Tiba sahaja hari Isnin, seringkali ramai diantara kita merasa begitu malas dan hilang mood untuk bekerja. Mungkin kerana penyakit Monday blues agaknya, sedangkan sewajarnya itulah hari yang perlu kita bergerak dengan aktif, bukan pasif.
Hal ini turut terpalit kepada seorang pekerja wanita bernama Celine Thorley.
Pendandan rambut di Kota London ini dipecat oleh majikannya gara-gara selalu ambil cuti pada hari Isnin dan Selasa.
Namun, dia mendapat keadilan apabila mahkamah mengarahkan majikannya membayar pampasan 3,453 pound sterling (RM18,406).
Alasan Kukuh
Menurut Metro UK, Christian Donnely, 39, diperintahkan mahkamah membayar ganti rugi itu selepas hakim mendapati wanita itu ada alasan kukuh iaitu senggugut.
Ads
Tribunal pekerja memutuskan Thorley, dari Cardiff, dipecat secara tidak adil oleh majikannya yang gagal mengikuti proses pemecatan secara telus.
Thorley, secara keseluruhan, dikatakan tidak hadir pada 17 kali Isnin dan Selasa untuk bekerja di Acute Barbers di Cardiff University Students’ Union.
Tribunal diberitahu Thorley yang wanita itu tidak dapat hadir kerana senggugut dan majikan memberi alasan dia mengambil cuti lebih banyak berbanding pekerja lain.
Berpunca Dari Penyakit Endometriosis
Thorley memberitahu hakim dia menghidap endometriosis, satu keadaan boleh menyebabkan sakit pelvis yang melumpuhkan.
Ads
Malah dia sendiri terpaksa meminta ibu mentuanya mengambil cuti untuk menjaganya.
Thorley kini berada dalam senarai menunggu untuk berjumpa pakar sakit puan dan penyakitnya masih belum disahkan secara rasmi.
Apa Itu Endometriosis
Endometriosis terjadi apabila tisu daripada dinding rahim tumbuh pada bahagian lain dalam badan seorang perempuan. Pada setiap bulan, sel-sel ini akan memberikan reaksi yang sama seperti sel di dalam rahim. Ia akan membesar, mengecut dan mengakibatkan pendarahan. Bagaimanapun, tidak seperti darah haid yang keluar dari rahim, darah ini tidak mempunyai saluran lain untuk mengalir keluar.
Di antara simptom yang selalu dirasai oleh pesakit endometriosis adalah rasa sakit pada bahagian perut, haid berlebihan dan rasa penat. Mereka juga akan berdepan dengan masalah mengawal pundi kencing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah viral sekitar tahun 2017 apabila lapan orang remaja meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat dirempuh sebuah kereta dari belakang. Mangsa lain adalah dua yang kritikal dan lapan lagi cedera, dan mangsa-mangsa yang terlibat berumur lingkungan antara 13 hingga 17 tahun.
Takziah penulis ucapkan buat semua mangsa dan keluarga.
Terbaru menurut Harian Metro,Sam Ke Ting, yang ketika itu didakwa memandu kereta dan melanggar remaja bawah umur seramai belasan orang dan lapan daripadanya meninggal dunia manakala selebihnya mengalami kecederaan.
Jalan berselekoh jadi punca
Terbaru, Mahkamah Majistret Johor Bharu telah membebaskan tertuduh selepas mengambil kira pemandu yang menggunakan jalan serta situasi jalan yang berselekoh dan waktu malam tidak boleh menjangkakan kewujudan basikal lajak.
Menurut hakim yang bertugas, pemanduan dibuat langsung tidak menjangkakan akan ada sekumpulan basikal di selekoh jalan memandangkan ketika itu menunjukkan jam 3 pagi.
“Bersandarkan beberapa perkara termasuk situasi jalan berbukit yang gelap dan berselekoh di mana pemandu tidak boleh menjangkakan terdapat kumpulan berbasikal yang ramai di jalan itu pada 3 pagi.
“Selain keadaan bahaya itu dicipta oleh kumpulan basikal lajak itu sendiri,” katanya.
Wang jaminan & lesen dikembalikan
Wang jaminan sebanyak RM10,000 juga dikembalikan kepada penjamin dan lesen memandu tertuduh juga dikembalikan serta merta.
Sebelum ini, Sam Ke Ting telah didakwa atas tuduhan memandu sehingga mengakibatkan 8 orang remaja bawah umur meninggal dunia kira-kira dua tahun lepas di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada 3.20 pagi.
Mangsa adalah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.
Al-fatihah buat semua mangsa… Moga kita mengambil pengajaran dari apa yang berlaku ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu posting oleh akaun Instagram, House of Pahang semalam mengesahkan keberadaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Institut Jantung Negara (IJN).
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja daripada Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, Baginda dirawat di wad di-Raja hospital tersebut sejak Isnin selepas mengadu kesihatan berada pada tahap tidak memuaskan.
“Selepas menerima nasihat, Al-Sultan Abdullah diletakkan di bawah pengawasan doktor dan keadaan Baginda tidak berada dalam situasi kritikal,” kata beliau sambil berkongsi bahawa Baginda dijangka akan dibenarkan keluar dari wad dalam waktu terdekat.
Dalam pada itu, beliau turut berkongsi bahawa Raja Permaisuri Agong, Tunku Aziziah Aminah Maimunah Iskandariah yang sedang dalam rangka lawatan peribadi ke Kota Bharu mengambil keputusan untuk bergegas pulang ke Kuala Lumpur untuk bersama Baginda sejak semalam. Lawatan yang dijadualkan berlangsung selama 3 hari itu dibatalkan serta-merta.
Sama-samalah kita menadah tangan dan mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong terus dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan demi memimpin Malaysia.
*
Tinjauan REMAJA di media sosial juga menunjukkan keprihatinan netizen tempatan yang mendoakan agar Baginda dikurniakan kesembuhan dengan segera.
*
*
Dirgahayu Tuanku.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tindakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) semalam yang menyelar penularan bukti kejadian buli di sekolah berkenaan oleh ahli keluarga mangsa yang dibuli telah meraih pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Kenyataan yang dikongsi menerusi satu hantaran di Facebook PIBG sekolah berkenaan semalam antaranya menjelaskan bahawa pihak PIBG MCKK telahpun mengambil maklum mengenai kes buli tersebut dan berkata penyiasatan kes telahpun selesai dan tindakan selanjtnya telah diambil oleh pihak sekolah.
Tatacara siasatan dalaman tanpa melibatkan campur tangan mana-mana pihak luar itu katanya diambil atas dasar pertimbangan wajar dan demi kebaikan semua pihak terutamanya para pelajarnya.
Justeru, PIBG MCKK menyelar campur tangan ibu bapa yang menularkan kejadian berkenaan menerusi media sosial sehingga memburukkan nama sekolah dan pelajarnya. Malah, ia khuatir jika pelajar sekolah asrama berprestij itu akan berdepan risiko diganggu oleh pihak luar.
Sehubungan itu, sebilangan netizen kembali mempersoalkan mengapa pihak PIBG sekolah ‘melenting’ sebegitu rupa apabila kejadian buli ini tular. Ada yang beranggapan sekolah berkenaan terlalu cuba menjaga nama baik legasinya sehingga sanggup menyembunyikan kejadian buli yang sinonim di peringkat sekolah.
Antara individu yang mempersoalkan respon mereka termasuklah Peguamcara Jenayah, Johan Radzi bin Ahmad Zahar dalam temubualnya bersama Mingguan Wanita, hari ini.
Sebagai bekas pelajar sekolah berasrama penuh sepanjang tempoh persekolahan menengah, Johan tidak menolak berlakunya kejadian buli dalam kalangan pelajar. Bagaimanapun, beliau beranggapan nada kenyataan PIBG yang disiarkan itu sebagai ‘sangat aneh’.
“Yang saya hairan, kenapa pihak PIBG yang melenting dengan penularan mesej ataupun gambar tersebut.
“Pertama, mereka tidak seharusnya buat demikian sebab kejadian buli dah pun berlaku. Pihak PIBG sepatutnya mengambil pendirian untuk mengkritik aktiviti buli tersebut atau si pembuli. Bukannya cuba untuk menutupnya dengan alasan untuk menjaga nama baik sekolah.
“Saya rasa mungkin ini adalah beban sekolah-sekolah yang ada ‘nama’. Mereka sentiasa merasa perlu untuk menjaga nama baik sekolah walaupun kadang-kadang ada berlaku beberapa kejadian ataupun kegiatan yang tak diingini berlaku di dalam kawasan perkarangan sekolah tersebut.
“Saya rasakan pendirian PIBG MCKK dalam hal ini sangat aneh dan tidak seharusnya bernada sedemikian,” kongsi Johan.
Terdahulu, REMAJA melaporkan mengenai pendapat Johan Radzi mengenai cara pengendalian kes buli secara ‘pintu belakang’ ataupun ‘backdoor’ dalam sekolah seperti yang terjadi dalam kejadian buli di MCKK, kali ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi versatil, Stacy Anam, akhirnya bakal menunaikan impian untuk mengadakan konsert solo sulung di tempat kelahirannya, Sabah.Konsert tersebut bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa...