Permainan ‘Fortnite’ Ajak Pemain Hancurkan Kaabah? Universiti Al-Azhar Beri Peringatan

Share

 

Pada masa kini, permainan video bukan sekadar dianggap sebagai hobi untuk meluangkan masa sengang. Ia juga telah diangkat menjadi sesuatu yang diambil lebih serius dan dijadikan karier yang boleh membawa pulangan serta pendapatan lumayan.

Industri permainan video kini dilaporkan bernilai ratusan juta Ringgit di seluruh dunia dan tidak menampakkan akan memperlahankan rentak popularitinya.

Namun di sebalik keghairahan bermain game, satu berita yang agak mendukacitakan umat Islam baru-baru ini telah melaporkan satu bentuk penghinaan oleh industri permainan video yang disasarkan kepada agama kita.

Universiti Al-Azhar, Mesir telah mengeluarkan peringatan berkenaan permainan video multiplayer popular, Fortnite yang kononnya mengajak para pemainnya menghancurkan kiblat masyarakat Islam iaitu Kaabah bagi membolehkan pemain maju ke peringkat seterusnya.

Peringatan tersebut dikeluarkan oleh Pengarah Pusat Antarabangsa untuk Fatwa Elektronik di Universiti Al-Azhar, Osama al-Hadidy setelah paparan itu mendapat perhatian para ahli hukum Islam. Ia diselar mereka sebagai tidak menghormati kepercayaan agama lain; terutamanya menjelang musim menunaikan ibadah Haji tidak lama lagi.

Memetik temubbual di program 90 Minutes di saluran Al-Mehwar, Lembaga Fatwa mengingatkan para pemain Fortnite atau mana-mana permainan video lain agar berjaga-jaga dengan isu sensitif seperti ini.

Walaupun sekadar dalam bentuk paparan pada skrin, tindakan ‘menghancurkan kaabah’ seperti ini mungkin sekali bertujuan untuk menghasut lebih banyak kebencian terhadap agama Islam dan tanpa kita sedari mengajak ke arah idealogi keganasan melampau.

Terdahulu, Universiti Al-Azhar pernah memberi amaran terhadap kesan permainan elektronik seperti PUBG kepada kanak-kanak berikutan kes kematian seorang pemain akibat menghabiskan berjam-jam menghadap permainan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN : Ulama Aceh Mahu Pemain PUBG Dihukum Sebat, Dianggap Telah Langgar Syariat Islam – REMAJA

Published by
Nana