Isu minyak nampaknya masih tetap dibahaskan kerana kenaikan secara konsisten pada setiap minggu seakan memberi kesulitan buat penduduk dunia. Salah satu faktornya disebabkan oleh peperangan di antara Rusia-Ukraine yang sudah berlarutan lebih satu bulan.
ARTIKEL BERKAITAN :Kenapa Harga Minyak Makin Naik? Ini Penjelasan Sebenar Tentang Sektor Minyak Dan Gas Di Malaysia
Ramai yang mengeluh, stress dan tak kurang juga ada yang sudah reda dengan perkara ini. Pelbagai bahan bakar alternatif sedang diuji kaji oleh seluruh dunia bagi membendung masalah kenaikkan harga petrol itu.
Malah, satu pesawat Airbus A380 telah berjaya melengkapkan penerbangan percubaan menggunakan altenatif minyak masak sebagai bahan bakar. Pesawat ujian itu berlepas dari Lapangan Terbang Blagnac di Toulouse menuju ke ibu pejabat Airbus Perancis selama tiga jam penerbangan pada 25 Mac lalu.
Malah, satu pesawat Airbus A380 telah berjaya melengkapkan penerbangan percubaan menggunakan altenatif minyak masak sebagai bahan bakar. Pesawat ujian itu berlepas dari Lapangan Terbang Blagnac di Toulouse menuju ke ibu pejabat Airbus Perancis selama tiga jam penerbangan pada 25 Mac lalu.
Minyak masak terpakai dan sisa lemak
Rupanya ada juga kegunaan minyak masak terpakai dan sisa lemak, mengikut laporan Pesawat Airbus A380 yang menggunakan enjin Rolls-Royce Trent 900 itu dikuasakan dengan Bahan Api Penerbangan Lestari (Sustainable Aviation Fuel) SAF yang kebanyakannya diperbuat daripada dua bahan terpakai diatas.
Menerusi kenyataan rasmi Airbus, ini adalah pesawat Airbus ketiga yang terbang menggunakan 100% SAF dalam tempoh 12 bulan, yang pertama ialah Airbus A350 pada Mac 2021 diikuti oleh pesawat lorong-tunggal A319neo pada Oktober 2021.
Tambahan pula, Airbus komited dalam meningkatkan penggunaan SAF kekal sebagai laluan utama untuk mencapai cita-cita industri bagi pelepasan karbon bersih-sifar menjelang 2050 nanti.
Semua pesawat Airbus pada masa ini diperakui untuk terbang dengan menggunakan campuran sehingga 50% SAF dicampur dengan minyak tanah.
Selain itu, Airbus akan melaksanakan pelbagai lagi siri percubaan bagi memenuhi matlamatnya untuk mencapai pensijilan 100% SAF menjelang akhir dekad ini.
Mungkin dimasa akan datang, bahan bakar kereta sepeti petrol akan ditukar sepenuhnya dengan minyak masak ini? Tak mustahil kan?
***
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : 1