mengandungi vitamin D dan antioksidan yang baik untuk kulit muka. Ingat, makanan harian kamu perlu seimbang tau. Kuantiti yang sedikit tidak mengapa, asalkan seimbang.
04
Pilih Produk Betul
Kita juga tidak boleh lupakan mengenai kelebihan produk yang berkesan. Ramai sebenarnya yang merasakan tidak perlu untuk memakai produk wajah apabila duduk di rumah. Anggapan itu salah kerana lapisan dalaman kulit masih memerlukan zat yang cukup.
Antara yang kami gemari dan yakini ialah Korean Secrets White Glow Snowy White Essence daripada Syahirah ini.
Diakui Halal, ia mempunyai pati TRI-Flower Essence iaitu kandungan yang berasal dari bunga-bungaan di Pulau Jeju, Korea Selatan. Pati Tri-Flower Essence ini penting kerana ia terdiri daripada tiga ramuan penting.
Cherry Blossom akan membantu melegakan kulit serta mengurangkan kemerahan dan kesan iritasi dengan kandungan anti-oksidannya. Camellia pula memberikan kelembapan. Akhir sekali, intipati bunga Lotus membantu menyihatkan dan mencerahkan kulit.
Pendek kata, Syahirah Korean Secrets White Glow Snowy White Essence akan membantu meratakan tona kulit yang tidak sekata. Ia juga menghalang pembentukan tompok gelap dan melembapkan kulit. Sebaik tamat saja PKP ini, kulit muka terus berubah lebil licin dan halus, gitu!
*
Kamu ada tip penjagaan kulit muka yang lain? Cer share dalam ruangan komen okay.
“9A, Mantap ar… Congratulations”, Adik Meerqeen Raih Keputusan Cemerlang Dalam SPM 2023!

Hari ini merupakan tarikh yang pasti membuatkan semua calon SPM 2023 berdebar menantikan keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).
Tahun ini seramai 11,713 calon dilaporkan memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran. Pencapaian ini juga adalah lebih baik iaitu dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60 berbanding 4.74 pada tahun sebelumnya.
Dalam pada masa yang sama, pelakon dan model popular, Meerqeen juga turut berkongsi kejayaan adiknya Muhammad Shafeeq Shauqeen atau @feeqqeen memperoleh keputusan 9A dalam SPM baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Doa Meerqeen Buat Rakyat Palestin, Titip Harapan Bantuannya Sampai Kepada Mereka Di Sana

Kejayaan tersebut dimuat naik melalui Instagram story, Meerqeen meluahkan rasa kagum dan mengucapkan tahniah di atas kecemerlangan adiknya Shafeeq yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru.

“9A… Mantap ar… Congratulations…” – Meerqeen
Adik kepada pelakon itu mengambil 10 mata pelajaran dan mencapai skor A untuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Awam, Fizik dan skor B+ untuk subjek Kimia.
Apa pun kami di Remaja mengucapkan tahniah atas kejayaan Shafeeq. Semoga meraih kejayaan di masa akan datang juga!
Artikel Berkaitan: “Saya Dahulu Sangat ‘Kosong’….” – Meerqeen Akui Platform Hero Remaja Pencorak Kanvas Putih Dalam Dirinya
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.