Gamers UTeM Kalahkan 15 Universiti Lain Kejohanan PUBG, Bawa Pulang RM18k!

Share

Pergh, masyuk!

Buat kali pertama, platform digital dan aplikasi Yoodo yang dilancarkan pada Januari 2018 telah menganjurkan kejohanan PUBG MOBILE Campus Championship (PMCC) 2019 semalam di ioi Mall Puchong.

Kejohanan yang berjaya menarik perhatian 16 buah pasukan daripada pelajar universiti seluruh negara telahpun dimenangi oleh 4 orang pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang menggelar diri mereka sebagai DarkHorse.

Mereka berjaya mengatasi 60 orang pelajar lain daripada 15 pasukan PUBG Mobile lalu membawa pulang wang tunai sebanyak RM18,000, trofi dan gelaran juara pertama PMCC.

Selain itu, mereka turut menerima hadiah berupa chicken dinner, pelan data 1 tahun oleh Yoodo dan kredit Boost selama setahun.

Kejohanan PMCC pada tahun ini nyata menerima sokongan dan perhatian ramai walaupun baru kali pertama dianjurkan. Ia bertujuan untuk menggalakkan pemain e-Sports muda agar mereka lebih serius dalam memperbaiki skil mereka sebelum menyertai pertandingan seperti ini.

Malah di kalangan penonton dan peminat e-Sports juga, PMCC berjaya menarik tontonan yang tinggi dan ia membuktikan bahawa minat terhadap e-Sports semakin meningkat, terutamanya yang bergelar pelajar.

Korang tak teringin ke nak menang duit sehebat RM18,000?!

IKLAN