Rata-rata pihak sekolah dan universiti bukan hanya di Malaysia malah seluruh dunia menggunakan keadah pembelajaran secara digital melalui sidang video. Pelbagai aplikasi yang digunakan seperti Microsoft Teams, Zoom, dan juga whatsapp.
Namun, bagaimana pula dengan para pelajar yang sukar mendapat capaian Internet terutamanya di kawasan pendalaman demi menyiapkan tugasan yang diberikan guru?
Siapa sangka dikala kita menuju ke era 5G di Malaysia, masih ada golongan yang terpaksa bersusah payah demi mendapatkan capaian internet yang bagus.
Menurut laporan Harian Metro, sambungan internet di kawasan berkenaan difahamkan agak teruk dan penduduk kampung sering berkumpul di kawasan jambatan gantung berkenaan untuk mendapatkan capaian yang lebih baik.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9 malam Isnin lalu, ketiga-ketiga pelajar berkenaan kurang bernasib baik apabila jambatan gantung berkenaan runtuh sehingga menyebabkan kecederaan dan salah seorang daripada mereka mengalami patah kaki.
Kejadian berkenaan disahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Joachim Gunsalam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kundasang.
Menurut beliau, jambatan gantung berkenaan merupakan satu-satunya kawasan yang mempunyai isyarat sambungan Internet dan ianya berada di ketinggian kira-kira 18 meter dari sungai.
Malah, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Ulu Sugut, Ratimin Kukunu menjeaskan semua mangsa berada di tengah jambatan untuk mengikuti kelas dalam talian sebelum jambatan gantung itu tiba-tiba runtuh.
Berkumpul di kawasan jambatan gantung itu difahamkan merupakan antara aktiviti biasa yang dilakukan penduduk kampung terutamanya pelajar untuk mendapatkan capaian Internet.
Bila tengok kes macam ni, rasa bersyukurnya kita yang duduk di bandar yang lengkap dengan segala kemudahan kan.
Sumber : Harian Metro