Gandingan empat gadis remaja iaitu Alyssa Dezek, Ara Aziz, Qadejah, dan Cik B dalam projek single Raya Gen Z telah berjaya menambat hati ramai, terutama dalam kalangan remaja seusia mereka.
Melodi yang catchy dan lirik yang mencuit hati berjaya menarik perhatian ramai di media sosial.
Single ini bermula daripada idea spontan ketika mereka sedang menjalani penggambaran program terbitan Astro, Gerak Geri Gen Z di Istanbul, Turkiye, tahun lalu.
Siapa sangka, sedutan daripada lagu ini kini menjadi viral di media sosial, digunakan sebagai muzik latar oleh ramai pelayar media sosial.
Ads
Walaupun ini adalah kali pertama mereka digandingkan bersama, empat remaja yang popular di media sosial ini cepat membentuk keserasian dan kini bergelar sahabat karib.
Alyssa Dezek, yang merupakan penyanyi dengan pengalaman luas, berkongsi bahawa proses rakaman lagu Raya Gen Z berjalan dengan lancar.
Ads
“Lagu ini sebenarnya dihasilkan untuk berseronok.
“Kami tidak masuk kelas vokal. Ibu saya bimbing kami bawa lagu ini dengan gaya santai dan menghiburkan,” katanya ketika sidang media pelancaran lagu itu baru-baru ini.
Qadejah, yang juga anak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, mengakui bahawa dia tidak berbakat dalam bidang nyanyian, namun pengalaman menghasilkan lagu Raya Gen Z memberi pengalaman baharu yang tidak dijangka.
“Saya belajar banyak perkara dalam projek single ini. Kami tidak sangka single ‘Raya Gen Z’ tular.
“Kami terkejut kerana ramai pelayar gunakan lagu ini sebagai muzik latar, biarpun ketika itu, single ini belum dilancarkan secara rasmi,” katanya.
Cik B, yang turut menyumbang dalam bahagian rap lagu Raya Gen Z, berkata projek ini memberikan kenangan manis buatnya.
Ads
“Sekarang saya dapat kawan perempuan. Apabila tunjuk sifat kewanitaan, saya rasa sangat berbeza. Kami juga rapat hinggakan kumpulan WhatsApp tidak pernah ‘kering’.
“Ada sahaja perbualan antara kami setiap hari, tidak kisah topik apa sekalipun,” ujar anak kepada usahawan Datuk Seri Vida ini.
Ara Aziz, anak kepada pengarah tersohor Aziz M Osman, pula berkata dia sangat bersyukur kerana projek single ini mendapat sokongan padu daripada keluarga.
“Saya pernah terbabit dengan projek single sebelum ini, tetapi kali ini berbeza. Ibu adalah penerbit untuk lagu ini dan beliau pencetus idea.
“Ayah nasihatkan saya untuk teruskan sahaja dan abaikan mereka yang melempar kata buruk.
“Saya juga tidak mahu ambil peduli dengan sesiapa yang membenci,” kata Ara penuh bersemangat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Oktober merupakan bulan yang dinanti oleh si Coffee Lover seluruh dunia, mana tidaknya setiap 1 Oktober dah diiktiraf sebagai Hari Kopi Sedunia.
Malaysia juga tidak terkecuali! Ini 6 jenama yang turut tawar pelbagai diskaun. Tidak seperti hari lain, istimewa pada hari ini dan bulan Oktober sahaja okay. Korang berpeluang menghirup kopi pilihan dengan harga yang cukup murah serendah RM1. Wow!
Waktu ni la kita boleh berangan duduk di kedai kopi mahal dengan promosi-promosi yang terlajak murah sampai ke malam! Ini senarainya.
1. Starbucks
Menawarkan promosi kopi sepanjang hari, setiap jam dibahagikan dengan kopi-kopi signature mereka. Jom lepak Starbucks guys!
2. San Francisco Coffee
Bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari, pelanggan boleh menikmati kopi dengan RM1 dan RM5 untuk sepanjang hari ini.
3. The Coffee Bean & Tea Leaf
Rupanya Coffee Bean dah start awal promosi sempena Hari Kopi Sedunia ini. Di Coffee Bean, boleh menikmati kopi serendah RM2 sahaja! Memang murah sangatlah.
4. Tealive
Jenama kegemaran ramai ini menawarkan promosi kopi luar biasa daripada pesaingnya yang lain. Sepanjang Oktober ini, pelanggan Tealive boleh menikmati kopi terbaik mereka dengan harga cuma RM5 bermula waktu pagi sehingga jam 3 petang. Sepanjang Oktober ye kengkawan!
5. Burger King
Menawarkan kopi PERCUMA sepanjang 1 Oktober ini, tak perlu beli apa-apa di Burger King. Pergi sahaja ke mana-mana cawangan Burger King dan redeem kopi anda. Free beb!
6. McDonald’s
Selain terkenal dengan menu-menu sarapan yang pelbagai, kini boleh dapatkan promosi kopi Latte ais McDonald’s dengan harga RM1.99 sepanjang hari ini. Memang berbaloi.
Jadi coffee lover, apa tunggu lagi. Lets nikmati kopi dengan harga-harga menarik hari ini. Pilih sahaja jenama mana yang berkenan. Bukan selalu nak dapat harga murah macam ni beb.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Catatan ‘undur diri’ di akaun Instagram salah seorang peserta Pencarian Dewi Remaja 2018/2019 menimbulkan tanda tanya pada hari ini.
Aween Ismail, 20, merupakan antara peserta yang menonjol sepanjang tayangan 3 episod program Dewi Remaja. Namun, status yang dimuat naik olehnya melalui Insta Story hari ini melihatkan dirinya perlu menjalani pembedahan.
Apa yang terjadi sebenarnya?
“Kesihatan Aween mula terganggu sejak hujung minggu lepas, sewaktu Aween terlibat dengan penggambaran Dewi Remaja. Pada mulanya, badan rasa tak sedap seperti ingin demam panas. Selepas berehat, ia tak juga reda-reda apabila Aween mula menggigil dan merasa sejuk. Ada juga rasa loya dan nak muntah.
“Aween rasakan ini bukan demam biasa-biasa dan paksa diri pergi mendapatkan rawatan pada hari Sabtu. Doktor di klinik terus merujuk kepada hospital terdekat. Aween ditahan di wad dan disahkan apendiks tahap awal.
“Mahu atau tidak, Aween perlu jalani juga prosedur pembedahan membuang apendiks,” kata peserta yang berasal dari Kelantan tetapi menetap di Rawang itu.
Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar dan dirinya kini berada dalam keadaan stabil di bawah penjagaan keluarga serta doktor. Namun, disebabkan kondisi tersebut, Aween tidak mampu untuk meneruskan perjalanannya di dalam Pencarian Dewi Remaja 2018/2019 sementelah dirinya perlu menjalani proses recovery sepanjang sesi penggambaran episod minggu ini dan minggu-minggu yang mendatang.
“Aween percaya rezeki Allah itu luas dan semua ini sudah tercatat dalam buku hidup. Sedih itu tentulah ada kerana dalam masa dua bulan saja, Aween dapat kenali 11 orang finalis lain.
“Banyak perkara yang Aween pelajari setiap kali task baru diberi. Tetapi paling utama adalah Aween belajar erti berkawan dan bekerjasama.
“Susah senang, kami 12 orang akan selalu bersama,” katanya yang juga berkhidmat sebagai seorang konsultan kecantikan.
So, what is next for Aween?
“InsyaAllah, Aween fokus pada diri sendiri dahulu supaya dapat sihat sepenuhnya. Kemudian barulah Aween akan aktif untuk cuba menempah tempat di dalam industri.”
Bagi pihak produksi pula, produser Salina Suhaimi menyifatkan situasi ini sebagai sesuatu yang mengejutkan tetapi mereka bersedia untuk berhadapan dengannya.
“Kesihatan finalis menjadi keutamaan kami. Selepas disahkan Aween perlu menjalani rawatan dan berehat atas nasihat doktor, kami lakukan perbincangan tertutup bersama peserta dan keluarganya. Keputusan untuk berundur ini dilakukan atas faktor kesihatannya walaupun kami turut merasa terkilan,” kata beliau.
Editor REMAJA iaitu FZ Aimman yang mewakili pihak penganjur pula merasakan perjalanan Aween sebagai pelapis industri tidak akan terhenti di sini walaupun perlu berundur diri. “Dia merupakan antara peserta yang sedari awal sudah menyerlahkan potensi melalui Dewi Remaja.
“Berbekalkan bakat, personaliti mudah mesra dan semangat tinggi, Aween juga merupakan antara yang konsisten. InsyaAllah, dia mampu pergi jauh dengan usaha berterusan.”
Syafakallah kami ucapkan kepada Aween Ismail. Bagi penyokong Aween, jangan lupa menonton beberapa lagi buah episod Dewi Remaja 2018/2019 yang melibatkannya okay!
Nanti episod keempat pada Ahad ini (16 Disember) jam 10.30 malam di saluran Astro RIA (104) dan RIA HD (123). Kemudian, ikuti LIVE Instagram dan Facebook di akaun @majalahremaja pada jam 11.30 malam.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai pelajar universiti bergantung kepada ibu bapa sebagai sumber kewangan untuk biaya semasa di kampus. Jika mak ayah mampu, anak tidak akan membuat sebarang pinjaman pelajaran tetapi kalau biasa-biasa, ramai yang bergantung kepada pinjaman PTPTN yang menjadi keluhan sebaik tamat belajar.
Masa dapat duit, ramai yang seronok. Beli macam-macam tetapi bila perlu bayar semula, ramai yang mengeluh kerana tak mampu.
Sebenarnya, tak perlu pun bergantung kepada pinjaman kalau bijak membuat keputusan dalam hidup. Inilah cuba dikongsikan seorang pelajar universiti tempatan bagaimana pada usianya 21 tahun, dia sudah ada lima akaun berbeza termasuk simpanan tetap.
Via Giphy
Apa yang dijualnya? Bagaimana dia boleh untung ribu-ribu setiap bulan? Baca bagaimana Muhammad Akmal Zakir Husein membina rangkaian dengan pelajar universiti lain di seluruh negara dengan satu produk sahaja.
Kalau pelajar lain menganggap bawa kereta Myvi atau Viva sudah cukup, kata Akmal, dengan bisnes diceburinya, dia mampu membayar bulanannya. Tapi dia ada misi lebih dari itu, mahu kereta yang hebat pada usia mudanya. Bukan untuk bergaya tetapi untuk kemudahan perjalanannya ke seluruh pelusuk negara.
Tak la sampai beli kereta jenis ini. Tapi tetap kereta import – via giphy
Kata Akmal, zaman belajar bukan setakat genggam ijazah, tapi zaman buat duit! Ini pandangan pelajar tahun dua Jabatan Dakwah & Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini.
Mungkin pandangannya tak sama dengan pelajar universiti lain tapi baca dengan teliti apa yang dia cuba sampaikan. Banyak betul dari kata-katanya cuma kebanyakan pelajar universiti tidak bersikap positif dan masih memikirkan genggam segulung ijazah itu lagi penting.
Akmal bukan saja bijak mencari duit malah bijak juga belajar kerana dia baru saja menerima Anugerah Dekan dalam satu majlis di universiti baru-baru ini.
“Saya hanya dua beradik saja. Mak ayah saya bekerja sebagai guru. Saya tak ambil apa-apa pun pinjaman pelajaran. Ikutkan, saya sudah selesa dengan sejumlah itu, tapi saya ada pandangan lebih jauh tentang kehidupan,’ katanya memulakan bicara.
Akmal seorang yang cukup positif
Kata Akmal, kalau pelajar berusaha, mereka pasti menggenggam segulung ijazah. Ketika majlis konvokesyen, kita tersenyum riang kerana penat lelah nampak hasilnya. Tapi itu realiti zaman belajar, bagaimana selepas itu? Soalnya.
Sebagai seorang yang sangat positif, kata Akmal, selepas dua minggu pendaftaran di universiti, dia sudah tahu apa dia patut lakukan.
“Saya pergi ke Nilai Properties Realty Sdn Bhd. Saya nyatakan minat saya dan alhamdulillah saya diterima menjadi agen jualan. Bila masuk bidang jualan hartanah, kebanyakan pelanggan saya berusia 40 tahun ke atas. Mereka mahu beli rumah bernilai RM450,000 sebagai mana harga pasaran hari ini. Tapi komitmen lain yang banyak membuatkan puluhan client tak lepas mendapat pinjaman bank.
“Dari sini saya terfikir, kalau gaji RM8000 pun tak lepas beli rumah, saya yang sedang belajar dan bakal graduate perlu gaji berapa pula untuk beli rumah?. Inilah realiti ramai pelajar tak nampak. Mereka tahu tapi sengaja buat tak ambil kisah kerana anggap masa belajar perlu belajar bersungguh-sungguh.
“Saya boleh grade, ramai boleh grade. Tapi apa kami dapat selepas kehidupan dunia belajar. Bagi saya, persediaan awal ini penting. Sebab itu, saya banyak bergaul dengan tokoh-tokoh korporat untuk belajar bagaimana mereka yang bergaji besar pun sanggup menjual produk ini,’ katanya memaklumkan, bila bergaul dengan orang positif, fikiran juga akan jadi positif.
Apa bisnes yang Akmal ceburi? Pada usianya, dia jadi agen hartanah. Komisen juga lebat, belas ribu pernah masuk. Dia juga menjual sistem dalam dunia teknologi, Comscoms kepada mana-mana individu yang mahu perkhidmatan tersebut.
via giphy
Akmal juga menjaga 20 ruang pejabat yang mana dia diberi kepercayaan menguruskannya. Tengok bagaimana dia merencana kehidupannya. Dan akhir sekali dia terlibat dalam bisnes direct selling, Amway dengan hanya menjual ubat gigi sahaja. Ada lagi produk lain tetapi ubat gigi paling mudah dijual kerana clientnya pelajar universiti. Lagipun ubat gigi menjadi kegunaan harian dan produk ini wajib ada bagi setiap orang.
Kata Akmal, buat apa mereka bazirkan RM10 sebulan beli ubat gigi lain kalau produk dijualnya boleh tahan untuk setahun dengan harga RM29.00 sahaja. sudah jauh lebih menjimatkan untuk para pelajar.
“Saya jual produk yang orang mampu, pakai hari-hari dan paling penting jimat. Itu paling utama sebab pelajar tidak punya wang banyak seperti orang bekerja,”katanya ketika ditemui di universiti tempatnya belajar.
Disebabkan bisnes minded, jualannnya kencang dan ramai pelajar universiti luar berada di bawah rangkaian dibinanya.
Tahu pelajar tak punya duit banyak mana, kata Akmal, dia keluarkan dulu duitnya sebagai modal permulaan. Dia topkan dan bila mereka dah berjaya, dia dapat balik modal pusingan tersebut. Dengan duit itu juga, Akmal bantu pelajar lain pula yang ingin terlibat dalam perniagaan ini tetapi tak ada duit atau modal pusingan.
Tengok bagaimana dia membina rangkaian bisnesnya. Tak hairanlah dia ada lima akuan termasuk simpanan yang memang tak diusik langsung.
Suka memandang kehidupan dari sudut lebih jauh, kata Akmal, mak ayahnya memang tak setuju pun dia buat sebelum ini. Kata mereka, belajar lebih penting, sinikal sama seperti pandangan orang lain. Tapi kata Akmal, dia lebih tahu apa yang dia impikan.
via giphy
Dalam diam, kata Akmal dia buat sungguh-sungguh. Untuk tempoh dua bulan pertama buat bisnes, sudah nampak kejayaannya. Bila tengok dia boleh berjaya baik dalam pelajaran mahupun bisnes, mak ayahnya beri restu. Lebih best, kedua-duanya turut berdaftar sebagai wakil jualan dan peroleh komisen dari usahanya.
“Kita harus ada impian yang lebih besar dalam hidup. Saya juga begitu. Saya mengkaji bagaimana orang kaya boleh berjaya. Biasanya kekayaan timbul kerana mereka bijak merancang. Orang kaya membina rangkaian dan rangkaian itulah digunakan oleh orang biasa-biasa seperti kita. Saya juga sedang memikirkan masa depan saya untuk tempoh beberapa tahun akan datang. Semoga Allah beri peluang itu untuknya.
Tinggal dan bekerja di luar negara adalah impiannya pada masa akan datang – via giphy
Seperti mana katanya, hidup perlu positif. Berkawan juga mesti dengan orang positif. Peluang memang banyak cuma mahu rebut atau tidak. Sebab itulah, kata Akmal, dia tidak boleh memaksa kawan-kawan mengikut jejaknya.
“Siapa yang nampak boleh tahu dan ikut. Saya lebih pentingkan kehidupan selepas habis belajar. Ini peluang yang harus kita ambil dan rebut. Jangan kata bangsa lain berjaya kerana mereka tahu buat bisnes tetapi bangsa Melayu juga bijak jika tahu ambil peluang itu,” katanya.
Lepas baca kisah Akmal ini, harap-harap ada ramai pelajar universiti yang positif sepertinya.
TONTON VIDEO PENUH PANDANGAN PELAJAR INI.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang masih ingat lagi kisah tular seorang nenek membaca surah Yasin dan berzikir sambil menunggu cucunya yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...