Mungkin ramai yang tidak menyedari negara Turki kini sedang “bergelut” mengeluarkan diri dari krisis ekonomi yang menyaksikan mata wang lira jatuh ke tahap paling rendah iaitu RM0.59 sen untuk 1 Lira Turki. (katanya hari ini sudah naik ke RM0.80)

Mungkin kerana jauh dari Malaysia, tidak peduli, tidak prihatin, tidak melibatkan negara sendiri tetapi sebelum kita berfikir lebih jauh, ada sebab kenapa sebagai umat Islam kita harus membantu jihad ekonomi ke atas Turki.

Untuk pengetahuan korang, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdargon adalah pemimpan Islam pertama yang menempelak keputusan Donald Trump ketika Presiden Amerika itu mahu memindahkan ibu kota Tel Aviv ke Baitulmuqaddis, yang merupakan hak milik Palestin.

Beliau menelefon ramai pemimpim Islam dunia lain dan berkata tindakan Amerika itu sudah melampaui batas bagi umat Islam. Kesannya umat Islam bangkit menentang keputusan ini.

Selain itu, beliau adalah pemimpin Islam yang paling berani bersuara keras dalam mengutuk serangan ganas Israel. Bahkan beliaulah satu-satunya pemimpin yang paling digeruni oleh pihak haluan kiri dan sekular kerana sikap tegas beliau untuk menegakkan nilai Islam kembali di Turki. Kesan dari keberaniannya itu, Presiden Turki ini mungkin tidak digemari oleh Amerika dan sekutunya.

Gara-Gara Enggan Pulangkan Seorang Perisik, Ini Sebab Kenapa Amerika Jahanamkan Ekonomi Turki

Ads

Apa kaitan kejatuhan ekonomi Turki dengan Amerika? Apa jihad ekonomi kita dalam membantu negara Islam ini pula?

Untuk makluman, Amerika adalah PUNCA kepada kejatuhan ekonomi Turki. Ini kerana Amerika telah menaikkan cukai terlampau tinggi, lebih 200 peratus khususnya kepada barangan besi keluli yang menjadi nadi kepada ekonomi Turki kerana keengganan Turki memenuhi permintaan Amerika yang mahu rakyatnya dipulangkan.

Tapi ada satu hal yang patut digerunkan oleh umat Islam, jika Turki tumbang dan negaranya lumpuh, maka TUMBANGLAH BENTENG ISLAM DI NEGARA EROPAH!

Baca sebab kenapa Amerika beriya-iya hendak menumbangkan Turki. PUNCANYA hanya seorang iaitu keengganna Turki mengikut telunjuk Amerika yang mahu negara itu memulangkan seorang perisiknya yang menyamar sebagai paderi di Turki.

Ads

Baca tulisan ditulis oleh Mehmet Izusin Gul, rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Ayah dan sudah lebih 10 tahun tinggal di negara Turki.

Saksikan juga  bagaimana rakyat Turki tanpa takut membakar mata wang Amerika sebagai satu sokongan. Mereka juga tidak kisah memecahkan iPhone yang dibuat dari negara Uncle Sam itu. Sebagai umat Islam, kita mungkin tidak mampu melawan menggunakan senjata tetapi doa adalah yang terbaik selain bagi yang berkemampuan, bantulah dari segi jihad ekonomi dengan membeli mata wang Lira dan simpan sebagai langkah menyelamatkan ekonomi Turki.

 

Ads

Video yang menerangkan sumbangan negara-negara lain untuk membantu Turki.

Posted by Mehmet İzudin Gül on Sunday, 19 August 2018

Mehmet İzudin Gül.
Eyüp Mahallesi, İstanbul, Turki.


 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI