Gara-Gara Kawasan Baharu PKP Ditambah, Warganet Naik Bengang Sebab…

Share

Heboh di media sosial baru-baru ini tentang pengumuman PKP di beberapa kawasan daerah Selangor yang bermula hari ini 6 Mei hingga 17 Mei, ramai warga netizen yang tidak berpuas hati kerana pengumuman baru daripada MKN (Majlis Keselamatan Negara) ini.

Terkini, antara beberapa kawasan PKP baharu yang telah diumumkan adalah di daerah Johor Bahru, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mukim Taiping dan juga daerah Besut, Terengganu. Apa yang membuatkan warga netizen berasa marah adalah mengapa PKP tidak diumumkan secara serentak, dan ada juga yang berkongsikan kesedihan mereka kerana tidak dapat beraya bersama keluarga akibat pengumuman baharu PKP ini.

Bukan itu sahaja, mereka juga berkongsi rasa marah mereka kerana pengumuman yang dilakukan itu dalam jangka masa yang pendek dan mereka tidak dapat melakukan persediaan dengan lebih awal, bagi mereka yang ingin merentas daerah sebelum bermulanya PKP 3.0

Selain daripada adanya warga netizen yang naik bengang kerana PKP diumumkan secara tiba-tiba pada malam semalam, ada juga yang merasakan PKP di Selangor harus lebih panjang berbanding Kuala Lumpur kerana Selangor mempunyai kes yang lebih tinggi daripada Kuala Lumpur. Ada juga diantara warga net yang berkongsikan kesedihan mereka kerana tidak dapat berkumpul bersama keluarga.

Namun, ada juga warga netizen yang bersetuju jika PKP dikenakan di seluruh kawasan dan negeri seperti PKP 1.0 demi membendung penularan wabak penyakit Covid-19. Apa pun, korang setuju ke dengan PKP yang ditambah secara tiba-tiba semalam ni?

Published by
Sherfiqa Ermelia Marlyn