Gara-Gara Khidmat Jurunikah Tak Bertauliah, ‘100 Pasangan’ Di Selangor Diminta Tampil

Share

 

Perkara ijab kabul bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. 

 

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung, pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga dibenarkan melakukan akad nikah secara atas talian.

Bagaimanapun, hal ini mungkin terhad kepada pasangan yang sudah menyediakan segala persiapan dan hanya menunggu tarikh nikah sahaja. Bagi mereka yang belum mengikuti kursus kahwin, mereka tidak dibenarkan untuk melangsungkan pernikahan.

Namun baru-baru ini menurut laporan Sinar Harian, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membongkarkan lebih 100 pasangan telah bernikah menggunakan khidmat jurunikah tidak bertauliah sejak sebulan yang lalu.

Hal ini terbongkar selepas penahanan seorang bekas kakitangan awam di Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS.

Sekiranya pernikahan mereka ini didapati tidak sah, mereka perlu melakukan proses selanjutnya sama ada bernikah semula atau perlu mengambil tindakan lain.

Kalau mahkamah syariah mendapati pernikahan itu sah, pasangan terbabit perlu mendaftarkan perkahwinan dan membayar denda, jika tidak sah, perkahwinan itu terbatal. – Kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Untuk menentukan sama ada pernikahan para pasangan tersebut sah dari segi syarak atau pun tidak, mereka diminta untuk tidak takut tampil ke JAIS demi membantu siasatan perkara itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, ini akan memudahkan proses berkaitan dan untuk mengesahkan status perkahwinan pasangan terlibat.

Beliau turut berharap agar semua pihak sedar bahawa individu yang tampil menjadi jurunikah tanpa tauliah ini adalah satu kesalahan.

Aduh, kasihan pula dekat pasangan pengantin baru ini.

Sumber : Sinar Harian , Harian Metro

Published by
Nana