Spatula Makin Popular Gantikan Berus Mekap Dan Span, Tren K-Beauty Ini Hasilkan ‘Foundation’ Terbaik?

Share

Bedak asas atau lebih dikenali sebagai foundation merupakan salah satu produk mekap paling penting bagi setiap gadis. Selain menutup kesan jerawat dan parut pada wajah, foundation juga berfungsi melindungi kulit kamu daripada sinaran cahaya matahari yang boleh menjadikan kulit lebih gelap.

ARTIKEL BERKAITAN : Girls! Banggalah Dengan Warna Kulit Sendiri Dengan Memilih Tona Foundation Betul

Seringkali kita lihat betapa mulus, cerah dan bersihnya kulit wajah gadis-gadis di Korea Selatan apabila kita menonton penyanyi dan pelakon dari sana. Actually

, jika kamu bijak mengenakan foundation, ia akan mempunyai efek semulajadi bak kulit-kulit porcelin selebriti K-Drama.

Terkini, satu lagi teknik K-Beauty semakin ppopular di sana. Mereka kita tidak lagi menggunakan berus ataupun span mekap bagi meratakan foundation. Sebaliknya, mereka menggunakan spatula khas! Teknik ini khabarnya sedang menjadi ikutan beauty influencer kerana ia menghasilkan solekan yang paling minimal dan kelihatan semulajadi.

Spatula sebenarnya tidak asing dalam dunia mekap tapi lebih popular dalam kalangan jurusolek profesional. Ia biasa digunakan untuk mencalit dan mencampurkan beberapa produk secara bersih dan terhindar daripada bakteria.

Sapuan spatula juga dikatakan lebih nipis dan menyeluruh. Apa yang perlu korang lakukan hanyalah meletakkan sedikit foundation di belakang tangan. Kemudian, sapu tipis pada hujung spatula dan perlahan-lahan leret foundation pada wajah.

 

Agar foundation lebih kemas, korang masih memerlukan span dan dab foundation pada kulit. Ternyata, hasilnya seolah-olah seperti hasil mekap kerja tangan jurusolek Korea Selatan!

Tapi ingat, trik utama untuk mendapatkan calitan terbaik adalah dengan memastikan kalau tona foundation yang dipilih serasi dengan warna kulit.

Selamat mencuba…

BACA LAGI : Rutin Mudah Dapat Kulit ‘Korean Glass’, Hanya Guna Bahan Semulajadi

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana