Gara-Gara Diabetes, Gadis Ini Derita Pendarahan Dalam Mata & Buah Pinggang Bocor

Share

Ramai yang menyangka bila umur masih muda ni, tahap kesihatan tubuh badan kita semuanya baik-baik saja dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan.

Nah guys, jangan fikir korang masih muda tahap kesihatan tu sentiasa baik. Bila sakit sikit mulalah tak mahu dipedulikan dan ambil mudah.

Seperti yang berlaku pada Cik Sidah menerusi perkongsiannya di Facebook, disebabkan penyakit diabetes, daripada dia boleh bekerja sampai tak boleh bekerja dan daripada boleh bawa motor, sekarang dah tak boleh bawa motor. Semuanya gara-gara sikap kedegilan diri sendiri.

Untuk memberi kesedaran dan pengajaran buat golongan remaja semua, gadis ini berkongsi cerita tentang tahap kesihatan matanya yang menjadi agak teruk kerana sikap sambil lewanya untuk tidak mengambil serius tentang masalah kesihatan yang dihadapinya.

Jom kita ikuti kisah gadis ini.

Punca masalah mata

Bermula tahun 2012 pergi klinik atas masalah lain tapi doktor menjelaskan bahawa tekanan darah dan bacaan gula gadis ini sangat tinggi. 19 untuk bacaan gula time tu. Selepas itu, dia dirujuk ke klinik kesihatan dan membuat follow up untuk beberapa tahun.

Tapi nak dijadikan cerita, punca masalah mata ni terjadi bila Saidah tertinggal satu follow up.

“Saya tertinggal satu follow up. Saya buat tak tau. Nanti la pergi balik.” “Nanti la.. Esok la..” Tup-tup ubah pun dah habis tapi masih tak pergi klinik lagi untuk sambung follow up. Time tu cakap dengan diri sendiri tak ada apa-apa la tak makan ubat, muda dan sihat lagi ni.

Berdegil walaupun beberapa kali nurse dari klinik dah call tapi jawapannya tetap sama, “Okay nanti saya datang”. Tapi tak pergi pun.

Mata makin jadi teruk

2 tahun lebih gadis ini meninggalkan ubat tanpa membuat follow up dengan doktor

Hint pertama matanya jadi silau. Masih buat tak tahu lagi disebabkan dia masih boleh berjalan, bergerak, ketawa, bekerja dan menulis. Semua boleh buat.

Barulah gadis ini terkedu.

Hint kedua dah teruk kalau ikutkan. Timbul satu tompok/bebenang di mata. Benda tu bergerak sekali masa mata kita bergerak. Tapi cuma sikit dan cepat hilang. Okay dia buat tak tahu lagi.

Sehinggalah ada timbul tompok/bebenang dekat mata sebelah lagi. Kali ni penglihatan jadi terganggu sebab benda tu besar sikit.

Bila dia pergi check mata untuk membuat cermin mata, seorang dari staff kedai spec tersebut memberitahu bahawa matanya ada pendarahan dalam mata.
Selepas diperiksa di hospital, doktor mengesahkan kedua-dua matanya mempunyai pendarahan dalam mata dan disebabkan itu ia menjadi kabur.

Walaupun sudah melalui rawatan laser untuk kedua-dua belah mata, namun masih tidak ada kesan positif. Mata makin kabur sampailah tahap sebelah kiri dah ganggu titik peka dan tak nampak. Sekarang ni sebelah kanan pun makin kabur.

Beberapa ujian darah telah dibuat dan doktor memberitahu kesan dari penyakit kencing manis Sidah, sekarang ni macam menyebabkan buah pinggangnya bocor. Tapi alhamdulillah tak teruk dan doktor masih boleh beri ubat untuk rawatan.

Sekarang ni khabarnya mata dah tarik saraf dan masih belum ada solution yang pasti dari doktor.

Ada yang tanya gadis ini masih ada peluang untuk baik seperti dulu? Jawapan doktor, “Untuk pulih mcam dulu tak boleh dah tapi boleh berusaha lagi”

Ya, tapi itu kata doktor. Selagi boleh berusaha, kita kena ikhtiar kan?

Moral dari kisah ini, tak kiralah muda atau tua, jaga pemakanan dan kesihatan korang. Jangan main-main dengan diabetes kerana ia boleh menyerang hampir keseluruhan anggotan badan kita.

Jadikan kisah gadis ini sebagai pengajaran dan mari kita sama-sama doakan agar kesihatan Sidah kembali baik seperti dahulu.

InsyaAllah!

Published by
Noor Ain Norman