Kata orang, ujian dalam tempoh bertunang sememangnya cukup hebat. Cuma pasanagn yang betul-betul kuat saja yang boleh bertahan.
Tengah darah manis kan, semua benda perlu dijaga baik oleh lelaki ataupun perempuan. Dugaan dan cabaran yang datang perlu ditangani dengan baik. Kalau tidak, jawabnya hubungan terputuslah di tengah jalan.
Baru-baru ini, seorang bakal pengantin didakwa telah mengambil keputusan untuk mencampak tunangnya ke luar tingkap dari tingkat dua selepas berlaku perselisihan faham mengenai barang hantaran mereka.
Agensi keselamatan di Giza, Mesir kemudian menerima laporan seorang mangsa lelaki mengalami kecederaan patah tulang akibat terjatuh daripada tingkat kedua bangunan.
Menurut Gulf News
, suspek bertindak sedemikian selepas dia meminta barangan mahal sebagai hantaran. Malah, suspek tidak bertindak seorang diri apabila mangsa menuduh bakal iparnya juga membantu mencampaknya ke luar tingkap rumah.Ini setelah mangsa tidak bersetuju dengan senarai barangan hantaran yang dianggap tidak masuk akal.
Susulan itu, pihak polis telah menahan suspek yang terlibat dan menariknya, mereka semua mengaku telah bertindak sedemikian. Suspek kini berada dalam tahanan bagi tujuan siasatan, lapor portal itu.
Jadi kepada bakal pangantin di luar sana, janganlah demand nilai hantaran lebih-lebih okay. Kawal sikit keinginan korang tu. Aim for a beautiful marriage, not for a one-day wedding.