Berani kerana benar, takut kerana salah
Model of The Year 2016, Bella Hadid antara figura terkenal yang tidak pernah gentar menyuarakan pendapat dan sokongannya terhadap negara Palestin yang kian hari hidup di bawah penindasan pihak Israel.
Model terkenal itu turut pernah mendedahkan seluruh ahli keluarganya sedang hidup dalam situasi tegang kerana menerima ratusan ugutan bunuh selepas kakaknya, Gigi Hadid juga mengutuk serangan Israel terhadap Palestin.
ARTIKEL BERKAITAN: Teruk Dikecam Kerana ‘Buka Mulut’ Isu Palestin, Gigi Hadid Tidak Kisah Lantang Bersuara
Terbaru, Bella Hadid atau nama sebenarnya Isabella Khairiah Hadid didakwa ‘digugurkan’ dari kempen jenama fesyen mewah, Dior dan digantikan dengan model Israel, May Tager.
Khabar angin pemecatan model berusia 27 tahun itu semakin tersebar selepas model Israel, May Tager muncul dalam iklan minyak wangi La Collection Privee terbaru Dior.
View this post on Instagram
Maka dari insiden tersebut, keputusan menggantikan jawatan Bella Hadid dilihat sebagai bentuk sokongan Dior kepada Israel. OMG….DISLIKE DIOR DISLIKE!
Situasi menjadi makin hangat apabila hashtag #BoycottDior tular di aplikasi X.
View this post on Instagram
Ads
“Keputusan yang paling melampau sekali dari Dior. Saya akan menilai semula pembelian barang mewah dan kosmetik saya. Harap ramai yang turut ikut memboikot jenama pro-Israel ini!,” tulis seorang pengguna.
“Boikot setiap jenama di bawah LVMH,” tulis pengguna lain X.
“Nampaknya Dior berada di pihak yang menindas dan setuju dengan tindakan zalim pihak Israel selama ini,” tulis seorang lagi.
Bagaimanapun, belum ada kenyataan rasmi daripada Dior berhubung berita penggantian model Bella Hadid dengan May Tager.
Buat makluman, Bella Hadid telah menjadi duta jenama Dior sejak 2016 dan membintangi pelbagai jenis kempen promosi oleh jenama terkenal tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO/ARTIKEL: Instagram Bella Hadid, Dior
Ads
Ads