Tak ada irama paling merdu di dunia kecuali mendengar suaran bebelan mak. Kata orang, lebih sedap dari nyanyian mana-mana artis popular.
Dek kerana power “suara” maklah, seorang pelajar terbaik PT3 dari SMK Kamunting, Nur Aleya Syahrunnizar, 15 berjaya mendapat 10 A 1 B dalam keputusan Pentafsiran Tingkatan 3 yang diumumkan Jumaat lalu. Biarpun tidak mendapat 11 A penuh tetapi Aleya bersama seorang lagi rakannya, Afrina berjaya dinobatkan sebagai pelajar terbaik sekolahnya.
REMAJA
menghubungi Aleya sendiri untuk berkongsi apa rahsia belajarnya.Menurut Aleya, ketika trial dia hanya mendapat 2 A iaitu bagi mata pelajaran Agama dan Arab. Malah di rumah dia suka main games sehingga adakalanya dia mengabaikan pelajarannya.
“Memandangkan saya saja yang duduk di rumah kerana adik beradik lain masuk ke universiti dan kolej, sayalah yang selalu menjadi tempat emak bercakap.
“Selalu juga mak bebel kerana dia lihat saya seperti tidak endahkan exam. Bila mak dah mula membebel, saya cakap dalam diri sendiri yang saya akan tunjuk pada emak keputusan terbaik dalam exam nanti,”kata Aleya yang ketawa dengan perangainya. Menurut Aleya dia faham tentang kebimbangan emaknya yang begitu mengambil berat tentang kepentingan pendidikan tambahan pula dia anak bongsu.
Ternyata Aleya berjaya membuktikan, dari 2A dia akhirnya berjaya mendapat 10 A 1 Bsekaligus mahu berpindah ke sekolah berasrama penuh andai mendapat peluang.
“Di SMK Kamunting tak ada aliran agama bagi tingkatan 4. Saya menyasarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Gopeng dalam aliran Sains Agama Tulen. Tapi tak tahulah rezeki, harap-harap dapat,” katanya lagi.
Menurut guru kelas dan guru Bahasa Melayu yang mengajarnya, Cikgu Norizah, Aleya seorang anak murid yang aktif, baik, suka menolong malah dirinya tahu apa yang ingin dicapainya.
“Dia tahu apa yang dia ingin sasarkan dalam pelajarannya. Tahun ini dua pelajar mendapat 10 A 1 B malah kita terus mengharapkan pelajar-pelajar terus cemerlang dalam pendidikan di masa akan datang,”katanya ketika dihubungi.
Mungkin ramaikan nak tahu apa tips belajarnya. Nie Aleya kongsikan dengan pelajar semua tekniknya belajar. Moga-moga ada kebaikan untuk semua geng-geng remaja.