Masyarakat Malaysia memang dah terbiasa dengan minuman berkafein dalam kehidupan seharian. Mana tidaknya, pagi-pagi dah order kopi ais dekat mamak dan cafe.
Betul tak?
Namun, pengambilan kopi terutama 3 in1 misalnya tidak elok untuk kesihatan di sebabkan kandungan gula yang agak tinggi.
ARTIKEL BERKAITAN : Dietitian Kongsi Kandungan Kalori & Gula Dalam Minuman 3 In 1, Pilih Dulu Sebelum Minum
Jika korang antara ‘hantu’ kopi, jangan bimbang ada cara untuk menggantikan gula di dalam kopi. Yang penting tip ini menggunakan bahan yang lebih sihat. Berikut kami senaraikan 9 jenis pemanis yang boleh digantikan dalam minuman kopi korang.
Korang harus cuba menambah ekstrak vanilla ke dalam kopi! Walaupun kurang memberi kesan manis dalam minuman, ianya boleh menghasilkan aroma dan rasa lebih kaya
Selalunya madu sering dicampurkan ke dalam teh, tapi ianya boleh juga diletakkan di dalam kopi. Walaupun ianya manis dan berkrim, tapi madu lebih baik berbanding gula putih di pasaran kerana mempunyai antioksidan.
Walaupun agak mahal, namun khasiatnya seiring dengan harganya. Hanya campurkan sedikit coklat gelap dalam kopi (selalunya untuk latte), ianya akan mencair dan memberi rasa serta aroma menyelerakan. Recomended!
Kurma dalam kopi? Jarang dengar, kan? Dikenali sebagai pemanis semula jadi, jangan pula diletak sebiji buah kurma ke dalam kopi. Pes kurma sangat mudah dibuat sebelum dicampurkan ke dalam minuman. Hanya kisar buah kurma bersama sedikit air, siap!
Stevia ini kelihatan seperti gula, namun rasanya lebih manis. Ia tidak mempunyai kalori dan pastikan anda ketahui amaun sebenar kerana stevia ini sangat manis, cukup hanya beberapa taburan dalam minuman.
Alternatif lain untuk menggantikan kreamer adalah dengan menggunakan santan. Santan dikatakan mempunyai lemak sihat dan potassium.
Kayu manis sering ditabur di atas kopi latte sebagai perhiasan, tapi tahukah anda menggantikan gula dengan kayu manis dapat meningkatkan metabolisma tubuh dan mengurangkan keradangan perut? Namun, harus berhati hati dalam membeli, kerana mungkin anda tersalah beli jenis sebenar kayu manis ini!
Susu badam dikatakan mempunyai lebih kalsium dan kurang lemak berbanding susu lembu. Namun, jika anda tidak menggemari rasa lemak susu badam, anda juga boleh menggantikannya dengan susu kacang atau susu pisang.
Jika anda pernah makan pagi di gerai atau warung kopi, anda mesti pernah melihat pakcik-pakcik meletakkan mentega ke dalam kopi mereka. Mentega dalam kopi dapat meningkatkan metabolisma dan tenaga anda. Harus cuba!
Tak salah mencuba, mana tahu boleh jadi favorite pula. Kan dah sihat!
BACA LAGI : Kopi Latte ‘Ala Kampung’ Terpaling Kaw, Memang Senang Nak Buat!
Sumber: semuanyajdt.com
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.