Pingat gangsa dan pingat sulung Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 yang dihadiahkan oleh Aaron Chia dan Soh Wooi Yik semalam menerusi acara badminton beregu lelaki masih menjadi perkhabaran membanggakan buat seluruh rakyat Malaysia setelah mereka mengenepikan beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dengan kutipan mata 16-21, 22-20 dan 21-19.
Mereka sekaligus mempertahankan pingat gangsa yang pernah mereka menangi semasa Sukan Olimpik Tokyo 2020, tiga tahun lalu.
Namun di sebalik kemenangan itu, masih ada segelintir wargamaya yang memperkecilkan kejayaan mereka gara-gara kilauan pingat gangsa yang dimiliki.
Meninjau hantaran video yang dimuat naik di akaun REMAJA, antara yang mempertikaikan sokongan rakyat Malaysia buat Aaron Chia-Soh Wooi Yik berbunyi sedemikian:
“Gangsa je pun.” – Az Wan (FB)
“Pingat gangsa berlambak dah Malaysia dapat. Chong Wei pun tiga kali dapat pingat perak. Maknanya Malaysia ini tak ada kemajuan lagi lah dalam bidang sukan. Pengulas macam keluar t**i mengulasnya ingatkan pingat emas.” – Mjan Jan Mjan Jan (FB)
Kritikan yang dilemparkan itu bagaimanapun tidak dihiraukan oleh wargamaya lain. Malah, mereka ‘membantai’ mereka semula demi mempertahankan Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
“Aduhh… Ini lagi se**r. Tak ada semangat jati diri untuk support buat wira badminton negara. Gangsa pun dah cukup M*****k ooii. Mereka berdua dah buat yang terbaik untuk rakyat Malaysia kita semua okay. Penat hang ni…” – Mat Bistaman Nor (FB)
“Gangsa dia boleh dapat pangkat Dato & duit hang tau x? Sukan peringkat Olimpik kot bukan peringkat sekolah.” – AsyieQin Latif (FB)
“Next Olimpik awak main pulak yer CARI emas untuk Malaysia.” – Gee Nur Fauziah (FB)
“Makcik dah umur 55 tahun. Sangat berbangga tengok atlet-atlet Malaysia. Kalah ke, menang ke; mereka telah membuat yang terbaik. Syabas kepada semua atlet. Setidak-tidaknya nama Malaysia disebut oleh para pengulas.” – Aima Sharima (FB)
“Penduduk gua punya orang. Gangsa Olimpik 10 kali lebih bernilai daripada emas terbuka lain-lain.” – Edie Yet (FB)
*
Tidak kiralah apa jua warna pingat yang dibawa pulang oleh kontinjen Malaysia, ayuhlah kita setia berdiri di belakang mereka dan teruskan sokongan.
Bukan senang tau nak layak ke peringkat Sukan Olimpik, apatah lagi membawa pulang pingat!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.